Nov 28, 2010

Hasutan Diri



Hasutan : Apa yang anda elakkan dari berbicara?
Saya : JODOH. Itulah dia. Perkara yang saya rasa belum perlu saya fikirkan.
Hasutan : Iye ke belum perlu? Dah 21 dah sekarang.
Saya : Entah la, saya rasa belum. Sebab saya belum bersedia. Diri pon tak lengkap lagi. Iman pon belum cukup lagi. Anda? Dah perlu ke? Tepuk dada, tanya selera masing-masing ye.
Hasutan : Habis bila dah perlu tu?
Saya : Em, tunggu la dah lepas grad nanti. Habiskan belajar dulu.
Hasutan : Tak ke nanti dah lambat? Waktu tu baru nak cari, tah ada lagi lelaki yang single, tah tak.
Saya : Tak ada ke?
Hasutan : Iye la, sekarang pon macam dah sikit. Semua dah berpunya. Tak berpunya pon, mesti dah ade orang "cop".
Saya : Main cop-cop pula ye. hehe. IsyaAllah, kalau ada jodoh untuk saya, mesti tak ke mana kan? Semua itukan telah ditetapkan oleh Allah.
Hasutan : Tapi kita perlu juga berusaha. Bukan menunggu sahaja.
Saya : Em...(sedikit terhasut). 
Hasutan : Betul kan apa yang saya kata? Bukan nak bercouple pon. Cuma ingin booked. Nanti susah dah nak cari.
Saya : Tapi nanti dari "booked" itulah akan membawa kepada couple dan mulalah nak kenal-kenal. Kemudian melarat keselebihnya. Lainlah "booked" yang dimaksudkan adalah bertunang. Tapi dah bersedia ke nak bergelar tunangan orang? Kalau belum, tak payah la.
Hasutan : ....................
Saya : Tak kiralah apa pun, yang penting yakin yang jodoh pertemuan itu ditangan Allah. Kalau takut sangat, fikir balik, dah bersedia ke untuk diikatkan? Kalau belum, duduk diam-diam. Kalau dah, bagus. Kawen!! Nanti jemput saya datang kenduri.
Kalau tak kawen pon, ada bidadara di Syurga menunggu. ;p

2 comments:

farhana said...

True, indeed!
Tak perlu risau soal jodoh.
Dah ditentukan Allah siapa pemilik hati kita..
Berdoa, dan jangan lupa berusaha jugak =)

miera said...

Usaha bila dah sampai masa kan?hehe