Nov 2, 2010

Question to Ponder.

Alhamdulillah, selesai sudah dua paper untuk final exam ni. Ada lagi dua paper pada hari Sabtu nanti. Oh, kena bersedia awal ni. Overall, untuk dua paper yang dah lepas ni, ada yang dapat jawab dan ada juga yang tak boleh. Adatlah, kalau boleh jawab semua nanti tersangat hebat pula. hehe. Yang penting, tak dapat jawab sebab tak baca. So, nasiblah kan, siapa suruh tak habis baca. Padan dengan muka sendiri.

Jadi malam ini nak berehat seketika, untuk hari esok yang akan disambung kembali pada rutin-rutin harian exam. Sebenarnya, mood untuk menulis tiada pada malam ni, jadi tiada apa yang akan dikongsikan. Sekadar update blog. Hati nak menulis tapi minda tiada idea. Mungkin sudah habis diperahkan untuk subjek ekonomi petang tadi. Sewaktu menjawab soalan ekonomi tu, rasa macam dah layak jadi student ekonomi pula, bukan lagi student Engineering. haha. ^_^


graf apakah? mereka yang belajar ekonomi shj y mengetahuinya ^_^
sumber gambar : Google

Jadi itu sahaja untuk hari. Andai diteruskan saya pasti entry ini akan menjadi entry sampah. Itulah pentingnya melakukan sesuatu yang kita suka dengan ikhlas, InsyaAllah hasilnya pasti baik.

Sebelum saya berhenti, saya ada satu soalan yang ingin dikongsikan dengan kawan-kawan semua. Anda semua dah ada backup plan ke belum andai ditakdirkan selepas grad, anda tidak mendapat pekerjaan. Kita tak dapat menjangka pada masa depankan. Jadi, apakah persediaan kita untuk menghadapi masa depan yang tidak menentu itu? Jadi fikir-fikirkan lah alternatifnya. Sebagai backup supaya kita tidak panik, bukan mendoakan ye.

Jadi, selamat berfikir bersama-sama saya. ^_^

No comments: