Oct 21, 2010

YouthSays




Inilah antara kelebihan dan hikmah untuk saya apabila mula menceburi bidang blogging yang menarik ini. Sedang melayari pelbagai-bagai jenis blog berbagai-bagai cerita, maklumat dan ilmu yang telah saya perolehi. Antara perkara yang paling menarik dan saya ingin longsikan bersama rakan-rakan adalah mengenai YouthSays. Mesti rakan-rakan tidak pernah dengar lagi kan?

Jom kita review sikit apa yang best dengan YouthSays ni.

Pertama sekali youthsays ini hanya boleh disertai oleh belia muda remaja seperti kita [jika sebaya saya la =p] berumur 13-30 tahun. Ia merupakan satu peluang untuk belia muda remaja memanfaatkan laman sosial mereka tanpa sia-sia.

Youthsays ini terbahagi kepada 3:

Online Surveys
-menyediakan peluang untuk anda memperoleh sedikit imbuhan hanya dengan menjawab soalan-soalan dari pihak pengiklan atau pihak penaja. Yang penting anda menjawab soalan-soalan ini dengan jujur kerana oihak penaja mempunya tujuan tertentu apabila mereka mengadakan servey seperti ingin meningkatkan lagi prestasi mereka. Jadi bagi mereka, pendapat-pendapat dari kita amat diperlukan.

Online Advertising
-Yang ini pula adalah pengiklanan. Iaitu kita akan membantu mana-mana pihak yang ingin beriklan untuk mengiklankan produk mereka. Kita mungkin akan dibayar dengan khidmat yang telah kita berikan. Yang penting sekali adalah kita tidak melakukan SPAM dan mengiklan dengan cara yang jujur.

Community
-Ini lebih kepada menganali society kita. Yang mana dengan membantu menjawab soalan-soalan dari rakan kita di youthsays, kita akan mendapat mata ganjaran. Mata ganjaran ini saya kurang periksa apakah kegunaannya. Mungkin untuk meningkatkan krediabiliti kita.

Untuk pengetahuan anda, YouthSays menyediakan berbagai-bagai hadiah yang menarik untuk kita menangi. Yang penting adalah kita aktif dan banyak membantu pihak advertiser. Mungkin inilah peluang kita sebagai Youth untuk mencari duit poket [hoho]

Bagi saya duit itu tidak penting. Yang penting adalah kita melibatkan diri dan berasa seronok mengenali orang ramai terutama sekali mereka adalah golongan-golongan kita iaitu Youth.

Jadi, jangan lepaskan peluang ini. Untuk lebih lanjut mengenai YouthSays ini, anda bolehlah melayari laman webnya disini : YouthSays.com

Selamat mencuba ^_^

p/s: makin nak exam makin aktif berblog =p

No comments: