Showing posts with label movies. Show all posts
Showing posts with label movies. Show all posts

Dec 16, 2011

Dirinya Sebenar

Lirik Lagu Dirinya Sebenar -James Baum

Mungkin kerna tiada kepastian,
Dalam menuju ke dewasaan,
Liku liku hidup, owoh oo oh,
Mungkin Kerna telah terduka,
Waktu sedang memahami cinta,
Bukan yang dimahu, Ia bukan lagi pilihan,

Bukan lagi satu pencarian,
Tidak lagi mengejar jawapan,
Inilah pendirian sebenar, ow oo oh owh,

Harus tahu siapa dirinya yang sebenar,
Yang Dimahu hanyalah,
Untuk hatinya dibuka semula.....

Walaupun hanya pandangan mata,
Sentuhan harus diambil kira,
Inilah hakikatnya,

Usah beri pandangan berbeza,
Usah kecekan untuk bertukar,
Aku la aku engkau la engkau owh ooo owh oo woh oh,

Harus tahu siapa dirinya yang sebenar,
Yang dimahu hanyala,
Untuk hatinya dibuka semula.....

owh owh owh ohh.........

Harus tahu siapa dirinya yang sebenar,
Yang Dimahu hanyalah,
Untuk hatinya dibuka semula..

Sumber lagu, cerita "Aku Bukan Tomboi"..
 


Cerita ni tetap best even kalau pengarah keluarkan watak dua orang penkid tu. Tak ade effect pon dalam cerita rasenya. Thumb up!!

Rating : 4/5..

Nov 8, 2011

Review Taare Zameen Par - Every Child is Special

Mentang-mentang cuti. Banyak movie yang nak review ye. haha

Taare Zameen Par merupakan satu lagi filem lakonan Amir Khan. Kalau korang suka tengok 3 idiots, korang patut tengok juga la cerita ni rasanya.

Cerita ni mengisahkan seorang kanak-kanak istimewa. Ishaan yang mengidap penyakit dyslexia iaitu sukar untuk mengenal pasti huruf dan nombor. Malangnya parent dia tak tahu dan send dia ke sekolah biasa yang mana membuatkan dia sering dimarahi dan didenda oleh cikgu kelas kerana kelembapannya. Akibat tak tahan dengan sikap Ishaan yang ayah dia ingat dia malas belajar, ayah dia send dia ke sekolah asrama dengan harapan dia akan dididik dengan disiplin. Tapi kat situ, Ishaan mengalami tekanan yang lebih teruk kerana ketiadaan keluarga disisi terutama mak dia.

Satu hari, guru lukisan Ishaan telah pergi tah kemana, tak ingat. Dan digantikan dengan cikgu baru iaitu Amir Khan. So, kat sini la bermulanya misi menyelamatkan Ishaan. Cikgu Amir ni la yang banyak membantu dan devolope balik semangat Ishaan ni supaya kembali pulih seperti biasa. Cikgu ni lah yang mula-mula mengenal pasti Ishaan ni pengidap dyslexia.

So moral dalam cerita ni ada banyak la.
  1. setiap kanak-kanak ada keistimewaan tersendiri.
  2. jangan mendidik anak-anak mengejar keduniaan.
  3. guru kena memahami anak murid tetapi bukan menghukum.
  4. Parent kena accept keadaan anaknya.
  5. dan lain-lain.

Cerita ni actually dah tayang kat tv Sabtu lepas 5/11/2011.. Kalau tak berkesempatan nak tengok, boleh tengok kat Youtube.

Nov 7, 2011

Review Nasi Lemak 2.0

Nasi Lemak 2.0

Baru tengok petang tadi.

Mengisahkan seorang tukang masak lulusan dari Cina, yang menetap di Malaysia.

Bercita-cita mengembangkan masakan or makanan orang cina.

Dia masuk satu pertandingan, bertanding dengan kenalan di kolej time kat Cina dulu. Dulu-dulu, dia ni selalu dikalahkan oleh kenalan ni jugak.

Jadi, dia pergi la menuntut ilmu masakan. Pusing habis satu Malaysia. Last sekali macam biase la, hero akan menang. hehe

Cerita ni best sebab lawak dia jadi terutama part Afdlin ada. Memang kelakar la jugak.

1st warning, jangan espek tinggi pada cerita ni.  Jangan tengok orang dok komen-komen cerita ni sedap, kita pon fikir best la kan. Cerita ni cerita sengal, ada unsur-unsur tah hape-hape jugak, tapi bagi saye masih la boleh diterima.

Yang penting, cerita ni memang fully 1 Malaysia. Nak tengok cerita yang berkonsepkan semua bangsa, sila tengok cerita ni. Sangat-sangat sampai mesej pasal Malaysia yang pengarah nak ketengahkan.

Lagi satu, jangan terkejut dengan 1/2 dari dialog adalah bahasa Cina. Itu tak menjadi masalah sebab ada subtitile.

Gaya cerita ni memang mengarut sikit, tapi unsur mengarut yang diletakkan tu tak ada la sampai kita rasa macam orang bodoh menonton. Memang ada je part yang mengarut, tapi mesej yang nak disampaikan tu ada.

Nak tahu best ke tak, tengok sendiri dan nilai sendiri. Alrite ^^


p/s : tengok cerita ni sebab ada lakonan Adibah Nor dan Afdlin.

Oct 17, 2011

Revolusi teknologi yang mungkin berlaku

Sekarang ni kalau tengok kat facebook and kalau korang semua perasan la, dah jadi tren pulak letak picture macam kat tumbler.

Upload picture yang ada quote kata-kata yamg menarik.

Setakat ni, okey la sebab semua picture yang diletak tu memang cantik-cantik, and quote dalam gambar tu pon semua ayat yang menarik.

Teknologi dan tren sekarang memang banyak betul berubah. Dengan blog, vlog, tumbler, facebook, twitter, and macam-macam lagi.

Agak-agak, lagi 10 tahun, ape lagi revolusi teknologi yang akan berlaku ye?

Ade tak macam cerita Wall E ni? Semua orang dok berkomunikasi menggunakan skrin kecil depan mata. Lahir-lahir je, dok atas kerusi terbang. Makan minum tidur, semuanya buat kat atas kerusi tu je.


Sampaikan actually diorang berborak dengan orang sebelah pon diorang tak tahu. Then, masing-masing gemuk sebab tak pernah bergerak.  haha



Sekarang maybe la kite kate tak mungkin. Tapi kalau dengan pengizinan dari Nya, semua benda tak mustahilkan?

May 23, 2011

Komen untuk Nur Kasih The Movie

Tapi tak sangka semalam, berjaya jugak memboloskan diri dari kancah ketakutan. haha

Semuanya kerana Nur Kasih The Movie. Tengok ramai sangat orang post kat Facebook kate best, buat tertanye-tanye best sangat ke. hoho


Sebelum ni serius tak pernah keluar seawal 10 pagi, tapi semalam sebab Nur Kasih punya pasal, pukul 10 dah terpacak kat bus stand dalam UIA. Takut lambat nanti, tiket wayang habis.

Then sampai lah kat KLCC, dah berjaya mendapatkan tiket pukul 12.10 tgh hari.

So, bile da habis tengok member tanye, best ke tak?
..................................
Jawapan terpantas yang dapat difikirkan waktu tu adalah "No komen".. hahaha

Nak kate tak best. Rasenye okey je..

Tapi macam ade yang tak kene.

Fikir punya fikir, barulah dapat tau ape yang tak kena.

Biar saye cerita sinopsisnye sikit:

Di awal cerita, kisah sedih pertama adalah kematian Alia isteri kepada Aidil, kemudian diikuti dengan Nur yang mengalami keguguran anak pertama mereka. Di pertengahan cerita, Nur dan Adam mengalami kemalangan yang melibatkan kereta api di Jordan, yang mana pada mulanya disangka kan Nur telah meninggal dunia. Kemudian diikuti pula dengan kehilangan Adam ketika mencari cincin Nur iaitu cincin perkahwinan mereka ditempat berlakunya kemalangan kereta api itu. Kemudian Adam dijumpai semula tetapi dalam keadaan yang tenat kerana kemalangan. Adam dibawa pulang semula ke Malaysia tetapi peluang untuk sembuh adalah tipis kerana sakitnya itu melibatkan jantung yang telah pon mempunyai masalah.

Kemudian??

Sila tengok sendiri dipawagam. hehe

Yang penting, cerita ni memang sedih dari awal sampai habis. Jadi ape yang saye rase tak kene nye dengan cerita ini adalah dugaan yang menimpa Nur terlalu banyak yang mana boleh membuatkan penonton seperti saye rase macam dah jadi cerita yang "fake"..

Sememangnya sebagai seorang Islam, dugaan Allah akan mendatang tanpa kita ketahui. Tapi bila kite dah tengok cerita, bila macam-macam sangat, nampak seolah-olah terlebih-lebih pulak.

Ape pon, msg yang disampaikan memang amat baik yang mana kita perlu tabah dengan dugaan Allah walau banyak mana pon dugaan tu datang.

Yang belum tengok lagi, pergi lah tengok ye. Tak rugi pon menyokong filem tempatan. Not bad pon citer nie. Boleh la ambil pengajaran yang baik.

Rate yang saye dapat bagi untuk filem ini adalah 3 bintang dari 5 bintang.

May 14, 2011

Official WebSite Kungfu Panda 2

Baru- baru ni, KL digemparkan dengan kes Acid Splash oleh lelaki berbangsa India. Sebanyak 23 kes telah dilaporkan oleh pihak polis.

Tetapi, itu bukan topik utama yang nak saye laporkan disini. Topik yang saye nak laporkan adalah ketidak puasan hati terhadap lelaki itu yang menyebab saye dah takut nak keluar. -_-!

Plezzz....

Bulan ni banyak cerita menarik di panggung. Yang mana saye dah nanti-nantikan dari 2 bulan lepas lagi untuk pergi tengok.

Yang paling nak tengok, adalah Kungfu Panda 2. Wah, sangat teruja. Encik polis, tolong tangkap ini orang cepat. Sebelum 26 May kalau boleh.

Nak tunggu citernye lambat lagi, so ape kate korang joint saye ke offical website Kungfu Panda ni? haha.. Tengok trailer ke, main game, download wallpaper dan lain-lain. Best la jugak..hehe


Ini contoh wallpaper yang saye download dari official website tu. Ade macam-macam gambar lagi yang menarik. Dan kalau tak silap tekaan, banyak watak baru akan muncul dalam Kungfu Panda 2 ni. ape pon, layan~~

Klik Sini!!!!!!

untuk ke Official Website Kungfu Panda.