Aug 13, 2012

Lelahan Emosi

I'm losing my spirit.

Rasa tak nak buat report.

Rasa dah malas nak pergi kerja.

Even saya bebas menjelajah kemana sahaja dalam kilang tu, bebas untuk meneroka dan bertanya apa sahaja, saya tetap merasa tidak bersemangat.

Mungkin kerana persediaan fizikal dan mental yang masih kurang mencukupi.

Mental untuk menghadap sebilangan ahli-ahli operator dibahagian production yang memerhati apabila terlihat wanita lalu dihadapan mereka.

Hal ini tidak boleh disalahkan kepada mereka, ini mungkin kerana selama ini, operator dikilang ini 100% lelaki, kaum hawa diserap hanya apabila tahun ini bermula.

Mental yang perlu bijak untuk berbual bersama ahli-ahli staff dan rakan sekerja pabilamana, sebelum ini saya tidak pernah berada dialam pekerjaan.

Emosi untuk memerah otak memikirkan ayat-ayat yang puitis untuk dizahirkan kedalam log book.

Emosi untuk berhadapan dengan sahabat-sahabat yang kepelbagaian.

Ya, ini semua dugaan Allah.

Untuk melihat sejauh mana aku bersahabar setelah panji-panji keazaman untuk bersabar itu telah disematkan.

Saya akan terus mencari nilai-nilai positive atas apa yang telah berlaku.

Mencuba untuk bersangka baik atas kehendak Allah dan membuang rasa curiga dihati ini.

Amin~

No comments: