Nov 22, 2010

ZC 206 B

Memori di Cenfos tidak pernah dilupakan. Hoho. Ingat lagi pada roommate-roommate tersayang, Hanadi, Syafareezwa and Wan Amira. Roomate yang cambest!

Sepanjang dua tahun bersama, satu perkara yang saya rasa you all and roommate you all tidak ada adalah gambar yang sangat-sangat banyak. Haha. Kami gila kamera? Tidak kot, tetapi Shafareezwa seorang, ya! Shafa yang gila camera, telah mengheret satu bilik untuk terlibat meminatinya sama. Bayangkanlah, gambar kami sangat banyak. Mencecah ratusan. Yang menarik, bukan gambar biasa tetapi dengan gambar yang berbagai-bagai pose yang menarik. Haha. Jika dilihat kembali, mengundang rasa geli hati pada saya. Tetapi, sorry. Gambar tidak dapat didedahkan. Hehe. Gambar tidak bertudung. Lokasi penggambaran selalunya dibilik sahaja. Jad biarlah gambar-gambar itu hanya menjadi kenangan kami. Bagi saya, inilah khazanah berharga untuk kenangan kami. Tidak ternilai mungkin. Terima kasih kepada Shafareezwa yang telah menjadikan hobinya sebagai hobi kami juga. ^_^

Selain bergambar, saat yang selalu kitorang habiskan bersama adalah ketika menjamu selera. Memang macam dah jadi perhimpunan keluarga. Tidak tahu mengapa tetapi begitulah keadaannya makan-makan sambil bercerita. Paling best, bila turut disertakan dengan tayangan gambar. Hehe. Macam dah menonton wayang. Yang ini, pada asalnya adalah dari hobi Wan Amira. Beliau sangat suka menonton movie, terutama cerita korea. Macam-macam koleksi movie yang dimilikinya. Macam dah boleh jadi kedai. Haha. Kami yang lain-lain hanya menumpang. Satu cerita yang saya dan Shafareezwa suka adalah Desperate Housewife. Berhari-hari dok layan cerita ni sambil makan.

Orang yang paling aktif dalam bilik tu adalah Hanadi. Macam-macam program masuk. Silat, Persatuan anak negeri, Persatuan akademik dan lain-lain. Tak ingat dah apa tapi banyak la. Macam dah jadi perdana menteri pula. Apa pon, Nadi memang hebat. Even aktif, pointer tiap-tiap sem tetap maintain dean list.

Kami satu bilik, jarang aktif dibidang kokurikulum. Rata-rata terperap dalam bilik buat hal masing-masing. Haha. Tapi ada satu program yang entah macam mana kami satu bilik sertai, Taaruf Committe. Satu bilik dapat dan 3 dari kami ditempatkan dibidang yang sama kecuali Hanadi. Saya, Wan and Shafa dibahagian exam manakala Hanadi dibidang teknikal. Tetapi ini penghalang buat kami untuk terus bersama. Memang kitorang enjoy habis. Yang paling banyak merungut siapa lagi kalau bukan Shafareezwa, anak mak. Hehe, sorry Shafa ;p.

Yang pasti, untuk saya. Inilah roommate yang best dan paling best. Dulu time kat MRSM Kuantan best juga tetapi kenangan kami tidak banyak. Di cenfos ini, mungkin lagi best sebab kami hari-hari ada kenangan sendiri. Walaupun keadaan bilik yang sempit tetapi kini saya telah menyedari hikmahnya, ia telah mengeratkan silaturrahim kami dengan kuat.

Kini kami telah masuk IIUM tetapi dengan haluan kos masing-masing. Saya dibidang Manufacturing Engineering, Shafa dibidang Material Engineering, Hanadi dibidang BioMedik dan Wan Amira dibidang Farmasi. Saya dan Shafa masing duduk berdekatan tetapi Wan and Nadi telah pergi ke Kuantan cawangan IIUM disana. Sangat sukar untuk berjumpa. Mungkin dihari Graduasi? InsyaAllah.

Saya mendoakan mereka semua dapat belajar dengan baik dan kami sama-sama dapat graduate pada waktu yang sama. Aminn ^_^

p/s: sedikit gambar akan diuplode kemudian. Sekarang, tiada bersama.

No comments: