Dec 31, 2012

Fasa itu akan berakhir

Seperti biasa, mesti time study week and exam baru rasa nak update blog dengan banyak nya.

This year kurang sikit, sebab nye balik rumah member.

So, kurang la sikit perhatian pada internet tu.

Tengah-tengah merapu dekat twitter, suddently tersedar.

Adik-adik, cousin-cousin yang dulu rasa kecil-kecil lagi, semua dah ada akaun twitter and facebook.

Which mean yang diorang bukan lagi kecil.

Tambah-tambah lagi masing-masing dok update status sambil speaking-speaking.

So, rasa macam..... Wah, dah maju adik-adik aku ni.

Dulu-dulu yang time balik kampung, masing-masing dok berkejaran main pondok-pondok, kini dok main handphone melayari laman sosial.

Tapi, satu perkari lagi buat diri ini tersedar ialah...... wah, dah tua aku ni.

Sebelum ni, tak banyak azam istimewa untuk awal tahun melainkan semuanya related dengan study dan pelajaran.

Tapi kali ni, azam macam tu perlu berubah. Memandangkan tahun depan, InsyaAllah. Akan menutupi zaman prasiswazah. Zaman bergelarnya student.

Saat membuka blog ini juga, terlihat entry-entry dari sahabat sebaya yang dah punyai anak dan keluarga.

Terfikir jugak, bila masa ini akan tiba untuk diri ini. ^^

InsyaAllah, semua itu telah Allah aturkan.

Untuk melangkah keluar dari zaman student ni, adalah satu perkara yang amat aku takutkan.

Yang mana, perlu komited memikul tanggungjawab pada diri sendiri dan orang lain.

Berdebar, seram, excited. Semua tu bercampur menjadi satu perasaan yang tak tahu nak ditulis sebagai apa.

Yang penting, buat terbaik untuk final year ni.. hehe

Doakan ^^



Dec 21, 2012

Kerna 3 huruf itu.

Kebenarannya.

Hari-hari menjengah ke sini.

Namun tiada apa yang terzahir.

Mungkin kerna tulisan-tulisan itu terpaksa dizahirkan ke kertas lain.

Yang punya 3 huruf.

Yang menjadi mimpi igauan ngeri sesetengah pelajar tahun empat.

Dan kali ini juga.

Masih tidak berdaya untuk menzahirkan sesuatu disini.

Sekadar melalukan diri.

Tetapi mahu meninggalkan jejak.

Salam final exam kawan-kawan.. ^^

sapa-sapa tahu ini haiwan namanya apa?

Dec 13, 2012

Terperosok dihujung lorong

Kadang-kadang kita akan rasa semakin jauh.

Semakin dilupakan.

Semakin ditinggalkan.

Semakin dipinggirkan.

Hadirnya insan baru dalam hidup, kadang-kadang membuat diri kita seolah-olah terperosok di hujung lorong.

Terbuang.

Kata sayang yang diucapkan beberapa minit yang lalu, kini terbang melayang tanpa sedar tatkala insan baru hadir.

Yang sedar? Pastilah yang terterbang itu.

Ibaratkan ditiup-tiup kesana sini.

Tiada arah tuju.


Dec 3, 2012

Money Maker

Teringat balik zaman-zaman tengah giat try to learn bout internet marketing.

Google sana sini, baca ebook itu ini.

Well, aku memang seorang yang suka explore semua benda sendiri dan senyap-senyap.

Affiliate, paid survey, blog marketing, advertisement, e-book, website dan lain-lain.

Banyak baik buruk yang dah dapat. Pengalaman kata orang.

Duit habis pon salah satu.

Tapi tah kenapa, tak ada la rasa menyesal.

Maybe sebab dapat ilmu.

Even tak guna sangat buat masa sekarang, tapi sekurang-kurangnya ilmu tu aku dapat.

Dan, tak ada la tak member pulangan lansung.

Setakat seumur hidup ni, ada la dalam dekat 2 ratus lebih aku dapat dari internet. haha

At least, pernah ada hasil kan?

Cuma benda tu tak berterusan.

Aku rasa kunci kalau nak berjaya dalam pendapatan online ni, kena rajin.

Hehe. Tapi aku tak rajin.

Bila dah habis demam explore tu, terus senyap.

Tapi ada 2 lagi benda yang aku teruskan sampai sekarang.

Churp-churp dengan ipanelonline.

Tapi time-time teringat je lah. haha

Bukan konsisten hari-hari nak belek benda alah ni.

Time-time bosan.

Point aku nak cakap, kalau kita jumpa jalan yang betul untuk pendapatan online ni, memang akan mendatangkan hasil.

Tu je. hehe ^^

Nov 26, 2012

Kenangan ESC 2012

Dulu-dulu masa 1st year, 2nd year and 3rd year tak ada pon nak sebok-sebok join.

Dah 4th year yang mana kalut dengan Final Year Project, baru la nak join.

haha



Tapi, sekurang-kurangnya i still have these memories in the future.

^^

Nov 18, 2012

Menang anugerah

17/11/2012
12.26 a.m

Aku : team kita tak cukup orang la. Ada 6 orang je.
Juara : Habis macam mana? Kau still nak main ke?
Aku : Tak kesah kalau kau okey.
Juara : Kita main je lah. Kita bukan nak menang pon. Suka-suka je kan.
Aku : Alrite. Kita main suka-suka je k. Roger! ^^

* all of our team never meet each other and practice before the game.

9.00 a.m

First game

11.30 am

Second game

12.15 pm

Third game

Berdiri dan bertudung pink : MMESA team A (3rd place)
Duduk dan bertudung hitam : MMESA team B (1st place)

Thanks to Syahirah, Yan, Eja, Ina, Lah, and Nisa
Tak lupa juga Suha yang dah balik, and Paezen sebagai urussetia kami.. ^^




~Kalau kalah, bermaruah. Kalau menang, anugerah~


Nov 13, 2012

Ukhuwah itu

Tiada kata seindah bahasa.

Tiada ikatan seindah ikatan perkahwinan.

Tapi ikatan yang indah untuk aku sekarang sebagai orang bujang adalah ukhuwah persahabatan.

Lokasi : Bowling Wangsa Walk.


Tahniah kepada pemenang. haha

Majoriti pemain-pemain ni baru 1st and 2nd time pegang bola bowling tau.

Not bad la kan????? ;p

And lastly, thanks to Ella for this:


Program 1, 2 biji 1 hari selama 5 hari.

Maaf kalau gambar-gambar ini mengganggu anda semua.. ^^



Lokasi : Kg Penjom Kuala Lipis



Oct 30, 2012

Somebody That I Used to Know





Now and then I think of when we were together, 
Like when you said you felt so happy you could die, 
Told myself that you were right for me, 
But felt so lonely in your company, 
But that was love and it's an ache I still remember. 

You can get addicted to a certain kind of sadness, 
Like resignation to the end, 
Always the end, 
So when we found that we could not make sense, 
Well you said that we would still be friends, 
But I'll admit that I was glad that it was over. 

But you didn't have to cut me off, 
Make out like it never happened, 
And that now we're nothing, 
And I don't even need your love, 
But you treat me like a stranger, 
And that feels so rough, 
No you didn't have to stoop so low, 
Have your friends collect your records, 
And then change your number, 
I guess that I don't need that though, 
Now you're just somebody that I used to know, 
Now your just somebody that I used to know, 
Now your just somebody that I used to know, 
Now your just somebody that I used to know. 

Now and then I think of all the times you screwed me over 
But had me believing it was always something that I'd done 
And I don't wanna live that way 
Reading into every word you say 
You said that you could let it go 
And I wouldn't catch you hung up on somebody that you used to know... 

But you didn't have to cut me off, 
Make out like it never happened, 
And that now were nothing, 
And I don't even need your love, 
But you treat me like a stranger, 
And that feels so rough. 
No you didn't have to stoop so low, 
Have your friends collect your records, 
And then change your number, 
I guess that I don't need that though, 
Now you're just somebody that I used to know, 
Somebody, 
I used to know, 
Somebody, 
Now your just somebody that I used to know, 
Somebody, 
I used to know, 
Somebody, 
Now your just somebody that I used to know, 

I used to know 
That I used to know 

Somebody

Oct 28, 2012

Resah dan gelisah

Kadang-kadang semangat itu datang berkobar-kobar.

Kadang-kadang juga, tidak muncul-muncul dan lemah tak bermaya.

Macam itu juga dengan iman.

Kadang-kadang tinggi menggunung, kadang-kadang sedikit debu.

Ditiup hasutan, hilang entah kemana.

Tahun akhir degree.

Kadang-kadang rasa seronok.

Kadang-kadang rasa gementar.

Risau dengan komited belajar.

Kalau dulu ketika remaja, sering terdetik "eh, dah nak masuk 20 dah umur aku ni."

Tapi sekarang, tiba-tiba terdetik "eh, lepas ni, 7 tahun lagi, aku dah 30?"

Macam tak percaya.

Ada orang begitu merancang hidupnya.

Tersusun rapi perancangan dan matlamat sepanjang peningkatan umur.

Tapi ada juga yang hidupnya, diteruskan mengikut peredaran waktu.

Sedar-sedar, sudah 23 tahun.

Mungkin tahun depan, masih menjadi pelajar?

Atau sudah hidup dialam kerjaya?

Gemuruh memikirkannya.

Persediaan diri? Mental dan fizikal? Persediaan memikul tanggungjawab?

Banyak perkara yang bermain diminda.

Ya Allah..

Bantulah hambamu ini.

Amin.

Oct 17, 2012

"Sahabat sejati tak akan berubah hati biarpon musim sentiasa berubah."


Quote dari Hoore-Hoore movie.

Tapi bukan mengenai sahabat yang nak dibicarakan disini.

Hati sering tertanya-tanya.

Adakah mencari jodoh itu sama seperti mencari sahabat sejati?

Dalam hidup membujang menuju alam berdua.

Mungkin antara elemen yang penting perlu seiring adalah mencari sahabat sejati.

Sahabat yang orang selalu sebut-sebutkan, susah senang pasti disisi.

Bersama-sama menempuhi perjalanan.

Tapi adakah konsep ini sama dengan pasangan hidup?

Mencari seseorang yang akan sentiasa bersama kita.

Tidak berubah hati dari diri kita walau apa jua dugaan dan masalah yang datang.

Mungkin kontext nya sama.

Sebab tu ada yang mengatakan pasangan hidup itu umpama sahabat.

Macam lirik lagu: "Dirumah dia isteri, dijalanan kawan".

Jadi.......

Satu soalan klimax untuk semua persoalan ini.

Macam mana kita nak menjadi seorang pasangan yang baik seandainya kita masih gagal menjadi seorang sahabat yang baik kepada kawan-kawan disekeliling kita.

Hurm.....


Oct 15, 2012

Dari hati

Blog ni.

Dah lama aku biar tanpa jiwa.

Tanpa ada perasaan yang ikhlas untuk menulis.

Tanpa pernah ada rasa ingin memperbaharui dengan baju yang baru.

Mungkin kerana aku ingin mengekalkan identitinya.

Walaupon sejak akhir-akhir ini, motif +ve blog ini telah jauh tersasar.

Ingin mempamerkan isi yang boleh dijadikan manfaat kepada pembacanya.

Tapi, bila dijengah kembali latest-latest entry.

Semua hanya kata-kata emosi, lansung tiada manfaat.

Ada orang kata, "kalau tidak suka, jangan baca."

Tapi ada juga yang kata, "ini satu saham pahala, dengan menyampaikan perkara bermanfaat."

Semua bergantung pada niat masing-masing.

Kalau ikutkan emosi hasutan syaitan, mungkin telah banyak entry kosong tercoret.

Tapi Alhamdulillah.

Belum sempat dipublishkan, semuanya dah tercampak ke dalam recycle bin.

Hapus lupus, tidak berjejak.

Mungkin, lepas ni laman ini akan sunyi kembali.

Kalut dengan pengejaran ilmu ditahun terakhir.

Ilmu yang harap terhadam dihati, bukan sekadar singgah dalam "short term" memory.

Dah 2 tahun hidup dalam kelalaian hiburan.

Masa untuk sedar, sebelum masa itu pergi.

Dan harap, kawan-kawan lain juga begitu.

Kita perlu, saling ingat mengingati.

Baru namanya sahabat sejati. ^^

Biology

Pelik?

Perkataan ini hanya satu.

Tapi maksudnya boleh jadi banyak.

Ada perkara boleh jadi pelik untuk sesetengah orang.

Tapi bagi orang lain, perkara itu tak pelik pon.

Contoh macam gambar ini.



Korang rasa pelik tak?

Ada 2 jawapan.

Pelik, kalau buku ini terletak diatas rak seorang student manufacturing engineering.

Tak pelik, kalau korang tak tahu tu meja student engineering.

Macam tu jugak dengan life.

Kita tak boleh judge sesuatu perkara itu sebagai sesuatu yang pelik if kita tidak biasa dengannya.

Maksud situasi ni sangat meluas scopenya.

Jadi, perlu dispesifikkan mengikut situasi masing-masing dengan cara yang betul.

Terpulang kepada diri sendiri.

Untuk mentafsir dan merenung perkara ini macam mana.

p/s : oleh sebab buku ni sangat tebal, aku malas nak tolong pulangkan~

Lagu tema


ada orang kata lagu ni sedih..

well, lagu apa-apa pon.

kalau dah kena dengan tema diri tu.

semua jadi sedih..

hehe..

lagu yang tak sedap mcm mana pon..

if tiba-tiba kita rasa nak hayati lirik tu..

then tengah-tengah hayati..

tiba-tiba mcm ada kena la pula dengan diri sendiri.

automatik!!

lepas tu, lagu tu mesti jadi sedap.

haha..

p/s : hasil kajian pemerhatian setakat ini.


Sep 28, 2012

Buku.................

Buku....

Aku sangkakan buku didalam libry itu telah cukup banyak.

Aku sangkakan semua buku pasti ada di alam libry.

Tapi...

Ditahun empat ini.

Sangkaan itu meleset sama sekali.

Manakan buku Machine Tool Design dari N. Acherkan, Mir Publisher?

Manakan juga buku Design of Machine Tools dari Basu, Oxford & IBH Publishing?

Manakan pula buku Machine Tool dari N. Chernov?

Dan.....

Kenapa subjek Machine Tool ni pakai buku pelik-pelik yang tak ada pon kat libry?

Adoi..

Dah la slide tu tak faham pon.

Bukan setakat 1 libry je yang aku dah jelajah mencari buku-buku ni.

Tapi dah 2.. Nak suruh cari ke 3 ke?

Hurm~~~

Sep 22, 2012

Sep 19, 2012

keliru

kadang-kadang kita keliru dengan apa yang kita buat.

kita tak tahu perlu atau tidak kita begitu.

tak tahu betul ke salah tindakan kita.

saat sebegini tiba, apa yang perlu kita buat?

fikir balik, renung balik.

mungkin kita dah terlari dari landasanNya.

yang membuatkan kita keliru dengan kehidupan.

buat kita tergantung, tak menentu.

moga kembali pada landasan yang menunjukkan jalan pembuka kekeliruan.

Sep 17, 2012

Dua dunia

Dunia habis praktikal?

Memang menyeronokkan.

Kembali dengan buku.

Pen.

Beg.

Baju kurung.

Kasut bertutup.

Memang dulu aku alergi dengan benda-benda ni.

Tapi rasa macam aku lebih sanggup menghadapi alergik ini, berbanding pergi hidup bekerja.

Tapi sekarang imaginasi aku lebih meluas.

Semua hasil dunia praktikal.

Masuk je kelas, lecture akan sebut mengenai apa-apa yang berkaitan dengan production.

Yang paling best, kebiasaannya part-part engine yang selalu menjadi pilihan.

Sebut pasal crankshaft? Aku dah boleh imagine crankshaft tu macam mana.

Sebut pasal cylinder block? Pon aku dah boleh bayang.

Production line? Cycle time?

Semuanya hampir aku berjaya bayangkan dengan 100% keyakinan.

Tidak lagi terfikir-fikir, mencari-cari bagaimanakah keadaan dan bentuk sesuatu itu.

Ini mungkin baiknya dunia praktikal.

Tatapi malang, aku masih sayangkan buku yang tebal.

Walaupon aku begitu malas untuk menyelak helaian buku-buku itu.

Tapi tetap, itu menjadi pilihan.

Sep 6, 2012

Credit :

They provide me great working environment.

From left :

Kak Nurul (technician), Syazana (clear 2), Kak Norma (cleark 1), Zhilal (engineer), En. Khairil Anuar (manager / SV), Zul Huzaimi (engineer), Nazid (technician), Aizuddin (engineer), Irmazi (technician).

Engineering Department Hicom Honda Manufacturing (M) Sdn. Bhd

Thanks

Sep 4, 2012

EIT Visit

Semalam merupakan hari yang aku rasa sangat tough bagi aku.

Sepanjang hari aku rasa macam aku terpaksa "dragging my soul".

Nak kemana mana macam terpaksa je tarik.

Starting from the moment I woke up, I feel like my heart gonna be explode.

This is my 1st experience.

Having a presentation with a strangers.

Not my classmate anymore.

At first, I'm just thinking that I'll be dead.

With both of my supervisor and lectures have a common behavior.

Cerewet and sangat teliti.

Waiting for the time to reach at 3pm just like waiting my self to be hang up.

Never in my life having this kind of "nervous".

However, everything went up smoothly.

Aku tak maksudkan my presentation tapi perjalanan sepanjang lectures visit tu for me ok.

Sir datang, present then factory visit.

It take about almost 2 hour for everything.

Yang lama coz Sir jumpa dengan seorang Engineer ni, ex student UIA jugak.

So, borak panjang la.

Engineer ni macam sangat excited coz having his lectures come and visit.

Overall, I just want to say Alhamdulillah and thanks to everyone whom that get involve in my Industrial Training.

Sep 2, 2012

That big car!

Last night, rasa macam seram sejuk.

Kesal dan marah.

Kesal coz terlanggar kereta orang.

Langgar ke? Macam tak sesuai je word tu.

I reverse my motorcycle while waiting my little sister form tuisyen center.

Dengan menggunakan daya kaki untuk reverse, sekali tertembung dengan kereta y dekat belakang.

Bunyi pon slow je.

I thought nothing happen, but the Encik yang dalam kereta tu buka pintu.

So, politely I said "sorry bang ^^".

But i got unexpected replied, "sorry je?!" dengan muka yang sangat masam. "Bercalar la" dia sambung lagi.

Erk.......... Speechless...........

Dia tutup balik pintu.....

But then dia buka balik and keluar.

Check apa dah jadi dengan kereta dia yang besar tu.

I'm also just extend my neck viewing apa yang dia tengok.

Ada la calar sikit........ -_-! Tapi memang totally sikit la. Kalau polish memang boleh hilang.

Dia pon dengan muka yang masam sekali lagi, masuk terus kereta tak kata apa-apa.

..........................................................................................................................................

Yes, I admit my mistake and I did say sorry.

Tapi jawapan yang dia bagi tu buat rasa macam tiba-tiba nak naik angin.

Rasa macam, time dia kata "sorry je?!" tu, nak je buka wallet and baling RM50 dekat muka dia.

Ish3, nasi baik tak buat.

Tak pasal-pasal rugi RM50 kan? haha

Tapi apa pon, saya betul-betul minta maaf bro. Tak sengaja pon nak sentuh sikit kereta tu.

p/s : Is that "M" for me?
If yes, I'm appreciate you did apologize. People do make mistake. But please, lain kali jangan terlalu mudah mempercayai kata-kata orang k? Even I don't have FB anymore, but I'm still your friend.
sincere,
(friend ^^ )

Sep 1, 2012

To Someone

Masa aku mula-mula baca, rase macam, ehh, ni untuk aku ke?

Tapi rasa macam bukan juga coz sememangnya aku dah terminate facebook.

Dia kata dia kena block and unfriend.

Then????

Aku dah start confius.

Yes, memang aku terminate facebook before raya.

Sebab aku rasa tahap stalker aku ni dah teruk.

And i got news from someone yang kata you tak selesa and macam tak berapa suka diketahui mengenai life dia.

So, macam tiba-tiba aku tersedar yang apa yang aku buat ni tidak disenangi orang lain.

Then aku pon fikir macam mana nak hentikan kerja-kerja ni. Bukan bagus pon kan.

The best solution yang aku dapat jumpa time tu adalah dengan terminate facebook.

At least i will not disturb life dia dah dekat facebook.

But still, i want to be her friend. So, i send kad raya as a sign that i'm still being her friend.

I'm also went to her house thinking untuk visit raya.

Thinking that i have no other way to say that i'm still her friend. but....

Takut dia tak suka someone datang rumah dia plus i'm still wearing baju Hicom yang sungguh comot.

So, cancel. The prove, aku tahu rumah dia yang ke 5 dari tepi. And pagar warna macam gelap-gelap kot. Tak sure coz tak berani nak tengok lama-lama sebab pintu rumah dia terbuka.

To this friend, sorry if i make u piss off.

But please never say that i'm the one who break this friendship.

Aku just tak tahu macam mana nak berkawan tapi dalam masa yang sama tidak mengganggu life kau.

Even sekarang pon, i'm still reading your blog. At least tak sekerap dulu. Seminggu 2 3 kali.

Kalau dulu hari-hari.

Thats the only way so that i can get news on how ok kau dengan life kau.

Aku tahu, jauh lagi perjalanan aku untuk berhenti menjadi "investigator" ni, but i'm trying my best.

Pasal alamat rumah tu, someone pernah cakap yang engkau tanya aku mana aku dapat. And aku dah jawab yang dari laman web uni.

So, aku ingat engkau dah tahu.

By the time kau cakap selamat hari raya dekat aku melalui orang tu pon, aku rasa dah lega.

Coz kau tak marah aku.

So, tak sangka pulak jadi macam ni.

Apa pon, sorry for everything.

p/s : kan aku pernah cakap. Aku memang sensitif bab-bab kawan ni.. ^^

Aug 30, 2012

Eh??

Tiba-tiba aku rasa macam perut aku bermasalah.

7.15 am - mee goreng 1 piring
10.30 am - meehun goreng with telur mata kerbau
1.00 pm - Nasi putih with ayam goreng and kuah gulai
3.30 pm - laksa semangkuk

Yup, sememangnya aku rasa kekenyangan sepanjang hari.

Dan juga mengantuk.

Tapi...

Suddently baru tadi tersedar.

5 minit yang lalu.

Iaitu perut ini seperti sudah lapar.

Hairan......

Ajaib.....

Ingatkan dengan simpanan yang banyak tu, aku akan kenyang sehingga malam.

Rupanya....

---------------------------------------------------------------------------------------

Okey, ini cerita semalam pula.

Yang mana petang tu pergi makan di Lee Boss.

Tapi sebenarnya, sebelum tu lagi dah 3x aku makan.

7.15 am - Laksa
10.30 am - Mehun goreng with telur dadar
1.00 - Nasi putih with ayam goreng
3.30 pm - Bubur kacang hijau
6.30 pm- chicken chop, garlic bread and french fries

Tapi tak pelik.

Coz  malam tu tak lapar pon.

'????????????????????????????????????????????????????????

Owh!!!

Patut la.

Sebab semalam makan lagi at 6.30. Thats why malam tak lapar.

Tapi harini last makan 3.30 pm.

Okey, dah faham.

p/s : sorry for this unmotif entry.. haha.. :p

Aug 29, 2012

Farewell

Tadi petang ada farewell part y untuk seorang staff bahagian Engineering.

Diz little sister baru 20 kot. Muda dari saya.

Tapi dah bekerja.

Dia nak berhenti coz dapat offer kerja dekat bank rakyat.

So, yang lain-lain decide nak makan-makan dekat Lee Boss restaurant kot nama tempat tu.

Tak take note pula.

Yang paling best, tokwan a.k.a seorang manager Jepun belanje.

$$$$$ total semua RM250.50.

Mesti bagi dia sekit je amount tu.

Senang-senang je offer nak bayarkan.

heehee..

To that staff, selamat bekerja ditempat baru.

Moga lebih berjaya dan cemerlang.

Kelantan

Weekend haritu, pergi travel.

Went to Kelantan for the first time ever.

Seronok!

Tambah-tambah lagi pergi dengan orang yang kita selesa dan sayang.

Of coz with Manisah and her family.



Ni second trip travel jauh dengan dia.

First time dulu, pergi Negeri 9.

Also with her family.

Mak and adik dia.

Next? Tak tahu lagi. haha

To Hanadi, thanks sebab dah kahwin.

Merasa juga aku pergi Kelantan untuk ur wedding sambil boleh jalan-jalan. hehe

Thanks a lot.

Semoga berbahagia sampai hujung nyawa hendak nya.

Dekat your wedding card, aku tulis semoga bahagia hingga anak cucu.

Tapi ada sorang ni tak setuju coz lepas anak cucu, tak payah bahagia la?

hehe

Layan je lah~

No picture since camera milik Manisah and Shafa.

Nak picture, kena tunggu masuk semester baru nanti.

Harap dapat travel lagi lain kali. ^^

p/s : Sepanjang berada di Kelantan, majoriti nya ramah dan bermulut manis.

Aug 13, 2012

Jari panjang dan motif?

Aku rasa, iklan yang paling aku tak faham adalah iklan jari panjang.

Setiap kali terlihat iklan itu dikaca tv, sepenuh tumpuan cuba diberikan.

Cuba mencari motif yang ingin disampaikan.

Dan sekali lagi, aku gagal.

--------------------------------------------------------------------------


Dalam kehidupan manusia, datang dan pergi itu merupakan satu lumrah yang pasti.

Ada insan akan hadir, dan ada juga insan yang akan pergi.

Sampai masa, aku juga akan pergi.

Lelahan Emosi

I'm losing my spirit.

Rasa tak nak buat report.

Rasa dah malas nak pergi kerja.

Even saya bebas menjelajah kemana sahaja dalam kilang tu, bebas untuk meneroka dan bertanya apa sahaja, saya tetap merasa tidak bersemangat.

Mungkin kerana persediaan fizikal dan mental yang masih kurang mencukupi.

Mental untuk menghadap sebilangan ahli-ahli operator dibahagian production yang memerhati apabila terlihat wanita lalu dihadapan mereka.

Hal ini tidak boleh disalahkan kepada mereka, ini mungkin kerana selama ini, operator dikilang ini 100% lelaki, kaum hawa diserap hanya apabila tahun ini bermula.

Mental yang perlu bijak untuk berbual bersama ahli-ahli staff dan rakan sekerja pabilamana, sebelum ini saya tidak pernah berada dialam pekerjaan.

Emosi untuk memerah otak memikirkan ayat-ayat yang puitis untuk dizahirkan kedalam log book.

Emosi untuk berhadapan dengan sahabat-sahabat yang kepelbagaian.

Ya, ini semua dugaan Allah.

Untuk melihat sejauh mana aku bersahabar setelah panji-panji keazaman untuk bersabar itu telah disematkan.

Saya akan terus mencari nilai-nilai positive atas apa yang telah berlaku.

Mencuba untuk bersangka baik atas kehendak Allah dan membuang rasa curiga dihati ini.

Amin~

Aug 11, 2012

Tidak tahu dan tidak peduli

Kadang-kadang.

Rasa bersalah bila terpaksa memekakkan telinga dan membutakan mata atas apa yang berlaku.

Terpaksa berpaling muka memandang ke arah lain.

Tetapi Allah.

Aku terpaksa.

Tidak tersanggup hati ini mendengar dan melihat apa yang terjadi pada saudara-saudara ku.

Sayu hati.

Melihat mereka diperlakukan begitu.

Diperlakukan ibarat nyawa mereka lansung tidak ternilai.

---------------------------------------------------------------------------------------------

Begitu juga untuk didalam negara sendiri.

Bukan aku tidak mahu mengambil tahu.

Tetapi hati begitu lelah, melihat permainan politik negara.

Sehingga jemu tidak tahu yang mana satu.

Terlalu banyak fakta dan auta yang lahir.

Membuatkan jiwa ku keliru.

Dan ini kembali membawa kepada aku yang tidak mahu ambil tahu.

Maafkan aku Ya Allah.

aku hanya insan kerdil yang rapuh.

Yang juga lemah.

Mudah keliru dan lelah dengan apa yang telah berlaku.

Moga kau sentiasa memelihara diriku dan juga saudara-saudara seIslam dengan ku.

Amin~

Aug 9, 2012

Rajin diawalan, malas dihujungan.

Awal-awal rajin nak layan. Biase la tu.

Dah lama-lama, nanti bosan la.

Itu perkara biasa yang normal.

Macam tu la juga praktikal.

Awal-awal dulu, log book tiap-tiap minggu tu sharp je siap at the end of that week.

Cukup je hari, esoknya mesti dah letak dalam tray "IN" advisor.

Tapi sekarang??

Log book  yang minggu lepas pon tak habis karang lagi.

Padahal dah end of 2nd week ni.

Belum lagi fikir yang internship dah nak habis.

Repor final kalau boleh last day tu nak siapkan terus.

Senang nak minta sign.

Yelah, tepat habis praktikal dah kena terbang balik Gombak.

Ops, saya tak terbang. Naik bas shj. haha

Dan tak tambah lagi dengan slide presentation yang tak tahu nak letak apa.

Lecture rajin nak datang visit. Itu tandanya sayang.

Nak kata jiwa tengah serabut sekarang, tak pon.

Banyak kerja pon, tak juga.

Apakan daya.

Sifat manusia yang mudah bosan.

Awal-awal je semangat.

Lama-lama bosan. T_T

Aug 6, 2012

Hari Isnin bertambah kuat!

Well, entry ni lambat sehari.

Kenapa hari Isnin kuat?

Sebab hari Ahad dugaan begitu hebat.

1st - Pocket note untuk semua isi-isi penting sepanjang praktikal hancur. Dihancurkan mesin basuh. Mungkin kerana buku diperbuat dari kertas recycle, environment friendly, so sangat mudah hancur. Hancur nya bukan lah hancur setakat koyak-koyak. Tapi hancur umpama debu-debu. Yang mana 1 huruf pon tidak mungkin kelihatan. Dari kulit depan sehingga kulit belakang.

2nd - Baju praktikal juga musnah. Dipenuhi debu-debu nota. Tapi tu okey lagi. Lagi tragis, rupa-rupanya ada 2 batang pen dan sebatang pencil sekali dalam mesin tu. Dan...... Pen berwarna merah mengeluarkan dakwatnya, mewarnai baju praktikal berwarna putih suci situ. Yang paling penting, dakwat itu umpama kekal disitu!

3rd - Setelah berhampas pulas mengibas semua baju-baju yang berdebu kertas itu, niat dihati untuk mengambil gambar kenangan debu-debu itu. Peringatan untuk diri sendiri yang mesti akan kekal mungkin. Tetapi.......................
Malang ketiga datang. Camera phone rosak. Rosak yang memang confirm rosak! Rosak yang bukan agak-agak nanti baik la tu. Bukan-bukan!
Rosak yang bila buka je camera, tak ada pic yang keluar untuk kita snap, tapi gelap semata-mata gelap.

Dan hari ini, Isnin bersamaan 6/8/2012 aku tetap meneruskan hidup seperti biasa. Umpama hidup semalam tiada apa yang berlaku.

Pergi kepejabat dengan senyuman yang manis.

Mencari ilmu baru dengan hati yang tenang.

Semoga hidup kawan-kawan yang lain juga akan tenang walau ditimpa masalah ^^

p/s : sapa-sapa ada jalan penyelesaian untuk menghilangkan dakwat pen pada baju, roger-roger la ye.
p/s : tak ada picture lah sebab camera phone rosak~~


Aug 3, 2012

2 jiwa 1 rasa

Hari ni cuti.

Saja teringin nak merasa isi borang cuti.

Selalu dok tengok staff-staff je isi borang cuti.

Hampir tiap-tiap pagi.

Bergilir-gilir ambil borang.

Mungkin faktor dah lepas pertengahan tahun, and annual leave banyak lagi.

So, baik bercuti dari burn macam tu je bila sampai tahun depan kan?

-------------------------------------------------------------------------------------------

Mengenai 2 jiwa yang sungguh berbeza tetapi tetap kekal bersahabat.

Jiwa 1 cintakan dunia seni, berhati lembut, peramah tetapi negative.
Jiwa 2 cintakan dunia lasak, berhati keras, pendiam tetapi positive.

Tatkala tiba masa lapang bersama, mereka keliru, bermain badminton atau karaoke?
Si jiwa 1 ingin berkaraoke kerana inilah caranya untuk melepaskan stress dalam diri. Memandangkan dirinya yang lembut, ramai orang mungkin mengambil kesempatan atas dirinya. Jadi, berlakunya stress!

Jiwa 2 hadir dengan hati yang keras, tetap nak bermain. Hati yang keras, sukar untuk ditoleransi. Tidak mahu mengalah untuk kegemarannya.

2 jiwa bertelingkah.

Tatkala berbual bersama, jiwa 1 sering berbicara mengenai kehidupannya yang sunyi bila tidak bersama jiwa 2. Orang-orang disekeliling katanya hanya bersahabat bila perlu, hanya bila mahukan sesuatu darinya. Segala-galanya hanya penuh dengan cerita negative.

Jiwa 2 pendiam, sering menjadi pendengar setia. Mendengar luahan jiwa 1 sambil berfikir. Seringkali juga jiwa 2 meningkah. Mengatakan apabila seseorang mencari kita tatkala mereka susah, itu bermaksud bahawa kita ini merupakan orang yang penting kepada seseorang itu. Seharusnnya merasa bersyukur.

Jiwa 1 tidak bersetuju, mengatakan jiwa 1 tidak memahami situasi sebenar. Begitu senang membuat spekulasi sendiri. Ibarat bahu yang memikul lebih berat dari mata yang memandang. Jiwa 2 mengakui, sememangnya dia tidak akan dapat memahami kerana tidak berada dalam situasi, jadi jangan meminta mendapat lain kali katanya.

Dan sekali lagi, 2 jiwa bertelagah.

Jiwa 1 suka hidup bermasyarakat. Apabila ditempat baru, jiwa 1 suka berbual-bual dan berkenalan. Juga mengambil berat mengenai orang disekelilingnya. Dan manusia-manusia lain, ada sesetengahnya tidak suka diambil berat. Membuatkan jiwa 1 kadangkala tidak disenangi. Perkara begini membuatkan jiwa 1 stress.

Jiwa 2 kurang bergaul. Apabila ditempat baru, jiwa 2 lebih suka berdiam, membuat halnya sendirian. Tidak menghiraukan hal orang lain, dan tidak mengambil tahu orang lain. Membuatkan dirinya kurang bermasyarakat.

Jiwa 1 menceritakan masalah ditempat barunya pada jiwa 2. Dan jiwa dua memberi pendapat yang bersifat dirinya, iaitu jangan mengambil tahu hal orang. Jiwa 1 berkata ketidakadilan mungkin berlaku. Contoh jika rakan sekerja mencuri tulang tetapi mendapat bayaran yang sama, tetap mahu berdiam? Jiwa 2 tetap dengan pegangannya, difikirannya mengatakan itu urusan orang itu dengan Allah. Namun jiwa 1 tetap tidak bersetuju.

2 jiwa tidak sependapat.

Tetapi penetapan Allah tetap menakjubkan. Walaupon 2 jiwa ini tidak sependapat, tetapi mereka tetap kekal bersahabat untuk 7 tahun. Dalam 7 tahun itu, hampir setiap hari jiwa-jiwa ini bertelingkah.

Jadi, bagaimana agaknya mereka tetap bersama?

Ketentuan Allah mungkin. Mereka tidak sependapat, tetapi mereka menyayangi kerana Allah. Mereka berbeza, tetapi mereka bersahabat kerana Allah. Bukan atas dasar kepentingan dan nafsu diri masing-masing. Sering jujur antara satu sama lain, tidak sanggup untuk menipu walau untuk sekelumit.

Harapan 2 jiwa ini, biarlah mereka kekal bersahabat demi untuk memperbetulkan jiwa masing-masing. Sering menegur atas kesilapan jiwa masing-masing.
Kepada yang membaca, doakan 2 jiwa ini kekal bersahabat sehingga akhir hayat masing-masing.

2 jiwa, 1 rasa.


Jul 21, 2012

Dunia praktikal, dunia baru.

Tidak pernah aku ambil kesah mengenai motor sebelum ini.

Cucuk kunci, start engine, jalan.

Ini sahaja perkara yang dirasakan perlu diketahui mengenai motor.

Tapi kini, segalanya berubah.

Engine motor dengan secara tiba-tiba menjadi bahan permainan.

Walaupon masih tidak ku berdaya menghafal kesemua namanya, tetapi aku berusaha untuk mengenali bahagian-bahagian utama barang permainan ini.

Crank shaft, crank case, right cover, left cover, cylinder head, timing sprocket, cam shaft??

Semuanya berjaya ku kenali.

Beribu kesyukuran dan terima kasih ingin disampaikan.

Kerana praktikal ku ditempatkan disini, Hicom Honda.

Dengan environment yang cukup positive, dan ahli staff yang cukup supportive.

Begitu juga dengan kehadiran model-model baru yang tiba saat aku bepraktikal disini.

Dapat juga aku merasai bagaimana process development model-model engine baru ini, sehingga terhasilnya motor baru.

Keterujaan ini kembali bertambah, apabila engine yang aku lihat melalui process di production line, muncul bersama body.
 

 Dan...

Aku tak ada kena mengena pon dengan motor-motor baru ni.:p

Nak tahu maklumat lanjut, tengok dekat laman web Boon Siew.

Harga? Dalam RM5000 ++

Jun 18, 2012

Jelas

google

 Setiap perkara, perlu dicari penjelasannya.

Dan aku, akan terus mencari penjelasan.

Supaya tidak hidup dalam kekeliruan.

Tidak hidup dalam salah faham.

Aku gembira bila aku mendapat penjelasan.

Kerana ia membuatkan aku terang.

Kepada mereka-mereka yang memberi penjelasan.

Terima kasih.

-penjelasan, cuma itu yang aku mahu  ^^

Jun 17, 2012

Cerita lama

Ini cerita lama.

Cerita yang aku fikir aku tak akan melupakannya.

Cerita yang buat aku fikir kau manusia lidah bercabang.

Tidak pernah menepati kata-kata.

Sentiasa memutar belitkan cerita.

Kau kata kau inginkan berkawan.

Kau berkawan kerana sifatnya yang membuat kau  selesa bercerita.

Tapi tah kemana perkataan "kawan" itu tatkala dirinya difitnah.

Kau pergi, senyap, menyepi.

Seolah olah tidak menafikan fitnah itu.

Kata-kata penerangan dari kau, lansung tidak terdengar.

Kau lepas tangan.

Kau pekak kan telinga, butakan mata.

Kau kata, kau malas nak ambil tahu, malas nak ambil peduli.

Sungguh mudah pegangan hidup kau.

Hidup ibarat tidak bertanggung jawab.

Kau buat hati dia sakit.

Dan aku hanya pemerhati.

Tapi kau tetap pandai.

Kau biarkan masa berlalu, dan cerita itu pergi ditelan ombak.

Kemudian kau datang lagi.

Memulakan kisah baru.

Kisah kebahagiaan dunia yang kau kecapi lagi.

Kemudian senyap, hidup dalam kebahagiaan mungkin.

Kau biarkan insan yang kau anggap kawan itu tanpa khabar berita.

Dan aku memerhati lagi.

Memerhati dalam marah.

Bukan marah kau mengganggu kawan aku.

Tapi marah kau buat kawan aku terluka.

Dan jangan salahkan aku berfikir begini.

Sebab kau sendiri yang tak pernah hadir menerangkan segala kekeliruan dan kecelaruan.

Jun 16, 2012

3rd Day

Pagi-pagi, seperti yang dijanjikan oleh engineer tu (Bro Naziq), saya diberi tugas untuk design plug gauge.

Yang belajar dalam subjek Metrology tu. Yang ada part GO and NOT GO tu.

Digunakan untuk inspect certain lubang dekat part engine tu kot.

Bro Naziq ni bagi lah contoh yang ada and dimension untuk plug gauge tu.

Design pakai catia untuk buat solid part tu, memang dah biasa buat.

Tapi.....

Untuk convert to drawing, memang saya tak pernah tahu.

So, cakap je la terus terang dekat Bro Naziq ni yang tak pernah belajar pasal 2D drawing.

Do, dia ajarkan la sedikit-sedikit.

Design tu siap awal, tapi memandangkan bahagian drawing tu terkial-kial lagi, so kerja jadi lambat.

Tambah lagi 3rd day jatuh hari jumaat yang mana rehat tengah hari lama.

12.45, semua staff dah kalut keluar kerja.

Saya pon join la sekali. Tak remaja lansung sok sorang-sorang dalam office.

2.15, masuk balik tengok office bahagian engineering masih kosong.

3.00 pon kosong lagi.

Drawing macam dah siap. Kalau boleh nak minta Bro Naziq ni check dulu.

Malangnya memang tak ada orang.

Memang blur la dok sorang-sorang.

Nak buat apa pon tak tahu.

Dalam 5.15 jam loceng bunyi, baru la staff-staff bahagian engineering ni muncul.

Dirang kata diorang duduk dalam bilik Obeya (salah satu bilik bahagian engineering).

Mentang-mentang harini bos cuti ye.

Malas nak ambil tahu lebih-lebih.

Terus je balik.

mood : mengantuk sangat sebab tak ada kerja.

p/s : seronok sebab dapat belajar drawing dalam catia dan cuti 3 hari. ^^

Jun 15, 2012

2nd Day

Seawal 8 pagi, semua pekerja berkumpul.

Pastikan diri lengkap dengan uniform termasuk tag nama dan topi.

uniform putih

Jangan tinggal satu pon.

Hari ini perhimpunan bulanan.

Ucapan-ucapan dari Human Capital, CEO dan bahagian HMS.

Ada lagi yang lain-lain tapi tak ingat wakil apa.

Human capital bercakap mengenai ESS.

Dikenali sebagai Employee Suggestion Scheme kalau tak silap.

Yang mana pekerja digalakkan untuk memberi cadangan dan jika cadangan berguna, pekerja itu akan mendapat imbuhan atau sesuatu yang bermanfaat sebagai penghargaan.

Dan perkara ini mengingatkan diri ini mengenai subjek Quality Control.

Brother Muhammad pernah bercerita mengenainya.

Kemudian yang paling nak di highlight kan di sini adalah ucapan dari CEO.

Hampir setengah jam lebih panjangnya.

Dari ucapan, kelihatanya seperti seorang yang amat tegas.

Menegur pekerja-pekerja yang membuang abu rokok merata-rata.

Amaran keras diberi.

Jika bulan ini masih ada kes, merokok dikawasan kilang akan DILARANG sama sekali.

Guard akan diarahkan untuk memeriksa setiap beg yang masuk ke kawasan kilang.

Lain-lain yang disebut, akan dimasukkan didalam report.

Nak tulis dekat sini, panjang pula nanti.

After rehat pagi, training unit menempatkan saya di bahagian engineering.

Akhirnya, merasa juga duduk dalam office dengan cubical individu.

Bahagian engineering ada 7 kesemuanya tidak termasuk bos.

4 lelaki dan 3 perempuan.

Menurut kak Norma, kerani bahagian engineering, bos seorang yang sangat cerewet dan berangin.

Seperti pepatah "sarang tebuan jangan dijolok". Sesuai ke pepatah ni? haha

Petang after lunch, baru berkesempatan jumpa dengan bos yang di war-war kan tu.

Alhamdulillah, mood dia baik harini.

Serba sedikit penerangan diberikan sebelum diperkenalkan dengan seorang engineer.

Engineer ni bertanggungjawab terhadap drawing-drawing bahagian engine.

Engineer : "harini awak rehat-rehat la dulu k. Esok saya akan bagi satu drawing untuk awak tolong lukiskan dengan catia. Kemudian kita akan lawat sekitar kilang k."

Hanya mampu mengangguk.

Dan kesimpulan, tak sabar menanti hari esok.

p/s : nasib baik company ni pakai Catia. ^_^

Jun 13, 2012

1st Day

1st day?

Masih tiada apa yang menarik.

Hanya mampu melihat budaya-budaya kerja mereka.

Pagi dalam pukul 8.00, sebelum memulakan kerja masing-masing, setiap bahagian akan berhimpun dalam bulatan sambil berdiri.

Ini yang dilihat.

Apa yang dibincangkan? Tidak diketahui.

Ia dipanggil perhimpuanan, kata guard yang bekerja.

Kemudian, urusan pemberian uniform bekerja.

Lengkap! Baju 2 pasang, seluar 2 pasang, kasut sepasang, tudung sehelai dan topi.

Memang jimat kos pakaian.

Tapi yang paling hebat, "tukar uniform sekarang ye dik. sekali dengan tudung. tak iron pon tak pelah. kita nak ambil gambar." -_-!!




So 1st day, pakai tudung tak iron.

Paling best, "dah dapat kupon makan? kat sini semua pekerja diberi kupon makan RM3 sehari."

Senyum melebar.

Jimat juga duit makan. hehe

So, rehat 10.30 sampai 10.40, dapat makan mee goreng sepinggan berharga RM1. Air the o, free~

Next, briefing. Face-to-face sorang-sorang. Dah macam special student rasa.

"Petang ni kita ada exam ye? Oleh sebab adik baru masuk, boleh open book."

Senyum lagi.

Tepat jam 1, melangkah ke cafe lagi. Kali ni, nasi putih, kari daging dan kerabu mangga.

"RM 2.20, pagi tadi ada lagi baki kupon RM2, jadi 20 sen ye."

Jam 2, akak dari HRM datang. Exam 1 jam. Jawab semua soalan.

"Awak boleh buka buku kan? Duduk dekat depan. Jangan bagi yang lain tiru k."

Selesai kertas ditanda. 6 orang fail. Markah 85 ke bawah.

Dan.......

6 orang tu termasuk diri ini.

Malu? Tak terkata.

"Saya salah bagi buku ke?" - akak HRM.

Yang fail sila kedepan. Repeat!

Soalan yang sama.

Untuk kedua kali, lepas dengan paras bahaya. 89%.

Tapi disebalik markah-markah yang rendah ni, aku rasa orang yang tanda tu salah tulis markah. Mana mungkin open book, markah rendah!

Yakin, ni bukan salah aku!!

Melangut menunggu masa berlalu.

5.15pm. Tunggu apa lagi, balik la. ^_^




Jun 11, 2012

Dewasa

Satu lagi langkah kealam dewasa akan ditempuh.

Setapak melangkah kehadapan, mana mungkin kaki ini akan berpatah kembali.

Satu tapak, bakal disusuli dengan tapak kedua dan ketiga.

Mungkin selama ini terbayang diri dialam baru.

Luar dari kampus yang banyak membantu mencari identiti diri.

Tapi kali ini bukan bayangan lagi, tetapi kenyataan yang bakal ditempuh.

Mahu tidak mahu.

Sedar tidak sedar.

Tiada jalan untuk U turn.

Highway utara selatan, lurus tanpa memberi sedikit ruang untuk berpatah kembali.

Ini kehidupan yang bakal ditempuh.

Ya, mahu atau tidak.

Dewasa itu tetap datang.

Dan harapan, moga ia datang lengkap dengan persediaan.

Berjumpa dengan golongan yang 360 berbeza alamnya.

Melangkah kaki berseorangan menuju alam baru.

Berpisah dengan insan yang paling memahami.

Semua ini hanya mainan.

Mainan untuk menguji kesempurnaan "kedewasaan".

Moga kau tabah. ^^

p/s : selamat kepada rakan-rakan seperjuangan.

May 24, 2012

Kau memang hebat!

kau tahu?

kau memang pandai menterbalikkan dunia.

segala cerita hidup kau pandai pusingkan.

yang betul kau terbalikkan jadi salah.

yang salah pon kau berjaya buatkan nampak betul.

ape aku boleh cakap.

hanya mampu tersenyum melihat kau.

sambil berkata "kau memang hebat!"

senyum lagi.

mungkin senyum menyindir.

walaupon kau tak nampak.

aku tetap tak kesah.

aku cuma menunggu.

tunggu masanya kau akan penat.

aku bukan nak hina.

tapi menunggu masa untuk aku angkat kau kembali.

walaupon aku tahu aku tak hebat.

tapi aku tetap tak nak biar kau jatuh tak bangun-bangun.

buat masa sekarang.

teruskan dulu dengan hidup kau tu.

hiduplah sebagaimana yang hati kau nak.

pusinglah dunia ni seratus kali pon.

mainkan lah hati sebanyak yang kau nak.

aku tak nak ambil kesah.

sebab aku tahu.

apa yang aku cakap semua kau anggap salah.


p/s : kata-kata random monolog dalaman tekanan final exam. ^^

May 19, 2012

Itu kaki bangku, bukan kaki ku

Main bola?

Last masa umur lebih kurang darjah 3 ke atas. Bawah form 1 la yang pasti.

Time tu join main ramai-ramai dengan kawan-kawan abang dekat taman kawasan rumah.

Dengan kaki yang katik ni, satu padang tu baru pusing ulang-alik sekali dah rasa macam nak pengsan.

Lepas tu stop main, layan jongkang-jongket lagi best.

Haha.

Tiba-tiba, 10 tahun lepas tu, di recruit masuk team futsal 3rd Year girl MMESA.

Ape lagi, main pakai suka hati la kan?

Bola ke kiri, aku ikut ke kiri.

Bola ke kanan, aku pon ikut ke kanan.

Last-last semput sendiri.

Dapat bola tak pon.

haha

Yang penting, kita layan~




Still, team kita nombor 2 tau!!

Dari 3 team......... hahahahahahaha

terima kasih untuk kenangan itu.. ^^


May 18, 2012

Finally, its final..

Tadi final exam Engineering Manufacturing Lab IV..

After exam, hanya boleh bagi komen yang paper tu susah...............

Then tiba-tiba 5 minit yang lepas baru terfikir.

Final exam Lab berformat essay????????????

Oooooo, patut la susah.

Kenapalah baru perasan.

Hahaha

Yup, sedang mengira hari untuk final exam semester ni.

Termasuk hari ni, ada lagi 8 hari.

InsyaAllah, untuk orang lain sempat lagi ni nak study.

Untuk saya?              Mesti la tak sempat.

Sebabnya, takkan pernah serius untuk study selagi belum sampai malam before exam. ^^

So, macam mana nak sempatkan?

Sebab tu lah result pon asyik senget je. hehe

Kepada kawan-kawan, selamat study bersungguh-sungguh.

owh, buku saya 5 je.. tak sebanyak ni..

Pray hard, play hard, study smart. ^^


May 11, 2012

Moga yang terakhir

Pengalaman pertama sepanjang hidup..

Tarikh : 7/5/2012
Jam : 8.45 pm
Lokasi : IIUM
Yang terlibat : Kris biru gelap dan kancil putih.



Alkisah : Malu untuk diceritakan..

Pengajaran : Jangan leka. Pandu cermat, jiwa selamat. ^^

p/s : berapa ye kalau nak ganti body baru ni?

Apr 24, 2012

Junjung kembali piala itu.

Emosi itu selalu kalah.

Lelah menunjangkan piala kesabaran.

Gagal.

Rebah.

Tatkala panji kesabaran dipasakkan.

Angin kuat akan hadir menguji kekuatan tegaknya.

Dan kali ini juga, ia rebah seperti kali yang lain.

Emosi engkau tidak stabil.

Kau terganggu oleh sesuatu.

Mengapa?

Mengapa membiarkan emosi mu kalah begitu sahaja?

Emosi kamu lemah?

Begitu mudah terjatuh, tatkala ditiup angin.

Kau tidak mahu menjadi lemah begitu kan?

Tidak mahu terganggu dengan perkara yang remeh.

Oleh manusia yang ramdomnya sukar dimengerti.

Yang hadirnya, sekadar untuk melihat tegak panji sabarmu.

Dan jika perlu, menjentiknya panji mu itu untuk melihat kekuatannya.

Dan kau, pasti tidak mahu manusia begitu berjaya.

Berjaya dalam menumbangkan panji mu itu.

Mungkin tali keimanan kau masih tidak cukup.

Untuk menegakkan panji sabar itu.

Carilah tali itu.

Pastikan cukup untuk menggagahkan kibaran sabarmu.

Supaya mampu melindungi dirimu.

Melindungi dari manusia-manusia yang mengganggu emosi mu.

Dan sungguh akan Kami berikan cobaan kepadamu, dgn sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa & buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yg sabar. (yaitu) orang-orang yg apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan: “Inna lillaahi wa innaa ilaihi raaji’uun” [Artinya: Sesungguhnya kami adl milik Allah & kepada-Nya-lah kami kembali. ] Mereka itulah yg mendapat keberkatan yg sempurna & rahmat dari Tuhan mereka & mereka itulah orang-orang yg mendapat petunjuk. 
(Al Baqarah: 155 – 157)


rindu senyuman yang tiada masalah itu.. ^^

p/s : aku tahu kau kuat. kumpulkan kembali kekuatan mu dahulu.

Apr 18, 2012

2 hari 2 malam, Pantai Morib

2 hari 2 malam yang tenang walaupon penat..

14/4/2012.. Pagi....

Menuju check point pertama dari Camp El-Azhar

Perjalanan pertama merempuh paya bakau


Halangan pertama, paya berselut

Tiba di check point pertama, lunch.

Menu : nasi dan ikan goreng

Jama' dan qasar utk Zohor dan Asar.

Hujan rintik-rintik

Taklimat di checkpoint pertama.

Menuju check point ke 2. Halangan kedua, selut y lebih dasyat.




Tiba di pesisir pantai.


Menyusur pantai dengan kedalaman air paras pinggang.



Situasi untuk menyelamatkan beg dari kebasahan mungkin?




13/4/2012.. Petang..

Tiba ditempat yang dituju. Membina shelter dan unggun api.



Mengorek perigi untuk bekalan air bersih.

Shelter y confirm akan bocor jika hujan turun.
14/4/2012.. Pagi..

aktiviti 1 : silent signal

Memanah.

sarapan pagi y mewah? megi kari + telur.

Ubi kayu + ubi keledek bakar.
p/s : gambar dipilih secara rawak.