Jul 21, 2012

Dunia praktikal, dunia baru.

Tidak pernah aku ambil kesah mengenai motor sebelum ini.

Cucuk kunci, start engine, jalan.

Ini sahaja perkara yang dirasakan perlu diketahui mengenai motor.

Tapi kini, segalanya berubah.

Engine motor dengan secara tiba-tiba menjadi bahan permainan.

Walaupon masih tidak ku berdaya menghafal kesemua namanya, tetapi aku berusaha untuk mengenali bahagian-bahagian utama barang permainan ini.

Crank shaft, crank case, right cover, left cover, cylinder head, timing sprocket, cam shaft??

Semuanya berjaya ku kenali.

Beribu kesyukuran dan terima kasih ingin disampaikan.

Kerana praktikal ku ditempatkan disini, Hicom Honda.

Dengan environment yang cukup positive, dan ahli staff yang cukup supportive.

Begitu juga dengan kehadiran model-model baru yang tiba saat aku bepraktikal disini.

Dapat juga aku merasai bagaimana process development model-model engine baru ini, sehingga terhasilnya motor baru.

Keterujaan ini kembali bertambah, apabila engine yang aku lihat melalui process di production line, muncul bersama body.
 

 Dan...

Aku tak ada kena mengena pon dengan motor-motor baru ni.:p

Nak tahu maklumat lanjut, tengok dekat laman web Boon Siew.

Harga? Dalam RM5000 ++

No comments: