Nov 16, 2010

Blog Cambest

Hari ini saya nak bercerita mengenai satu blog yang cambest sangat. Mulanya rasa tak perlu pon untuk ditulis disini tetapi memandangkan blog ini best sangat, jadi keinginan untuk menulis itu datang dengan membuak-buak.

Blog yang dimaksudkan adalah blog Your Profile, Your Story. Apa yang menarik dengan blog ini? SANGAT MENARIK untuk diungkapkan. hoho (^^,)



Secara kasar blog ini merupakan satu blog yang kelakar. Yang menariknya, lawak yang dihasilkan merupakan lawak yang kreatif, bukan lawak yang bodoh. Saya sendiri tidak terfikir cara ini untuk menghasilkan lawak.

Dengan mengaplikasikan profile facebook, pemilik blog berjaya menghasilkan lawak jenaka yang tulen dan hidup. Sekali baca, sememangnya dapat menggeletek isi perut pembaca.

Jadi, ini sahaja dari saya. Jika rakan-rakan ingin melehat sendiri kemampuan blog ini, rakan rakan boleh melihatnya melalui link ini. Your Profile, Your Story.

Selamat bergelak ketawa ^_^

No comments: