Nov 24, 2010

Cuti-cuti Malaysia

Seperti yang telah diwar-warkan, saya sedang bercuti sekarang. haha.

ini kampung halaman, bukan rumah saya. Gambar rumah sendiri tak ada,  jadi gambar rumah tok pon boleh la kan.ahaha ;p

Sangat seronok memikirkan perasaan bercuti ni. Tiada concern pada assignment, kuiz, exam dan lain-lain. Tiada lagi belajar kerana terpaksa. Segalanya kini dilakukan dengan senang hati dan gumbira. Boleh baca buku yang kita suka, main game banyak-banyak, search apa yang kita nak tahu, semuanya dilakukan dengan rela hati.

Sememangnya saya tak ada plan untuk cuti ini, tak sempat nak plan sebelum balik hari tu. Tiba-tiba baru dua hari lepas teringat yang semester depan saya akan ambil subjek Thermofluid. Subjek yang digembar-gemburkan sangat susah. Owh, tiba-tiba kecut perut. Macam mana boleh tak teringat lansung. Kalu tak boleh bawak balik buku untuk diselak-selak walaupon bukan untuk dikhatamkan. 

Tak apalah, boleh jadikan sebagai ingatan ataupun amaran diawal sem supaya tidak begitu bersenang lenang. Result sem ni? Owh, tak tahulah. Rasa macam teruk kerana tidaklah begitu memberi 100% komitmen. Nafsu bermain ketika exam haritu sangat tinggi. Tidak terkawal. Ya Allah, permudahkanlah urusan duniaku.

Lagi, apa nak cerita ye. Satu story, harini bertemu kasih dengan kawan lama. Memang sangat lama. Kalau umur anak ni, dah sekolah dah. Bertemu kasih kawan time darjah 3. Memang time darjah 3 tu je kenal. Lepas darjah 3, terus lost contact. Start kenal pon memang time darjah 3 tu. Apa pun, terima kasih kepada sahabat yang tegur dulu. Sempat la berYM tukar-tukar cerita. Inilah kelebihan facebook untuk saya. ^_^

Last, saya kurang gembira dengan layout blog ini. Mungkin nak tukar nanti. Ada macam yang tidak kena. Tak mengapa, buat sikit-sikit. hehe

Sekian. Assalamualaikum~     ^_^

No comments: