Nov 8, 2010

Selesai Sudah ^_^

Alhamdulillah, kini selesai sudah final exam untuk saya. ^_^

Gembira tidak terkata kerana tidak perlu lagi dibebani pemikiran untuk study secara terpaksa. Walaupon telah diikhlaskan hati sebaik mungkin, tetapi sebagai insan biasa saya tidak lari untuk tertekan. Tetapi kini, tekanan-tekanan itu boleh dilupakan buat sementara.

Kepada rakan-rakan yang masih berjuang, akan berjuang dan telah berjuang, saya doakan semoga anda dapat menjawab final dengan baik dan mendapat keputusan yang cemerlang.

Overall, walaupon rasa sangat gembira final dah habis tetapi debaran still terasa. Debaran untuk result. huhu. Memandangkan last paper pada 6 November lepas sangatlah dirasakan susah. Kertas itu yang susah atau saya yang tidak belajar dengan baik, saya sendiri pon tak tahu yang mana satu. haha. Doakan saya lulus.Lulus sahaja yang mampu diharapkan ketika ini kerana memang terasa sangat teruk ketika menjawab paper tersebut.

Yang lain-lain, InsyaAllah mengharapkan keputusan yang baik. Saya mungkin akan pulang ke kampung halaman pada hujung minggu ini. Doakan juga perjalanan saya selamat. Pulang untuk bersama keluarga tercinta ^_^.

Jadi, agak-agak kepada yang akan bercuti. dah ada plan ke untuk mengisi masa cuti ni? Saya akan bercuti untuk 3 minggu dan plannya? haha. Saya pon tidak pasti lagi. Mungkin menghadap lappy kesayangan ini untuk melayari dunia tanpa sempadan yang sungguh luas ini. Semoga bermanfaat.

Salam cuti dari saya dan semoga mendapat keputusan yang cemerlang untuk peperiksaan sahabat-sahabat sekalian. ^_^

1 comment:

Kanda said...

slamat becuti deh. =)