Hari ni cuti.
Saja teringin nak merasa isi borang cuti.
Selalu dok tengok staff-staff je isi borang cuti.
Hampir tiap-tiap pagi.
Bergilir-gilir ambil borang.
Mungkin faktor dah lepas pertengahan tahun, and annual leave banyak lagi.
So, baik bercuti dari burn macam tu je bila sampai tahun depan kan?
-------------------------------------------------------------------------------------------
Mengenai 2 jiwa yang sungguh berbeza tetapi tetap kekal bersahabat.
Jiwa 1 cintakan dunia seni, berhati lembut, peramah tetapi negative.
Jiwa 2 cintakan dunia lasak, berhati keras, pendiam tetapi positive.
Tatkala tiba masa lapang bersama, mereka keliru, bermain badminton atau karaoke?
Si jiwa 1 ingin berkaraoke kerana inilah caranya untuk melepaskan stress dalam diri. Memandangkan dirinya yang lembut, ramai orang mungkin mengambil kesempatan atas dirinya. Jadi, berlakunya stress!
Jiwa 2 hadir dengan hati yang keras, tetap nak bermain. Hati yang keras, sukar untuk ditoleransi. Tidak mahu mengalah untuk kegemarannya.
2 jiwa bertelingkah.
Tatkala berbual bersama, jiwa 1 sering berbicara mengenai kehidupannya yang sunyi bila tidak bersama jiwa 2. Orang-orang disekeliling katanya hanya bersahabat bila perlu, hanya bila mahukan sesuatu darinya. Segala-galanya hanya penuh dengan cerita negative.
Jiwa 2 pendiam, sering menjadi pendengar setia. Mendengar luahan jiwa 1 sambil berfikir. Seringkali juga jiwa 2 meningkah. Mengatakan apabila seseorang mencari kita tatkala mereka susah, itu bermaksud bahawa kita ini merupakan orang yang penting kepada seseorang itu. Seharusnnya merasa bersyukur.
Jiwa 1 tidak bersetuju, mengatakan jiwa 1 tidak memahami situasi sebenar. Begitu senang membuat spekulasi sendiri. Ibarat bahu yang memikul lebih berat dari mata yang memandang. Jiwa 2 mengakui, sememangnya dia tidak akan dapat memahami kerana tidak berada dalam situasi, jadi jangan meminta mendapat lain kali katanya.
Dan sekali lagi, 2 jiwa bertelagah.
Jiwa 1 suka hidup bermasyarakat. Apabila ditempat baru, jiwa 1 suka berbual-bual dan berkenalan. Juga mengambil berat mengenai orang disekelilingnya. Dan manusia-manusia lain, ada sesetengahnya tidak suka diambil berat. Membuatkan jiwa 1 kadangkala tidak disenangi. Perkara begini membuatkan jiwa 1 stress.
Jiwa 2 kurang bergaul. Apabila ditempat baru, jiwa 2 lebih suka berdiam, membuat halnya sendirian. Tidak menghiraukan hal orang lain, dan tidak mengambil tahu orang lain. Membuatkan dirinya kurang bermasyarakat.
Jiwa 1 menceritakan masalah ditempat barunya pada jiwa 2. Dan jiwa dua memberi pendapat yang bersifat dirinya, iaitu jangan mengambil tahu hal orang. Jiwa 1 berkata ketidakadilan mungkin berlaku. Contoh jika rakan sekerja mencuri tulang tetapi mendapat bayaran yang sama, tetap mahu berdiam? Jiwa 2 tetap dengan pegangannya, difikirannya mengatakan itu urusan orang itu dengan Allah. Namun jiwa 1 tetap tidak bersetuju.
2 jiwa tidak sependapat.
Tetapi penetapan Allah tetap menakjubkan. Walaupon 2 jiwa ini tidak sependapat, tetapi mereka tetap kekal bersahabat untuk 7 tahun. Dalam 7 tahun itu, hampir setiap hari jiwa-jiwa ini bertelingkah.
Jadi, bagaimana agaknya mereka tetap bersama?
Ketentuan Allah mungkin. Mereka tidak sependapat, tetapi mereka menyayangi kerana Allah. Mereka berbeza, tetapi mereka bersahabat kerana Allah. Bukan atas dasar kepentingan dan nafsu diri masing-masing. Sering jujur antara satu sama lain, tidak sanggup untuk menipu walau untuk sekelumit.
Harapan 2 jiwa ini, biarlah mereka kekal bersahabat demi untuk memperbetulkan jiwa masing-masing. Sering menegur atas kesilapan jiwa masing-masing.
Kepada yang membaca, doakan 2 jiwa ini kekal bersahabat sehingga akhir hayat masing-masing.
2 jiwa, 1 rasa.
Showing posts with label novel. Show all posts
Showing posts with label novel. Show all posts
Aug 3, 2012
Dec 10, 2011
Contengan Jalanan
Baru je habis baca 1 buku, Contengan Jalanan dari Hlovate.
Mengisahkan pelajar-pelajar muzik dan seni dari sebuah kolej. Watak utama Fend dengan K square.
Saye mula baca dengan part K square, yang mana ni actually part II. Jadi, time part ni pening-pening sikit.
After that baru baca part I, iaitu watak utama Fend. Time kat sini baru dapat faham apa sebenarnya yang berlaku dan keseluruhan cerita contengan jalanan ni.
1st, novel ni okey sebab dengan cara yang tak sengaja, pengarang tu berjaya membawa kita sebagai pembaca sama-sama berfikir mengenai Allah. Purpose hidup kita ni untuk apa sebenarnya.
2nd, bahagian depan untuk dua-dua part, dipenuhi dengan term-term muzik, banyak benda yang saya tak faham. Jadi, banyak la yang saya skip bahagian ni. Mungkin bagi mereka yang tahu pasal muzik underground, novel ni okey kot bagi diorang.
Satu pusat yang menjadi main point buku ni adalah The Eleventh hour.

"The man that decided to change on the twelfth hour dies on the eleventh"
Nov 19, 2011
Sinergi [1 + 1 = 3]
Alhamdulillah hari ni baru selesai 3 paper mid term.
1 sebelum cuti hari tu, satu semalam dan satu lagi pagi tadi.
Last one adalah hujung bulan ni 30/11.
Jarang dah dapat online sekarang sebab internet connection kat bilik sangat teruk a.k.a tak ade lansung.
So, blog pon akan jarang update.
Sekarang ni tengah hujan lebat.
Dan saye berada di Cafe Edu, IIUM.
Datang semata-mata sebab nak online.
Ada kerja nak kena pakai internet.
Tapi biaselahkan, sambil menyelam minum air.
Dah dapat internet, buka la blog dengan facebook dulu.
Saya ada satu buku/ novel yang nak dikongsikan dengan semua orang.
Buku bertajuk Sinergi karangan Hilal Asyraf.
Buku ni mengisahkan bersahabatan.
Ukhuwah persahabatan berlandaskan keimanan pada Allah.
"Keimanan adalah paksi"
Sinergi bermaksud 1 + 1 = 3.
Faham?
Bermaksud, apabila 2 orang bergabung, boleh menghasilkan sesuatu yang lebih dari 2 orang mampu lakukan.
Tambahan satu lagi tu adalah Iman. (ayat sendiri, maksud lebih kurang)
Nak cerita lebih-lebih, saya sendiri tak habis lagi baca. hehe
Setakat yang dah baca ni, Alhamdulillah, kandungannya menarik. Islamic novel tapi menggunakan pendekatan yang modern.
Nak tahu menarik macam mana, baca la juga ye.
Sekian~
p/s : terima kasih kasih kepada sahabat yang rekemen buku ni pada saya ^_^

May 26, 2011
Sutera Bidadari dari Ramlee Awang Murshid

Satu lagi novel R.A.M kini berjaya ditawan. haha
Ape yang mengujakan adalah, novel ini merupakan kesinambungan kepada kisah Laksamana Sunan yang telah diperkenalkan oleh R.A.M dalam 4 buah novelnya sebelum ini iaitu Bagaikan Puteri, Cinta Sang Ratu, Hijab Sang Pencinta dan Cinta Sufi. Dan kini telah disambung kembali dengan novelnya yang terbaru berjudul Sutera Bidadari.
Kesemua novel ini mempunyai nilai tersendiri yang mana mempunyai dakwah yang ingin disampaikan walaupon dengan cara yang tidak terus. Watak utamanya iaitu Sunan banyak memberi kesan kepada pembaca untuk yakin dengan kekuasaan Allah sebagai tuhan yang satu.
Setelah cedera ditembak Portugis dipengakhiran novel sebelum ini iaitu Cinta Sufi, Sunan telah dijaga oleh Hang Tuah untuk dirawat. Setelah pulih, Sunan meneruskan perjalanannya untuk menentang Taghut yang banyak membuat kejahatan dibumi.Satu plot yang paling menarik perhatian dalam novel ini adalah dengan wujudnya kembali Ratna iaitu isteri kepada Sunan. Ratna yang sebelum ini telah disangka meninggal dunia (dalam novel Cinta Sang Ratu) rupanya masih hidup.
Namun, kisah mengenai Sunan dan isterinya telah ditangguhkan mungkin dalam novel berikutnya yang membawa maksud novel ini masih lagi mempunyai kesinambungan. haha
Agak frust kerana dipengakhiran novel kerana tertanya-tanya kisah Saifudin @ Sunan dengan isterinya iaitu Ratna @ Sang Ratu.
Sekalung tahniah untuk Ramlee Awang Murshid yang berjaya menghasilkan novel yang hebat seperti ini. Nampaknye kene tunggu next novel lagilah untuk mengetahui kesinambungan Laksamana Sunan.
Peminat-peminat R.A.M tunggu ape lagi, singgah la ke kedai buku cepat-cepat. ^_^
Jan 30, 2011
Rayyan Fantasi by Ramlee Awang Murshid

Akhirnye, setelah 2 hari. Habis sudah menelaah novel ni.
Kan bagus kalau dapat bace buku kalpakjian macam baca novel ni. haha
Ape pon, tetap terbaik dari R.A.M.
Seperti biasa, berkisarkan misteri dan dicampurkan unsur mistik, cinta dan kasih sayang.
Mengisahkan seorang anak muda bernama Aiddin yang hidup dengan penuh bahagi sepanjang 21 tahun bersama ibu, ayah dan datuk tercinta.
Siapa tahu, sebenarnye Aiddin merupakan makhluk dari angkasa lepas. Ayahnya, Ibrahim yang juga makhluk bangsa asing yang telah merahsiakan asal usulnya ini dari pengetahuan Aiddin. Dengan beberapa konflik yang ditimbulkan, jalan cerita menjadi begitu menarik.
Walaupon sukar untuk diterima logik akal cerita ini, tapi R.A.M berjaya buat kita seronok untuk membaca dan membuatkan kita seolah-olah percaya perkara ini.
Tidak mustahil bukan? Kuasa Allah, tiada siapa yang boleh tandingi.
Tapi, yang paling menarik dari setiap sentuhan R.A.M ni adalah, setiap novel yang dihasilkannya sentias menitik beratkan tentang kuasa Allah. Setiap novelnya pasti menerapkan unsur-unsur Islamik seperti yakin dengan ketentuan Allah, percaya Allah itu adalah yang Maha Kuasa.
Dakwah dalam novelnya sentiasa ada. ^_^
Dan yang paling tidak sabar untuk saye tunggu adalah novel dari R.A.M yang berikutnya. Merupakan sambungan lagi untuk kisah Laksamana Sunan berjudul Sutera Bidadari.
Saya nak rekomen novel kisah Laksamana Sunan ni buat korang. Sangat best untuk dibaca.
Walaupon dah 4 novel sambungan kisah Sunan ini, tapi tak pernah puas untuk dibaca.
1st : Bagaikan Puteri
2nd : Cinta Sang Ratu
3rd : Hijab sang Pencinta
4th : Cinta Sufi
Rasa dah macam ketagih. hehe
Ape pon, kita tunggu next novel dari Ramlee Awang Murshid ni okey?
Apa yang terfikir..... itu ada!
Subscribe to:
Posts (Atom)