Sep 17, 2012

Dua dunia

Dunia habis praktikal?

Memang menyeronokkan.

Kembali dengan buku.

Pen.

Beg.

Baju kurung.

Kasut bertutup.

Memang dulu aku alergi dengan benda-benda ni.

Tapi rasa macam aku lebih sanggup menghadapi alergik ini, berbanding pergi hidup bekerja.

Tapi sekarang imaginasi aku lebih meluas.

Semua hasil dunia praktikal.

Masuk je kelas, lecture akan sebut mengenai apa-apa yang berkaitan dengan production.

Yang paling best, kebiasaannya part-part engine yang selalu menjadi pilihan.

Sebut pasal crankshaft? Aku dah boleh imagine crankshaft tu macam mana.

Sebut pasal cylinder block? Pon aku dah boleh bayang.

Production line? Cycle time?

Semuanya hampir aku berjaya bayangkan dengan 100% keyakinan.

Tidak lagi terfikir-fikir, mencari-cari bagaimanakah keadaan dan bentuk sesuatu itu.

Ini mungkin baiknya dunia praktikal.

Tatapi malang, aku masih sayangkan buku yang tebal.

Walaupon aku begitu malas untuk menyelak helaian buku-buku itu.

Tapi tetap, itu menjadi pilihan.

No comments: