Nov 25, 2010

Kawan @ Sahabat @ Rakan


Sahabat, orang yang kita iktirafkan sebagai rakan. Malah, saya pernah mendengar @ membaca yang sahabat nilainya lebih tinggi dari kawan. Kira lebih upgrade dari kawan la ni. Kebenaranya? Saya kurang pasti. Tapi bagi saya, ungkapan sahabat dan kawan, mahupun rakan, mempunyai makna yang sama.

Nak huraikan maksudnya sendiri pun, saya tak tahu macam mana. Mungkin seseorang yang kita boleh percaya? Mungkin seseorang yang kita sentiasa berkongsi cerita? Atau mungkin seorang yang kita mahukan sentiasa disisi ketika susah dan senang? Mungkin bergantung kepada individu itu sendiri untuk mentafsir perkataan sahabat ini.

Tapi, satu perkara yang menarik untuk saya kongsikan disini, agak-agak kita pernah tak rasa bersalah kerana mengajar atau mengajak sahabat kita itu untuk melakukan perkara yang tidak baik? Em, perkara yang tidak baik ini macam-macam. Ajak membuang masa pun, dah jadi satu perkara yang tidak baik. Bergantung pada niat kita.

Pernah tak, rasa bersalah sebab seorang kawan tu, buat satu perkara yang tidak baik dan salah semuanya disebabkan kita yang mengajak atau mengajarnya? haaa, baik check balik diri masing-masing.Kalau tak ada, Alhamdulillah. Tapi kalau ada, macam mana nak buat ye?

Kita tidak tahu, mungkin dosa kawan itu, kita membawanya bersama sentiasa kerana kita yang menjadi punca. MasyaAllah, ampunkan dosa hamba Mu yang hina ini. Mungkin kita boleh mengajak kembali rakan kita tadi untuk meninggalkan perkara yang tidak patut itu.

Jadi, kesimpulan. Nak buat jahat, jangan libatkan orang lain. Kalau dah  terbuat, berusahalah untuk memperbaiki keadaan itu semula. Buat jahat sorang-sorang. Kalau rasa tak best, jangan buat jahat. haha

Sesungguhnya, kita sayangkan sahabat kita bukan? Jadi, sentiasalah ingat-mengingatkan. ^_^

No comments: