Nov 30, 2010

Hari Ini....



Hari ini rasa sedikit bermanfaat. Menghabiskan masa untuk mengemaskini blog berhabuk

Dah lama tak update dan entrynya juga sedikit berterabur. InsyaAllah, akan terus dikemaskini pada esok hari. Mata dah mengantuk tetapi rasa perlu juga mengupdate blog ini. Jadi mungkin sekadar luahan perasaan yang ingin dikongsikan bersama sahabat.

Hari ini dah masuk 30 November. Hari terakhir untuk bulan ini, bulan kelahiran saya. Masa berlalu dengan sangat pantas. Cuti pon rupanya telah masuk minggu ketiga. Rasa macam baru semalam pulang ke rumah.

Tidak lama lagi akan pulang ke U. Perjalanan hidup pelajar normal akan bermula kembali. Azam sem baru tak ada lagi. Kalau yang lepas-lepas pon banyak yang tidak tertunai lagi.

Yang penting, sejarah baru akan dicoretkan dari hari ke hari. Moga-moga sejarah yang gemilang dan terbilang. Sebut pasal sem baru, mestilah result dahulu yang akan menyusul. Apalah agaknya keputusan kali ini. Owh ,sungguh risau.

Hari ini juga, oleh kerana ingin mengemaskini blog rasmi, maka belajarlah sedikit sebanyak mengenai kod HTML. Jadi, saya dah ada basic html ^_^.

Okeylah, memang sangat kekeringan idea untuk menconteng. Minda dah padam barangkali.

Selamat malam ^_^

No comments: