Showing posts with label says. Show all posts
Showing posts with label says. Show all posts

Oct 14, 2011

Says dan Social Good 2.0 nya.

Ehem, dah lame tak update blog kan?

Tak ada cerita menarik yang nak dikongsikan. Kalau ade pon, malas nak menulis actually.. ;p

Sape kat sini tahu pasal says? Ataupon dan pon jadi ahli says? Saje la nak tanye.

Bulan lepas, Says ada buat satu promotion yang dipanggil Social Good 2.0.

Social Good 2.0 bertujuan untuk menarik lagi ramai rakyat-rakyat Malaysia ni menyertai Says.

Jadi, mesti la ade habuan yang diorang nak bagi supaya ramai yang join kan?

Untuk pengetahuan, Says akan memberi hadiah yang mewah-mewah kepada sesiapa yang boleh invite ramai friend diorang join Says ni, dan....

Kawan yang diorang ajak tu juga berpeluang memenangi hadiah tu.

Maybe tu la sebabnye "2.0" ni digunakan. Dua-dua dapat hadiah.

Okey, contoh nye:
Ahmad dah jadi ahli Says, lepas tu dia akan pilih hadiah mana-mana contohnya Samsung Galaxy S II dan sharekan link tu dengan kawan-kawan dia. Kemudian ada lah 5 6 orang kawan dia pon sign up dengan Says. Dengan ini, Ahmad berpeluang untuk menang Samsung Galaxy S II tadi. Dan antara kawan-kawan Ahmad yang sign up dengan Ahmad tadi pon, pihak Says akan pick up secara random sape-sape, untuk dapat Samsung Galaxy S II tu juga.


Begitulah ceritanya serba ringkas.

Untuk makluman semua la, pihak Says memilih pemenang secara random. Tapi, semakin ramai friend yang korang invite, semakin tinggi dan cerah la peluang korang untuk terpilih. Kira macam probability untuk dapat tu tinggi la.

Ada dalam 30 jenis barang yang Says nak bagi contohnya Samsung Galaxy, Ipod Nano, Angry Bird table Game, 500Gb hardisk, Ultra Hd video camera, RM500 cash, HTC Chacha, PSP 3006, Ipad 2, MacBook air dan lain-lain. Tapi sekarang just tinggal 11 hadiah je lagi. Kebanyakannya dah ade pemenang.




Nak tahu lagi lanjut, baca la sendiri ye.

Kalau korang rase berminat, boleh la join terus dengan says ni.

Aug 25, 2011

Tutorial cara nak share kempen Says.my.

Tutorial cara nak share kempen Says.my.

Klik gambar untuk paparan yang lebih jelas.

1) Klik sign in to Says.my. Ia akan direct link sign in menggunakan akaun facebook kita.


2. Anda akan dibawa ke dashboard akaun says.my anda. Di bahagian kiri adalah maklumat akaun anda dan yang sebelah kanan adalah maklumat mengenai kempen.


3. Pilih salah satu iklan yang anda berminat untuk kongsikan dengan rakan-rakan. Contohnya seperti dibawah, saya memilih iklan yang ditunjukkan. Kemudian klik butang share.


4. Anda akan dibawa ke window baru menunjukkan syarat-syarat berkongsi kempen. Kalau rajin baca. Kemudian tandakan dan klik "share this" seperti yang ditunjukkan dalam gambar.


5. Window baru akan dipaparkan. Page ini akan menunjukkan rekod mengenai kempen yang anda jalankan. Kotak kedua menunjukkan link anda. Link ini akan anda gunakan untuk kongsikan kempen kepada rakan-rakan. Anda boleh terus copy link itu atau..


6. Anda boleh memilih bersama ayat-ayat untuk berkempen yang telah disediakan oleh pihak says. Hanya pilih message yang anda berminat dan klik butang "save it". Secara automatik ayat dibahagian link bawah itu akan bertukar. Atau


7. Anda boleh juga mereka ayat sendiri sekiranya message yang diberi tidal menarik. Taipkan diruang yang telah disediakan kemudian klik "save it". Message anda akan bertukar secara automatik.
 Jika sudah berpuas hati, klik pada ruang message itu untuk copy.


8. Pergi ke akaun facebook anda dan paste kan diruangan status. Kemudian klik butang "share" untuk sharekan kempen.


9. Message anda akan terpapar seperti gambar dibawah.


Yang terakhir adalah tunggu sahaja orang klik iklan yang anda paparkan itu dan duit dalam akaun anda akan automatik naik. Setiap klik seperti biasa, anda akan mendapat RM 0.20.

Kepada yang belum mendaftar dengan Say.my, anda boleh mendaftar disini dan mula berkempen.

Kalau ada yang kurang faham, boleh la bertanya.  ^_^

Jul 10, 2011

How to put Churp-Churp and Says ads on your blog



Hello.

Seperti y dapat dilihat dekat atas ni, saye dah berjaya buat satu lagi cara untuk advertise ads-ads dari churp-churp dan says.

Kalau kawan-kawan nak tau jugak. Boleh lah rujuk kat satu blog ni. Saye jumpe time google pasal benda ni. Kredit kepada penulis blog sebab ajar kami y tak reti ni.

Ini link blog tu. Korang boleh klik.

Tapi ada satu perkara saya nak tambah lah pasal setting ads ni.

Yang mana korang boleh tukar kedudukannya untuk letak kat tepi dan membolehkan ads tu bergerak dari atas kebawah, atau bawah ke atas.

Caranye, korang tukar je perkataan 'left' y ada dekat kod tu kepada down atau up.

Tu je lah. haha

Entry ni lebih kepada untuk bagitau geng-geng macam mana nak letak ads churp-churp dan says dekat blog korang.

Lagi satu perkara, saye punye internet telah mencapai limit. So, speed nye menjadi teramatlah perlahan y mana nak follow blog korang pon tak boleh.

Semua blog y saye bukak harini, part follower dia tak keluar. Jadi saye tak boleh nak follow balik. Kepada y dah follow blog ni, thanks ye.

InsyaAllah, nanti saye follow balik bile speed broadband dah kembali pulih seperti biasa.

Hope membantu. ^_^

Jul 9, 2011

Tips how to earn money from Says.my

Post ini bukan lah dari seorang y pakar tetapi hanya dari seseorang yang pernah menerima cash out sekali je dari says ni.

Bukan berniat menunjuk tetapi lebih kepada membantu rakan-rakan tanpa perlu melakukan spam dan froud click time berkempen iklan says ni.

Sebabnya dah banyak kali tengok ramai ahli says ni berkempen dengan cara y salah(letak byk2 link y buat org fedup) dan mungkin menjejaskan ahli lain untuk berkempen.




1) Korang boleh klik kempen sendiri.
Okey, jgn salah faham dengan cara pertama ni. Korang tahu tak y sebenarnya bile korang tekan link preview untuk kempen y korang nak share tu, korang dah boleh earn 20 sen? Tapi sekali je lah says bagi. Tekan banyak kali pon, korang tetap akan dapat 20 sen je. Makanya, untuk setiap kempen y ada tu, actually korang dah boleh dapat 20 sen. Kalau ada 5 iklan, tapi korang tak post pon, hanya dengan klik preview link, korang dah boleh dapat RM1 kan?

2) Post kempen korang kat facebook dan twitter.
Cara nak post pon ada caranya. Yang penting jangan la letak ayat 'tolong la klik'. Saye pasti, kalau korang letak ayat macam ni, lagi la tak ade orang nak klik. Yang penting, letak ayat yang berunsurkan informasi. Tapi says sekarang lebih memudahkan ahli-ahlinya dengan menyediakan beberapa messsage sebagai contoh. Apa y tinggal adalah, copy and paste. Kalau dulu, tak ada pon dan semuanya harus difikirkan sendiri. Last, kalau semua ayat-ayat y says bagi tu rasa tak menarik, just post kempen tu tanpa perlu tulis apa-ape. Kan sanang?

3) Post di blog
Yang ni adalah salah satu cara untuk mereka y ada blog. Korang boleh review sikit-sikit mengenai kempen y korang nak promote tu, dan letakkan kan link korang dekat post kempen tu. Contohnya seperti yang telah saye lakukan di blog ini. Kalau nak tengok boleh klik pada tag youthsays dengan says di bahagian kanan blog ini. Kalau tak reti nak post, letak je link kat tepi-tepi blog korang macam y saye dah buat jugak. Tapi y penting sekali, pastikan blog korang tu ada pembaca. Kalau tak ada pembaca, so tak ade lah tukang klik kan? Lagi banyak traffik blog korang, lagi luas la peluang untuk korang dapat unik klik.

So, itu sahaja 3 cara y saye tahu berkesan tanpa menyalahi undang-undang says. Kalau korang ada lagi cara lain nak tambah, boleh la kongsi. Komen je kat bawah ni.

Saye tahu, ramai lagi mereka y lain dah dapat berganda-ganda duit dengan says ni. Tapi dalam ramai-ramai tu, sape y betul-betul dapat duit tanpa perlu ajak kawan korang tolong-tolong klik link kempen, spam email orang lain, tag ramai-ramai kat facebook dan lain-lain? Kalau ada, memang saye kagum dan hormati.

Pada lain-lain y belum join says ni, jom la ramai-ramai meriahkan lagi kominiti ini. Korang boleh register disini.

Selamat mencuba kepada semua ^_^

Jul 7, 2011

Instanet, the new prepaid internet.

Bosan-bosan dok online, tibe-tibe muncul satu iklan baru kat says.my.

Iklan-iklan pasal pelan baru internet yang berkonsepkan 'bayar bila nak guna.'

Dulu time pakai broadband yang bayar bulan-bulan tu, ade la juga rase beban nak bayar sebulan RM68.

Dah lame lepas tu, bilik kat hostel Uni pon dapat wireless, terus terminate broadband tu. Tinggal je modem yang tak terguna.

Tapi runsing juga waktu tu coz teringat kalau kat rumah nanti nak pakai ape kan.

Nak langgan broadband rase membazir sebab nak guna pon time kat rumah je.

Kalau ade internet pakai broadband yang bayar bile nak gune je kan bagus.

Ade jugak servey kat Celcom and Maxis tapi pelan tu hanya untuk mereka yang guna smartphone, tak pon yang layan internet kat phone la.

Yang broadband punye tak de.
Ha, korang ade masalah yang same macam saye kat atas? Korang bertuah coz tibe-tibe ade iklan Instanet ni tadi. Saye pon dah tengah berfikir sekarang nak beli ke tak. hehe



Bayar internet bila guna dengan kadar yang murah la jugak.

RM5/ daily
RM18/weekly
RM50/monthly

Murah kan?

Klik sini untuk lebih lanjut and masalah korang akan selesai.

p/s : rasenye Instanet ni anak celcom sebab dijual di Celcom Blue Cube center.

Jun 23, 2011

Share our opinion at Says.my


Setelah hampir lebih dari 3 bulan menyertai komuniti says.my ni, sedikit sebanyak sekarang saye sedar.

Laman web ini bukan dibuka hanya untuk berkongsi link advertising sambil menjana seposen dua melaluinya, tetapi ia juga merupakan satu laman yang mana para youth Malaysia boleh berkumpul untuk berkongsi pendapat dan menyoalkan persoalan yang bermain di minda mereka.

Mungkin bagi mereka yang tidak pernah menjengah ke ruang Question and Answer, tidak menyedari akan perkara ini dan mungkin yang masuk pon, tak berapa sedar juga.

Perkara ini berlaku disebabkan ruangan QnA ini telah disalah ertikan oleh sebilangan ahli yang menjadikannya seperti wall Facebook mereka dengan mengupdate status diri berbanding mengeluarkan soalan-soalan yang bernas untuk dikongsikan bersama ahli yang lain.

Namun begitu, bukanlah semua ahli yang dikatakan sebegini. Jika dicari dan diteliti, masih terdapat soalan-soalan yang bernas dan sungguh bermanfaat untuk dijawab dan dikongsikan bersama. Terima kasih diucapkan kepada mereka yang masih terdiri dari golongan ini.

Jadi, berbesar hati jika rakan-rakan yang mempunyai pandangan bernas dan masih belum menyertai says.my ini dapat sama-sama memeriahkan lagi komuniti ini. Walaupon saye ini bukanlah sesiapa dalam says.my ini, tetapi dengan mengajak rakan-rakan mungkin para muda belia boleh berkumpul disini sambil mengeluarkan idea-idea yang bernas untuk dikongsikan bersama.

Namun, harus diingat. Janganlah jadi seperti mereka yang menggunakan ruangan QnA ini seperti wall facebook mereka. Kongsikan atau persoalkan sesuatu yang lebih bermanfaat.

Kepada mereka yang telah menyertai juga, jenguk-jenguklah ke ruangan ini untuk berkongsi ilmu. Janganlah hanya berkongsi kempen untuk menambah pendapatan.

(believe me, you will gain something especially when you view the 'featured' question on the QnA section)

^^

Jun 5, 2011

Churpie the Churp-Churp bird

Bile bukak je Says.my dengan Churp-Churp, rata-rata kempen pasal contest.

Contest Facebook photo for next face of clean & clear, Minum Teh menang kereta, 100 plus, Orea T-card for fathers day dan lagi-lagi.

Tapi dalam banyak-banyak contest ni, ade satu yang menarik. haha


Mesti ramai je gadis-gadis jawab ye. haha

Contest seekor burung yang comel, Churpie the Churp-Churp bird.

Kate burung ini, setelah 2 tahun memegang takhta sebagai Cutes Thing, die nak kongsi title tu dengan orang lain pulak. haha

What a great bird!! haha

Hadiah tak la mewah, tapi contest pon tak la susah.

Hantar je picture yang korang rase korang nampak cute then tunggu vote orang ramai utk "like" korang yang comel tu.. hehe

Nie care-care nye :
  1. Upload the cutest photo of yourself (not your pets!) during the submission phase
    (May 31 – June 06, 2011)
  2. Wait for the Churp Churp team to assess your cute-ability level
  3. Once you’ve been chosen, gather your friends to vote for your photo during the voting phase
    (June 07 – June 13, 2011)
  4. The TOP 5 photos with the most votes from Singapore and Malaysia will stand a chance to win limited edition Churp Churp merchandise!
  • You must be a citizen/PR of Malaysia or Singapore

Sila ke sini untuk detail dan melihat picture-picture yang diorang rase diorang cute ^_^

May 24, 2011

Pendapatan Pertama dengan Says.my

Alhamdulillah...

Setelah 7 bulan, baru inilah nak merase cash out dari Says.my ni.

Rase excited walaupon hanya RM50.00

Gembira sebab dapat duit hasil dari usaha sendiri melalui internet. Tambah lagi bila ia melibatkan tiada penggunaan modal. hehe




Lagi menggembirakan bila duit yang masuk ini kita berusaha dapatkan dengan cara yang halal.

Seperti yang saye dan ramai lagi yang lain tahu, ramai yang masih ragu-ragu dengan halal haram pendapatan melalui internet ini.

Saye juga telah membuat sedikit sebanyak pembacaan mengenai perkara ini, jadi Alhamdulillah saye berjaya memahami bagaimana cara yang betul. Namun begitu, jika apa yang saya perkatakan ini salah, maafkan saye.

Pertamanya, dalam mengumpul duit melalui Says.my ini, saya tidak sama sekali memaksa sesiapa klik pada iklan yang saye sebarkan. Ramai juga saye lihat diluar sana yang mana mereka paksa rakan-rakan klik iklan mereka itu dengan cara menghantar spam dan lain-lain. Jadi, cara yang paling selamat bagi saye adalah dengan hanya post di facebook untuk tatapan rakan-rakan atau menulis mengenainya di blog.

Yang ke-2, iklan yang disiarkan itu halal atau haram. Dalam Says.my, kita boleh memilih iklan yang kita mahu sebarkan. Sememangnya 100% pilihan kita sendiri. Jadi, bergantung kepada kitalah untuk menilai iklan mana yang boleh disebarkan dan yang mana tidak. Alhamdulillah, Says.my banyak mengeluarkan kempen untuk iklan-iklan seperti pertandingan ataupon memperkenalkan produk baru. Jadi, iklan-iklan ini tidak menjadi masalah, namun harus juga kita bijak untuk menapis.

Sebelum ini, saye pernah berkongsi mengenai promosi untuk kad-kad bank. Tetapi setelah mendalami beberapa perkara, saye terjumpa satu perkara yang buat saye ragu-ragu untuk berkongsi kempen itu lagi. Yang mana, kita tidak pasti bahawa bank yang kita bantu untuk promosi itu, terlibat dengan riba atau tidak. Jadi, setelah itu, saye juga tidak berani untuk berkongsi kempen mengenai bank lagi.

Jadi, tak hairan lah kalau saye mengambil mase 7 bulan untuk mengumpul RM50 sedangkan orang lain dalam masa sebulan boleh cash out banyak kali.

Apa yang penting untuk saye adalah kepuasan, yang mana saye boleh berkongsi maklumat kepada rakan-rakan disamping menambah pendapatan diri tetapi tidak lupa dengan hukum-hukum Allah. At least, saye tak rase saye online dengan sia-sia.

Jadi, rakan-rakan yang nak join, jom la register ^_^