Oct 15, 2012

Dari hati

Blog ni.

Dah lama aku biar tanpa jiwa.

Tanpa ada perasaan yang ikhlas untuk menulis.

Tanpa pernah ada rasa ingin memperbaharui dengan baju yang baru.

Mungkin kerana aku ingin mengekalkan identitinya.

Walaupon sejak akhir-akhir ini, motif +ve blog ini telah jauh tersasar.

Ingin mempamerkan isi yang boleh dijadikan manfaat kepada pembacanya.

Tapi, bila dijengah kembali latest-latest entry.

Semua hanya kata-kata emosi, lansung tiada manfaat.

Ada orang kata, "kalau tidak suka, jangan baca."

Tapi ada juga yang kata, "ini satu saham pahala, dengan menyampaikan perkara bermanfaat."

Semua bergantung pada niat masing-masing.

Kalau ikutkan emosi hasutan syaitan, mungkin telah banyak entry kosong tercoret.

Tapi Alhamdulillah.

Belum sempat dipublishkan, semuanya dah tercampak ke dalam recycle bin.

Hapus lupus, tidak berjejak.

Mungkin, lepas ni laman ini akan sunyi kembali.

Kalut dengan pengejaran ilmu ditahun terakhir.

Ilmu yang harap terhadam dihati, bukan sekadar singgah dalam "short term" memory.

Dah 2 tahun hidup dalam kelalaian hiburan.

Masa untuk sedar, sebelum masa itu pergi.

Dan harap, kawan-kawan lain juga begitu.

Kita perlu, saling ingat mengingati.

Baru namanya sahabat sejati. ^^

No comments: