Nov 27, 2010

Saya dan lelaki.



Ingat lagi, waktu kecik-kecik dulu saya selalu fikir yang menjadi lelaki ni best. Mungkin kerana selama saya membesar sehingga umur 6 tahun, saya banyak menghabiskan masa dengan abang. Time tadika, barulah dapat adik. Jadi dari situ mungkin sedikit sebanyak pengaruh abang melekat dalam diri.

Saya fikir jadi lelaki best, boleh keluar bermain selalu, main kotor-kotor, terjun sungai, lastik burung dan lain-lain.

Tapi, Alhamdulillah. Semua tu tidak lagi kini. Setelah besar, saya tahu lelaki dan perempuan ada kelebihan dan kekurangannya. Kita perlu bersyukur dengan apa yang Allah jadikan kita.

Malah, saya rasa lebih bersyukur dilahirkan sebagai perempuan. Ye lah, tanggungjawab lelaki ketika dewasa amat besar. Banyak tanggungjawab yang digalas dibahu mereka. Dosa saudara perempuan, anak perempuan, isteri dan juga ibunya. Segalanya perlu mereka tanggung.

Malah,  hidup sebagai lelaki juga pada masa kini menjadi semakin mencabar bila semakin ramai wanita yang umpama “tidak berbaju” walau dimana jua. Segala pandangan perlu dijaga. Kalau diikutkan tidak mahu memandang wanita “tidak berbaju”, saya mengibaratkan mungkin mereka perlu berjalan dengan menutup mata. Haha. Dasyatnya masa kini bukan?

Berbanding wanita, apa yang perlu dilakukan adalah menjaga diri sendiri. Memakai pakaian yang proper , menjaga adab dan menunaikan rukun Islam sahaja mungkin sudah cukup untuk tidak melakukan dosa. Jaga diri sendiri, InsyaAllah terjamin hidup kita.

Mungkin mejadi seorang perempuan leceh, kena tutup itu dan ini. Itulah yang selama ini kita Nampak. Tetapi saya rasa tidaklah seteruk lelaki yang mana walaupon mereka menjaga diri mereka tetapi tetap juga menanggung dosa orang dibawah tanggungjawab mereka. Kita lihat hidup lelaki ni bebas dan tidak leceh, tetapi ketahuilah kelecehan hidup mereka dilindungi tidak Nampak dek mata kasar.

Jadi, bersyukur dengan diri kita yang diberi Allah. Wanita dan lelaki ada kelebihan dan kekurangan tersendiri. Yang penting salinglah menghargai dan saling menasihati. ^_^

2 comments:

Kanda said...

waah. bca entry ni blh thu pndangan miera sal lelaki. hehe. Apa-apa pn. betul. kna bersyukur dgn diri kita. suka istilah "tidak berbaju" tu. mcm mmberi nafas baru kpd ayat. cewah. hehe.

miera said...

time kecik-kecik dulu lasak. Selalu je nak ikut abang g main tp mak tak bg. ;p