Aug 11, 2012

Tidak tahu dan tidak peduli

Kadang-kadang.

Rasa bersalah bila terpaksa memekakkan telinga dan membutakan mata atas apa yang berlaku.

Terpaksa berpaling muka memandang ke arah lain.

Tetapi Allah.

Aku terpaksa.

Tidak tersanggup hati ini mendengar dan melihat apa yang terjadi pada saudara-saudara ku.

Sayu hati.

Melihat mereka diperlakukan begitu.

Diperlakukan ibarat nyawa mereka lansung tidak ternilai.

---------------------------------------------------------------------------------------------

Begitu juga untuk didalam negara sendiri.

Bukan aku tidak mahu mengambil tahu.

Tetapi hati begitu lelah, melihat permainan politik negara.

Sehingga jemu tidak tahu yang mana satu.

Terlalu banyak fakta dan auta yang lahir.

Membuatkan jiwa ku keliru.

Dan ini kembali membawa kepada aku yang tidak mahu ambil tahu.

Maafkan aku Ya Allah.

aku hanya insan kerdil yang rapuh.

Yang juga lemah.

Mudah keliru dan lelah dengan apa yang telah berlaku.

Moga kau sentiasa memelihara diriku dan juga saudara-saudara seIslam dengan ku.

Amin~

No comments: