Aug 3, 2012

2 jiwa 1 rasa

Hari ni cuti.

Saja teringin nak merasa isi borang cuti.

Selalu dok tengok staff-staff je isi borang cuti.

Hampir tiap-tiap pagi.

Bergilir-gilir ambil borang.

Mungkin faktor dah lepas pertengahan tahun, and annual leave banyak lagi.

So, baik bercuti dari burn macam tu je bila sampai tahun depan kan?

-------------------------------------------------------------------------------------------

Mengenai 2 jiwa yang sungguh berbeza tetapi tetap kekal bersahabat.

Jiwa 1 cintakan dunia seni, berhati lembut, peramah tetapi negative.
Jiwa 2 cintakan dunia lasak, berhati keras, pendiam tetapi positive.

Tatkala tiba masa lapang bersama, mereka keliru, bermain badminton atau karaoke?
Si jiwa 1 ingin berkaraoke kerana inilah caranya untuk melepaskan stress dalam diri. Memandangkan dirinya yang lembut, ramai orang mungkin mengambil kesempatan atas dirinya. Jadi, berlakunya stress!

Jiwa 2 hadir dengan hati yang keras, tetap nak bermain. Hati yang keras, sukar untuk ditoleransi. Tidak mahu mengalah untuk kegemarannya.

2 jiwa bertelingkah.

Tatkala berbual bersama, jiwa 1 sering berbicara mengenai kehidupannya yang sunyi bila tidak bersama jiwa 2. Orang-orang disekeliling katanya hanya bersahabat bila perlu, hanya bila mahukan sesuatu darinya. Segala-galanya hanya penuh dengan cerita negative.

Jiwa 2 pendiam, sering menjadi pendengar setia. Mendengar luahan jiwa 1 sambil berfikir. Seringkali juga jiwa 2 meningkah. Mengatakan apabila seseorang mencari kita tatkala mereka susah, itu bermaksud bahawa kita ini merupakan orang yang penting kepada seseorang itu. Seharusnnya merasa bersyukur.

Jiwa 1 tidak bersetuju, mengatakan jiwa 1 tidak memahami situasi sebenar. Begitu senang membuat spekulasi sendiri. Ibarat bahu yang memikul lebih berat dari mata yang memandang. Jiwa 2 mengakui, sememangnya dia tidak akan dapat memahami kerana tidak berada dalam situasi, jadi jangan meminta mendapat lain kali katanya.

Dan sekali lagi, 2 jiwa bertelagah.

Jiwa 1 suka hidup bermasyarakat. Apabila ditempat baru, jiwa 1 suka berbual-bual dan berkenalan. Juga mengambil berat mengenai orang disekelilingnya. Dan manusia-manusia lain, ada sesetengahnya tidak suka diambil berat. Membuatkan jiwa 1 kadangkala tidak disenangi. Perkara begini membuatkan jiwa 1 stress.

Jiwa 2 kurang bergaul. Apabila ditempat baru, jiwa 2 lebih suka berdiam, membuat halnya sendirian. Tidak menghiraukan hal orang lain, dan tidak mengambil tahu orang lain. Membuatkan dirinya kurang bermasyarakat.

Jiwa 1 menceritakan masalah ditempat barunya pada jiwa 2. Dan jiwa dua memberi pendapat yang bersifat dirinya, iaitu jangan mengambil tahu hal orang. Jiwa 1 berkata ketidakadilan mungkin berlaku. Contoh jika rakan sekerja mencuri tulang tetapi mendapat bayaran yang sama, tetap mahu berdiam? Jiwa 2 tetap dengan pegangannya, difikirannya mengatakan itu urusan orang itu dengan Allah. Namun jiwa 1 tetap tidak bersetuju.

2 jiwa tidak sependapat.

Tetapi penetapan Allah tetap menakjubkan. Walaupon 2 jiwa ini tidak sependapat, tetapi mereka tetap kekal bersahabat untuk 7 tahun. Dalam 7 tahun itu, hampir setiap hari jiwa-jiwa ini bertelingkah.

Jadi, bagaimana agaknya mereka tetap bersama?

Ketentuan Allah mungkin. Mereka tidak sependapat, tetapi mereka menyayangi kerana Allah. Mereka berbeza, tetapi mereka bersahabat kerana Allah. Bukan atas dasar kepentingan dan nafsu diri masing-masing. Sering jujur antara satu sama lain, tidak sanggup untuk menipu walau untuk sekelumit.

Harapan 2 jiwa ini, biarlah mereka kekal bersahabat demi untuk memperbetulkan jiwa masing-masing. Sering menegur atas kesilapan jiwa masing-masing.
Kepada yang membaca, doakan 2 jiwa ini kekal bersahabat sehingga akhir hayat masing-masing.

2 jiwa, 1 rasa.


No comments: