Jul 26, 2020

2020

Kini, tahun 2020.

Setelah 1 tahun 5 bulan, hari ini aku dekat sini lagi.

Banyak,
Terlalu banyak yang telah berlaku sepanjang tempoh ini.

Tak mampu untuk diceritakan semuanya.
Yang penting, cukup lah untuk aku kata pada diri sendiri.

Aku sekarang, lebih bahagia, lebih matang, lebih tenang.

Alhamdulillah, untuk semua nikmat yang telah Allah berikan.

Apr 6, 2019

Lima

Aku takut.

Takut andai satu hari nanti kamu membenci ku.
Kerana tindakan ku yang tidak aku relai ini.

Mungkin kah?

Empat

Teringat-ingat kenangan Redang.
Kema, Zaa, Sha, Yus, Nik, Nana dan kamu.

Aku harap mereka akan terus disisi.
Aku harap kamu terus bersama mereka.
Aku berharap persahabatan ini kekal selamanya.

Aku berharap mereka mampu menghilangkan kesunyian dihati mu saat aku tiada disisi.
Namun, harapanku yang sebenarnya, biarlah aku yang tetap terus disisi kamu.