Showing posts with label kuiz. Show all posts
Showing posts with label kuiz. Show all posts

Sep 14, 2011

Anda benar-benar anak Malaysia?

Lagi 2 hari, kita sebagai rakyat Malaysia akan menyambut Hari Malaysia.

So, Jumaat ini adalah cuti umum untuk semua rakyat Malaysia.

Bila sebut pasal cuti, mesti la ramai yang suka kan? Hari untuk bersantai-santai atau pon hari untuk bershopping untuk wanita.

Tapi rasanya, sekarang ni kalau wanita yang bekerjaya, hari cuti macam ni lagi best kalau dapat duduk rumah rehat-rehatkan badan kan?

Saya tak tahu, sebab saya belum lagi bekerjaya. haha

Sempena hari Malaysia ni juga, jom kite test ke"Malaysiaan" kita dengan menjawab kuiz.

Saye dah pon jawab kuiz ni, tapi resultnya sangatlah menyedihkan. Dapat markah 55% je.

Saye akui pengetahuan am saya mengenai Malaysia masih lagi rendah kurang. (malu je)

Tapi........

Tapi kuiz ni soalan dia memang soalan yang saye tak pernah terfikir pon. Tak tahu la sebab pengetahuan am tu rendah yang buat saye tak fikir. hehe

sumber : Google image
Ape kate korang pon test jugak jawab kuiz ni dah tengok setakat mana korang layak bergelar anak Malaysia.

Kalau berani, jom jawab kuiz How Malaysian are you? ni.