Jun 13, 2012

1st Day

1st day?

Masih tiada apa yang menarik.

Hanya mampu melihat budaya-budaya kerja mereka.

Pagi dalam pukul 8.00, sebelum memulakan kerja masing-masing, setiap bahagian akan berhimpun dalam bulatan sambil berdiri.

Ini yang dilihat.

Apa yang dibincangkan? Tidak diketahui.

Ia dipanggil perhimpuanan, kata guard yang bekerja.

Kemudian, urusan pemberian uniform bekerja.

Lengkap! Baju 2 pasang, seluar 2 pasang, kasut sepasang, tudung sehelai dan topi.

Memang jimat kos pakaian.

Tapi yang paling hebat, "tukar uniform sekarang ye dik. sekali dengan tudung. tak iron pon tak pelah. kita nak ambil gambar." -_-!!




So 1st day, pakai tudung tak iron.

Paling best, "dah dapat kupon makan? kat sini semua pekerja diberi kupon makan RM3 sehari."

Senyum melebar.

Jimat juga duit makan. hehe

So, rehat 10.30 sampai 10.40, dapat makan mee goreng sepinggan berharga RM1. Air the o, free~

Next, briefing. Face-to-face sorang-sorang. Dah macam special student rasa.

"Petang ni kita ada exam ye? Oleh sebab adik baru masuk, boleh open book."

Senyum lagi.

Tepat jam 1, melangkah ke cafe lagi. Kali ni, nasi putih, kari daging dan kerabu mangga.

"RM 2.20, pagi tadi ada lagi baki kupon RM2, jadi 20 sen ye."

Jam 2, akak dari HRM datang. Exam 1 jam. Jawab semua soalan.

"Awak boleh buka buku kan? Duduk dekat depan. Jangan bagi yang lain tiru k."

Selesai kertas ditanda. 6 orang fail. Markah 85 ke bawah.

Dan.......

6 orang tu termasuk diri ini.

Malu? Tak terkata.

"Saya salah bagi buku ke?" - akak HRM.

Yang fail sila kedepan. Repeat!

Soalan yang sama.

Untuk kedua kali, lepas dengan paras bahaya. 89%.

Tapi disebalik markah-markah yang rendah ni, aku rasa orang yang tanda tu salah tulis markah. Mana mungkin open book, markah rendah!

Yakin, ni bukan salah aku!!

Melangut menunggu masa berlalu.

5.15pm. Tunggu apa lagi, balik la. ^_^




No comments: