Nov 26, 2010

Aku DEWASA

Satu perkara yang saya harapkan, andai diberi pilihan, saya tidak mahu menjadi DEWASA.

Walaupon masih belum berpengalaman menjadi dewasa tetapi saya dapat rasakan yang dewasa is complicated.

Kenapa?

Sebab saya amat takut untuk meninggalkan alam belajar dan menjengah ke alam pekerjaan.

Mungkin, masa kini saya sangat malas belajar dan berharap cepatlah untuk habis belajar, tetapi disebalik kata itu timbul satu perassan takut menghadapi kehidupan selepasnya.

Alam belajar, bila mana dikelilingi dengan sahabat yang berbagai kerenah dan idea menarik menjadi kita sebagai insan yang kreatif. Kretif untuk mengekspresikan diri, kreatif untuk meyalurkan perasaan dan kreatif untuk menggunakan akal.

Hidup yang warna warni dengan sahabat-sahabat yang "adventure".

Namun, bila alam dewasa menjengah, tanggungjawab yang besar juga akan turut sama berdampingan.

Tanggungajawab untuk membantu keluarga, kerja dan diri sendiri.

Hidup juga menjadi limited dengan komitmen yang cukup banyak.

Namun, mana mungkin perkara ini akan berlaku.

Hidup mesti diteruskan selagi Allah memberi peluang untuk bernafas.

Jadi, setiap hari-hari yang mendatang perlu dimanfaatkan dengan sebaiknya.

Kerana mungkin satu hari nanti kita akan rindukan alam belajar sambil menangis kerinduan.

Rindukan satu alam yang pada ketika kini kita harapkan berlalu dengan pantas.

Hargai setiap hari yang diberi Allah untuk kita corakkan.

Jadi kepada saya, lepas ini jangan malas-malas.

Sila rajin-rajin dalam semua perkara.

^_^

2 comments:

maIra said...

matang seiring dgn usia mira..;)

miera said...

kalau lah usia muda ni kekal k.maira..hehe