Oct 11, 2010

Terpanggil

tiba-tiba rasa terpanggil untuk mengupdate blog ini yang kini telah menjadi blog peribadi..
Subjek Metallic Material yang esoknya akan ada kuiz masih belum habis dibaca tetapi lantaran tidak tertahan lagi untuk menulis..
Benar kata-kata pro blogger..entry y hendak ditulis perlulah datang dari hati kita sendiri, baru artikel itu seolah-olah hidup.

berblog biarlah ikhlas..itulah maksudnya..

perkara yang ingin diketengahkan kali ini adalah isu mencari pasangan. Saya sendiri sebagai seorang remaja yang  baru memasuki alam dewasa [21 dewasa kan??] sering dihimpit dengan persoalan ini..saya pasti rakan-rakan sebaya juga sama. tetapi setiap kali isu ini timbul, Alhamdulillah, saya akan cuba mencari jawapan yang dapat menenangkan diri saya kembali. Jawapan yang mana dapat mengembalikan fikiran saya yang mungkin sedang digoda oleh syaitan kembali semula kepada jalan yang diredhai Allah..


Ya, sememangnya isu ini amat hangat dibualkan oleh sahabat sebaya dengan saya. Yang mana masing2 mulai risau kerana masih tidak mempunyai pasangan hidup samaada yang halal [husband] atau yang tidak halal belum halal [boyfriend n gurlfriend]..


Apa bila ditimbulkan isu ini, saya sebagai seorang muslimah juga mulai berpeluh kerana risau tidak akan mendirikan rumah tangga kelak kerana masih belum dipetik oleh mana-mana jejaka, atau lebih takut digelar andartu. Ada sahabat y mengatakan jika tidak dicari sekarang, bila lagi?? [seperti booked la, bukan bercouple] alam pekerjaan nnt akan menjadi semakin sukar untuk mencari pasangan.. Kadang2 saya sendiri pon konfius dan terpengaruh dengan kata2 sebegini. Dan fikiran mulai terpengaruh untuk mula mencari..Tetapi Alhamdulillah, ayat2 Allah datang memberi amaran.


kepada kawan2 y masih mahu meneruskan juga pemikiran begitu, maka eloklah diteruskan sahaja kepada ikatan yang sah..itu lah ya dirasakan seeloknya pada saya.. bagi saya sendiri y masih tidak sanggup untuk berkata kepada ibu saya "mak, kakak nak kawin", maka saya tidak akan meneruskannya. Mungkin satu hari nnt apabila telah bersedia dan yakin utk berkata begitu, maka InsyaAllah barulah saya akan mencari pasangan..


kepada sahabat2 yang juga seperti saya, moga kita dilindungi dari menghampiri zina ini..yang mana telah berpunya, saya tidak menyuruh berpisah tetapi godaan utk kamu mungkin lebih kuat..nasihat saya, jagalah diri dan kuatkanlah benteng hati agar tidak terpesong. Saya akui, mungkin hari ini saya dapat menahan diri saya. mungkin esok hari saya melakukan juga perkara yang dibenci tidak diredhai ini. Jadi amat berharap agar rakan2 dapat menegur saya kembali.

entry ini mungkin tidak berkualiti tetapi saudara saudari boleh merujuk kepada artikel2 ini untuk menguatkan lg hati kita menjauhi perkara ini::
renungan 1
Pesan Ibu

p/s:: "pesan ibu"memberi ketenangan y bagus utk diri saya. Dan saya bukan anti couple..^_^

No comments: