Nov 17, 2010

Salam AidilAdha

Pejam celik, raya haji pula yang tiba. Rasa seperti raya puasa baru sahaja ditinggalkan. Masa pada masa kini begitu pantas berjalan kan?

Raya Haji kali ini saya hanya beraya dirumah. Alamat rumah : 627, Lrg Kuda Kepang 1, Tmn Ria Jaya, 08000 Sg Petani Kedah. Dijemput semua untuk datang ^_^ .

InsyaAllah, mengikut plan mak, petang hari kami sekeluarga akan pulang ke kampung halaman, Guar Chempedah Kedah. Alamat penuh, tak ingat. hehe

Sebenarnya, sementak dua tiga tahun kebelakangan ini, perasaan untuk raya itu kurang dirasai tidak kira raya haji mahupon raya puasa. Mungkin kerana setelah datuk dan nenek dikampung meninggal, maka susah untuk mengumpulkan keluarga besar kami lagi. P.cik-p.cik dan m.cik-m.cik akan beraya dikampung besan terlebih dahulu pada pagi raya. Jadi hanya tinggal keluarga saya sahaja dikampung, tiada sepupu sepapat yang lain.

Tetapi Alhamdulillah kerana pada raya kedua ataupon ketiga, kami berjaya juga berkumpul dengan saudara mara yang lain. Tatapi, satu perkara lagi yang tidak seronok adalah semenjak dua tiga tahun ini hari raya haji dan raya puasa jatuh pada bukan musim cuti sekolah. Jadi cuti untuk raya juga tidak lama. Masa untuk dihabiskan bersama saudara mara tercinta menjadi begitu singkat.

Apapun. semoga pertalian saudara antara kami akan terus terjalin. Aktiviti hari raya juga tidaklah begitu menarik. Selain melayan tetamu dan menziarahi kubur kami akan berbual sambil menonton televisyen. Berkongsi berbagai cerita dan maklumat sambil menghabiskan kuih muih dikampung.

Kesimpulannya disini, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Qurban kepada semua kaum muslim dan muslimat. Diharapkan hari raya akan dimanfaatkan dengan perkara yang berfaedah dan esok pagi, jangan lupa sembahyang raya ^_^

p/s: profiile pic facebook, nak tukar gambar tapi malas nak edit. Jadi itulah hasilnya. ;p

No comments: