Nov 27, 2010

Saya dan Motor 2

Oleh kerana dah pandai start motor pakai kaki, maka petang ini bermulalah episode jalan-jalan dengan motor. hehe

Dengan penuh gagah saya pon meronda-ronda menikmati angin bandar sebelum ke kedai unntuk membeli gula merah. Mak nak buat cendol.

Tiba-tiba hujan rintik-rintik mulai turun. "Alamak, kena pergi kedai ni". Memandulah saya menuju ke kedai berhampiran. Mencari gula merah didalam kedai sepantas yang mungkin.

Time keluar kedai, Alhamdulillah, hujan tak jadi turun. Dengan sedikit berdebar-debar, mulalah saya start motor.

"Bismillah. Mintak-mintak hidup".

Vrooom, motor pon hidup ^_^ Alhamdulillah.

Okey, masa untuk pulang.

Selepas 2 minit......

"Alamak, kenapa motor ni. Mati tengah jalan pula. Nasib baik tepi jalan sikit."

Start la lagi sekali...Tak hidup! Start berkali-kali... Tak hidup jugak??!

Setelah 5 minit, saya pon menyerah kalah. Nasib baik lah tak ramai orang lalu jalan ni. -_-!!

Toleh belakang nak jalan kaki, DAN.....

Ayah ku yang dalam perjalanan pulang ke rumah dari kerja lalu.

Alhamdulillah, nasib saya baik hari ini.

Ayah: kenapa?
saya: motor ni tiba-tiba mati.
ayah: minyak habis kot.
saya: entah, meter minyak motor ni kan rosak.

Ayah saya pon cuba hidupkan. Tidak mahu juga. Kemudian dibuka tangki minyak.

Ayah: tengok ni.

Saya pon menjengukkan kepala. Uish, kering terus tangki minyak motor tu. Patut la.

Buat berpeluh je start motor banyak-banyak kali.

Adoi, penatnya. -_-!

2 comments:

Kanda said...

hehe. tula. len kali tgk dlu myk ada ke tak miera. hehe. klaka je..

miera said...

hehe..bkn klaka, malu je..salah motor tu la..meter dia rosak.. ;p