Oct 29, 2010

Belajar kerana Allah, barulah senang Ingat ^_^


Sempena musim exam ni, saya nak bermuhasabah diri sikit. Untuk diri saya sendiri, kalau ada yang nak joint, jom la. Dimusin exam ni, saya sendiri rasa serabut. Banyak buku, nota, latihan yang perlu diselak dan dibaca. Bak kata kawan tu, rasa macam nak muntah. ;p

Teringat satu nasihat dari kawan ketika masih sekolah dulu, kalau nak mudah ilmu tu masuk dalam hati dan ingat, belajarlah kerana Allah. Macam mana ye nak belajar kerana Allah tu. Em, pada pandangan saya yang jahil ini, belajar kerana Allah itu mungkin dengan belajar secara ikhlas. Maksudnya disini, belajar bukan sebab nak exam walaupon sememangnya ketika ini kita belajar sebab nak mudah jawab exam.

Cuba kita fikir balik, selalu kita belajar novel atau cerita-cerita facebook tu kerana apa? Sebab kita nak tahu kan? Tanpa dipaksa oleh sesiapa pon, kita sendiri yang tertarik dengan tajuk akan membaca dan secara tanpa kita sedari kita boleh ingat cerita-cerita itu dalam tempoh yang lama. Betul tak?
Ha, macam tu la juga kita perlu praktikkan dalam pembelajaran kita. Belajar kerana kita nak tahu. Dari sifat nak tahu inilah, akan lahirnya perasaan ikhlas untuk membaca. Bila dah ikhlas, InsyaAllah kita akan lebih mudah mengingat.

Cuba perhatikan lagi, sebelum-sebelum ini kita belajar bila nak exam. Dan dengan 100% saya yakin nak cakap disini, segala apa yang saya baca tu selepas exam hampir 70% daripadanya hilang. Ini satu tanda yang kita baca bukan dengan keihklasan hati. Sila check balik ya, betul atau tidak apa yang saya katakan ini.
Tapi nak menimbulkan keikhlasan tu bukan senang. Betul tak? Cara yang boleh digunakan mungkin ketika nak mula start study tu, tengok-tengok tajuk tu dan tanya pada diri sendiri apa yang kita nak tahu dengan melihat pada tajuk tu. So, dari apa yang nak tahu tu, kita mungkin akan lebih fokus. InsyaAllah, Allah akan permudahkan urusan baik yang ingin kita lakukan.

Jadi, dikesempatan ini saya nak ucapkan sepada rakan-rakan yang nak exam tu. Jangan stress-stress. Bila stress tak guna dah belajar, baik buka Facebook. Haha. ^_^

p/s: saya sendiri masih gagal mempraktikkan perkara ini. Sekadar muhasabah diri dan perkongsian bersama rakan-rakan.

4 comments:

Kanda said...

haha.mcm thu je spe yg nk muntah tu. zana kan? haha.
betul-betul..blaja kerana Allah. =)

miera said...

bukan Zana je anas..semua org da nak muntah kot..hehe..Anas je cool xmuntah-muntah.. ;p

Anonymous said...

saya sangat setuju...kalau kite study kerana orang sekeliling kite,kite akan kecewa apabila kite gagal memuaskan hati orang itu..tapi jika kerana Allah,kita akan reda dengan ketentuan-Nya.

sabree hussin said...

bacalah dengan nama tuhan yang menciptakan.. insya allah ilmu tu lekat dekat kita