Jun 17, 2012

Cerita lama

Ini cerita lama.

Cerita yang aku fikir aku tak akan melupakannya.

Cerita yang buat aku fikir kau manusia lidah bercabang.

Tidak pernah menepati kata-kata.

Sentiasa memutar belitkan cerita.

Kau kata kau inginkan berkawan.

Kau berkawan kerana sifatnya yang membuat kau  selesa bercerita.

Tapi tah kemana perkataan "kawan" itu tatkala dirinya difitnah.

Kau pergi, senyap, menyepi.

Seolah olah tidak menafikan fitnah itu.

Kata-kata penerangan dari kau, lansung tidak terdengar.

Kau lepas tangan.

Kau pekak kan telinga, butakan mata.

Kau kata, kau malas nak ambil tahu, malas nak ambil peduli.

Sungguh mudah pegangan hidup kau.

Hidup ibarat tidak bertanggung jawab.

Kau buat hati dia sakit.

Dan aku hanya pemerhati.

Tapi kau tetap pandai.

Kau biarkan masa berlalu, dan cerita itu pergi ditelan ombak.

Kemudian kau datang lagi.

Memulakan kisah baru.

Kisah kebahagiaan dunia yang kau kecapi lagi.

Kemudian senyap, hidup dalam kebahagiaan mungkin.

Kau biarkan insan yang kau anggap kawan itu tanpa khabar berita.

Dan aku memerhati lagi.

Memerhati dalam marah.

Bukan marah kau mengganggu kawan aku.

Tapi marah kau buat kawan aku terluka.

Dan jangan salahkan aku berfikir begini.

Sebab kau sendiri yang tak pernah hadir menerangkan segala kekeliruan dan kecelaruan.

No comments: