Aug 6, 2012

Hari Isnin bertambah kuat!

Well, entry ni lambat sehari.

Kenapa hari Isnin kuat?

Sebab hari Ahad dugaan begitu hebat.

1st - Pocket note untuk semua isi-isi penting sepanjang praktikal hancur. Dihancurkan mesin basuh. Mungkin kerana buku diperbuat dari kertas recycle, environment friendly, so sangat mudah hancur. Hancur nya bukan lah hancur setakat koyak-koyak. Tapi hancur umpama debu-debu. Yang mana 1 huruf pon tidak mungkin kelihatan. Dari kulit depan sehingga kulit belakang.

2nd - Baju praktikal juga musnah. Dipenuhi debu-debu nota. Tapi tu okey lagi. Lagi tragis, rupa-rupanya ada 2 batang pen dan sebatang pencil sekali dalam mesin tu. Dan...... Pen berwarna merah mengeluarkan dakwatnya, mewarnai baju praktikal berwarna putih suci situ. Yang paling penting, dakwat itu umpama kekal disitu!

3rd - Setelah berhampas pulas mengibas semua baju-baju yang berdebu kertas itu, niat dihati untuk mengambil gambar kenangan debu-debu itu. Peringatan untuk diri sendiri yang mesti akan kekal mungkin. Tetapi.......................
Malang ketiga datang. Camera phone rosak. Rosak yang memang confirm rosak! Rosak yang bukan agak-agak nanti baik la tu. Bukan-bukan!
Rosak yang bila buka je camera, tak ada pic yang keluar untuk kita snap, tapi gelap semata-mata gelap.

Dan hari ini, Isnin bersamaan 6/8/2012 aku tetap meneruskan hidup seperti biasa. Umpama hidup semalam tiada apa yang berlaku.

Pergi kepejabat dengan senyuman yang manis.

Mencari ilmu baru dengan hati yang tenang.

Semoga hidup kawan-kawan yang lain juga akan tenang walau ditimpa masalah ^^

p/s : sapa-sapa ada jalan penyelesaian untuk menghilangkan dakwat pen pada baju, roger-roger la ye.
p/s : tak ada picture lah sebab camera phone rosak~~


No comments: