Showing posts with label Baucar Buku 1Malaysia. Show all posts
Showing posts with label Baucar Buku 1Malaysia. Show all posts

Jan 28, 2012

Siswa dan baucarnya

Seperti y diketahu semua, tahun ni kerajaan dah bagi RM200 baucar buku kepada siswa.

Ramai dah ambil kan?

Lepas tu sekarang, naik pula berita yang ada sesetengah siswa y jual baucar tu, tak pon beli something y tak berfaedah.

Bila fikir-fikir balik, malu juga.

Kerajaan bagi untuk membantu meringankan beban beli buku, tapi lain pula yang jadi. Time tak bagi, meminta-minta.

Memanglah ada antara siswa yang selama ni tak beli buku. Menggunakan alternative pinjam buku dari libry, tak pon beli y lebih murah @ fotokopi punya.

Tapi bila dah diberi baucar buku, ape salahnya beli buku sendiri kan. Tak rugi kot beli buku, even kalau pakai hanya untuk 1 sem.

Alah, nilai RM200, kadang-kadang cukup untuk satu atau dua buku je pon kan. Jadi, beli je lah satu dua buku tu. Mesti at least, dalam 1 semester, ada 1 atau 2 buku yang kita betul-betul pakai.

Renung-renungkan kata-kata ini ye..



"Ibarat Meludah Ke Langit, Terkena Muka Sendiri :(

Allah baru uji kita dengan baucer RM 200, disuruh gunakan untuk beli buku. Tetapi kita gagal dengan amanah yang diberikan, pergi beli benda lain. Lepas tu marah bila kerajaan mahu ambil tindakan undang-undang.

Cermin diri: Dok mengata kerajaan tak amanah sana sini, yang kita baru dengan RM 200 dah gagal nak amanah, entah kalau bagi negara pada kita, apa pula jadinya.
"- Mohd Masri Mohd Ramli

Dec 16, 2011

Baucar Buku 1Malaysia untuk pelajar Pengajian Tinggi mulai diagihkan.

Sumber : http://www.tv3.com.my/beritatv3/tajuk_utama/Baucar_Buku_1Malaysia_Mula_Diagih.html

Setelah bace sedikit petikan dari berita ni. Apa yang saye faham adalah:

  1. Baucer ni memang tak akan sekali-kali dapat ditukarkan kepada wang tunai melainkan nak jual kat orang la. (kalau ada yang nak beli)
  2. Baucer ni boleh tebus hanya di kedai yang berkenaan. (hope banyak kedai spt kedai buku dalam U tu sendiri)
  3. Baucer ni jugak mempunyai tempoh sah. Maksudnya, hanya boleh guna untuk certain waktu. Kalau tamat tempoh, dah tak bernilai la maksudnye kan?
  4. "Mereka yang layak - pelajar melanjutkan pengajian dalam tempoh Januari hingga Mac 2012." - yang ni pula maksudnye pelajar yang baru sahaje ke? Tapi kalau lihat pada perkataan "melanjutkan pengajian", maksudnya student yang tengah belajar pon dapat la kan? hopefully ^^. Tapi rasenya macam tu lah.

Walaupon rase sedikit kecewa sebab tak dapat nak tukar dengan wang tunai (hehe), tapi rasanye perlu juga bersyukur dengan bantuan kerajaan ni. Terima kasih Malaysia. ^^