Nov 26, 2010

Saya dan Motor

Ahaha, rasa macam nak ketawa puas-puas sahaja. Mana taknya, setelah masuk minggu kedua cuti, baru hari ini berjaya start motor. Mak aih, senang sahaja rupanya. Kenapalah selama ni susah sangat.

Sepanjang dua minggu cuti ni, hampir tiap-tiap hari saya cuba menghidup kan motor abang yang tersadai tidak digunakan itu. Tak ada orang nak pakai. Dan dua minggu percubaan itu jugalah saya gagal.

Owh, sememangnya saya dah berputus asa. Dengan kudrat yang tidak seberapa ini, sememangnya saya tidak mampu menghidupkan motor tanpa menggunakan starter. Wawa dan Syazana mungkin tahu hal ini.

Pernah suatu ketika, nak pinjam motor Wawa sebab nak ke libry, ambil pendrive yang tertinggal. Saja gatai-gatai nak bawak motor, malangnya tidak berjaya menghidupkan motor Wawa. Nasib baik motor Zana pada ketika itu available, melangkah jugalah kaki ini ke mahallah Zana nak pinjam motor. Sebab motor Zana sahaja yang saya tahu ada starter.

Tetapi hari ini, untuk rekod hidup saya, saya berjaya tanpa starter. Thanks untuk abah yang ajar start motor semalam. Ajar macam mana nak tongkat motor menggunakan tongkat tengah itu hanya dengan menggunakan kudrat yang sikit. Haha Selepas ini, mungkin hari-hari saya akan mencuba lagi.

ini la dia motor tu...

Sebagai persediaan untuk menghabiskan lesen. Untuk pengetahuan, saya dah hampir satu sem menjadi pemegang tegar lesen L. Nak sambung untuk habiskan P tu, rasa macam berat sangat!

InsyaAllah, berbekalkan semangat baru setelah berjaya hari ini, saya berazam untuk menghabiskan P pada semester ini. ^_^

Doakan saya.

No comments: