Jun 11, 2012

Dewasa

Satu lagi langkah kealam dewasa akan ditempuh.

Setapak melangkah kehadapan, mana mungkin kaki ini akan berpatah kembali.

Satu tapak, bakal disusuli dengan tapak kedua dan ketiga.

Mungkin selama ini terbayang diri dialam baru.

Luar dari kampus yang banyak membantu mencari identiti diri.

Tapi kali ini bukan bayangan lagi, tetapi kenyataan yang bakal ditempuh.

Mahu tidak mahu.

Sedar tidak sedar.

Tiada jalan untuk U turn.

Highway utara selatan, lurus tanpa memberi sedikit ruang untuk berpatah kembali.

Ini kehidupan yang bakal ditempuh.

Ya, mahu atau tidak.

Dewasa itu tetap datang.

Dan harapan, moga ia datang lengkap dengan persediaan.

Berjumpa dengan golongan yang 360 berbeza alamnya.

Melangkah kaki berseorangan menuju alam baru.

Berpisah dengan insan yang paling memahami.

Semua ini hanya mainan.

Mainan untuk menguji kesempurnaan "kedewasaan".

Moga kau tabah. ^^

p/s : selamat kepada rakan-rakan seperjuangan.

No comments: