Showing posts with label angin lalu. Show all posts
Showing posts with label angin lalu. Show all posts

Apr 13, 2012

Aku vs mereka

Aku hanya tidak mahu menjadi sahabat mu yang lain.

Apabila kau berbuat kesalahan, mereka mengatakan "perkara biasalah tu" sebelum menegur.

Apabila kau bertanya "cantik tak?", mereka berkata cantik walaupon kau kelihatan sedikit berisi.

Apabila kau menjengkelkan, mereka melayan dengan biasa tetapi hati sebaliknya.

Apabila kau bersifat keanak-anakkan, mereka berkata kamu comel.

Aku mahu menjadi sahabat mu yang,

Apabila kau berbuat kesalahan, aku berkata "itu salah, lain kali jangan buat lagi".


Apabila kau bertanya "cantik tak?", aku berkata "berisi tetapi masih cantik".


Apabila kau menjengkelkan, aku berkata "kau over reacting hari ini.".

Apabila kau bersifat keanak-anakkan, aku berkata "kau childish".

Kerana aku tahu,

Aku perlu berterus terang dengan kamu, untuk kamu tahu diri kamu yang sebenar.

Kerana aku tahu,

Telah ramai antara mereka yang memberikan jawapan yang kamu mahu.

Telah ramai antara mereka yang telah menjaga hati kamu.

Maaf andai "terus terang" yang aku sampaikan ini menyakiti hati kamu.

Menyebabkan kamu terluka.

Aku hanya mahu menjadi kawan kamu yang ikhlas, yang boleh berterus terang dengan kamu, yang jujur dalam memberi pendapatnya

p/s : pergi dulu~

Jul 27, 2011

Flashback : Pengalaman Memberi Erti kepada Kehidupan

Tiap kali Ramadhan nak menjelang, mesti saye teringat satu pengalaman y pernah saye lalui dulu.

Nak cerita sikit kisah dulu-dulu.

I start to leave my home dalam usia y muda la jugak. Form 4, 16 tahun. Ni bukan kisah tinggalkan rumah setakat dok hostel and balik tiap-tiap bulan. Ni kisah y balik rumah setahun 2 3 kali. Travel sorang-sorang naik bas dari Kedah ke Pahang tengah-tengah malam. Memang tu perkare biaselah.

Waktu tu time mule bersekolah dekat MRSM Kuantan. Rumah pulak kat Sg Petani Kedah. Bas dari Sungai Petani ke Pahang tak ade yang berjalan siang. Semuanye malam. Paling awal pon dalam 9 malam kot. Dah tempoh perjalanan untuk sampai ke Kuantan Pahang tu dalam 7 8 jam.

So, kalau lepas cuti-cuti panjang, hari Sabtu malam tu saye dah bersiap sedia kene naik bas. Sebab kalau balik hari Ahad malam, takut tak sempat ke kelas pagi Isnin tu. Biasenye saye ambik bas paling lewat la, sebab tak nak sampai kat Terminal Makmur Kuantan tu pagi sangat. Mungkin bas dalam pukul 10 11 mlm ke. Jadi, akan sampai dalam pukul 5 6 pagi kat Terminal Makmur tu.

Yelah, seorang kanak-kanak or awal remaja perempuan dekat stesen bas jam 5 6 pagi sorang-sorang, tak bahaye ke? hehe.. Nak buat macam mane, dah memang tak ade choice lain.

Tapi tu bukan kisah y nak diceritakan.

Kisah yang nak disampaikan time hujung form 4 kot. Nak balik rumah sebab cuti raye lah. Waktu tu keluar dari MRSM naik teksi dengan sorang member, dipanggil Kady (rindu die ^_^). Time nak keluar tu tah macam mane hujan turun dengan lebat. Lebat semahu-mahunya. Time sampai kat Terminal Makmur tu, baju sekolah dah basah dah ni and kitorang sorang pon tak bawak payung.

Tapi tak pelah kan, lepas tinggal beg kat terminal tu, rancangnye nak beli makanan untuk berbuka dekat bazar berdekatan. Menapak la pegi sane. Dah hujan lebat tu, memang tak dapat lari la dari kene air. Baju pon macam dah mmg basah lencun. After beli-beli ape y patut, balik la semule kat terminal. Waktu berbuke pon dah nak dekat. Naik-naik je kat seat menunggu, tengok orang penuh.

Memang dah tak ade space nak duduk. Lantai pon orang tibai je duduk janji dapat buke puase. So, kitorang pon patah balik turun cari tempat y mane kosong nak duduk makan. Nasib baik la hujan dah berenti. Tapi masalahnye memang tak jumpe tempat. Last-last kitorang ambik port kat tepi longkang tepi jalan. Dah tak sempat nak cari sebab azan pon dah berkumandang. Memang sadis habis. Kalau biase ke teminal makmur longkang y dimaksudkan adelah longkang tepi jalan y orang lintas dari teminal makmur nak ke Mydin. Ha, situ la.


bukan gambar sebenar

Tak pernah la lagi seumur hidup ni, makan duduk tepi longkang berbekalkan lampu jalan kan. hehe. Tapi itulah pengalaman bak kate orang. Dah tu, mule-mule kalau diikutkan, saye punye bas same dengan Kady ni, die pergi Perak and saye Sg Petani. Bas sekali jalan. Tapi time nak naik bas tu, pak cik bas kate asing, senang. So, terpisah la dengan Kady ni. Naik bas sorang-sorang. Dengan kasut and stokin dan kain y basah lencun, dok dalam bas y sangat sejuk selame 7 8 jam.

Sampai kat Sg Petani, kaki cram. Tak boleh nak gerak. Jari kaki semue kecut coz kasut and stokin y basah. haha

Tapi itulah pengalaman hidup, kalau kite tak pernah berada dalam kesusahan, susah kite nak bersyukurkan.

Tiap kali kite rase kite ni susah, ingatlah yang ramai lagi orang lain kat luar sane y susahnye berganda dari kita.

Pengalaman hidup ni, terlalu banyak untuk kita tempuhi. Jangan ingat y kite ni tahu semua benda.

InsyaAllah, bersederhanalah dalam semua perkara.

Allah lagi mengetahui dari kita.

Peace ^_^

Jul 15, 2011

Letter (far back in time)


Wah, rase macam lame pulak menyepi dari blogging ni.

Time cuti-cuti ni lah rase sangat-sangat rajin nak korek-korek balik barang lame.

And i found, surat-surat lame. Dari sekitar tahun 2005 mungkin.

Bukan surat rasmi ye. Tapi surat-surat dari kawan-kawan rapat suatu masa dulu.

So, baru la perasan banyak y saye ni ade banyak surat rupenye.

Saye mula belajar mengutus surat time darjah 2, sebab pindah sekolah dari Bukit Kepayang Pahang ke ABS Mentakab Pahang.

Lepas tu, koleksi surat bertambah time pindah dari SMK Seri Tualang Temerloh ke SMK Che Tom Kedah. So, budak-budak Tualang, sape rase die pernah kirim surat kat saye sila angkat tangan. Actually, time jumpe surat-surat tu balik, macam tak percaye je y kat sesetengah pengirim tu coz rase macam tak rapat sangat dulu.

Tapi sape tahu kan, walaupon secebis memori tu tapi kadang-kadang ia merupakan memori y sangat manis untuk kita. Dan surat-surat inilah y menjadi pengingat kepada memori itu. Kalau bukan kerana surat-surat tu, mungkin saye dah tak ingat yang saye pernah sangat rapat dengan beberapa orang disitu.

Dan koleksi semakin meningkat dengan mendadak time berpindah dari SMK Che Tom Kedah ke Mrsm Kuantan. Memang banyak. Sampai tak terbaca balik. Tapi sedih, sebab keakraban tu lame-lame hilang kini. Dah makin jarang berhubung.

Mungkin diakibatkan ketika itu teknologi semakin canggih, so sistem surat menyurat ni makin merosot. Ye lah, lagi senang hantar email dengan komen kat facebook je kan? Tak pon SMS atau call.

Ape pon, bersyukur sebab pernah merasai pengalaman berutus surat. Berbanding dengan budak-budak zaman sekarang nie, pakai SMS, call, email dengan facebook je. Bile penuh memori, delete semua tu. Jadi? Peluang nak ingat balik tu tipis la kan?

Dengan surat, selagi surat tu disimpan, selagi tu lah kenangan tu masih ade.

Tibe-tibe rase macam nak mengembalikan nostalgia tu.

InsyaAllah, raya tahun ni nak kirim kad raya kat semua orang y pernah bagi surat kat saye dulu. Sebagai tanda ingatan yang mereka masih segar diingatan.

p/s : Korang ade surat? Mesti tak de kan? Tak pon dah buang kan? haha :p

Mar 28, 2011

Sahabat saye kawen ^_^

Inilah die akibat tak update lame-lame..

Kan da giannn~~~

Ambik, 3 entry dalam satu malam.. hoho

Mungkin untuk kaki blogger, ini perkara biase. 10 entry 1 malam pon rileks je..

Tapi saye?

Saye bukan kaki blogger, bukan juga blogger separuh masa. Blog bila perlu je..hehe

ape yang nak disampaikan?

Saya nak ucapkan tahniah kepada seorang lagi sahabat lama. Sahabat terawal dizaman kanak-kanak yang kini telah selamat diijab kabulkan. Siti Husna Izzati, aku ingin mengucapkan tahniah kerana telah mencapai status isteri diusia 22 tahun.

Siape sangka kan? Ko nak kawen seawal ini. Ko pon tak sangke kan. Ape pon, kisah you menarik la. Bagaimana apabila jodoh itu telah sampai, tidak sesaat pon kita boleh tangguhkan. ^_^

Saat tengok ko punye picture akad nikah, terkenang saat kite sekolah rendah dulu. Haish, tak sangke pula sekarang dah kawen. Serius, memang tak sangka betul. Jeles pon ade jugak . hah, ha.. :p

Nanti majlis kawen, jemput tau. Aku nak pegi. Ko tak jemput pon aku nak pergi jugak. Dah lame tak menjejakkan kaki ke Mentakab. Dah 5 tahun kot. Kejab je mase tu berlalu.

Apapon, aku doakan semoga rumah tangga ko sentiasa dibawah rahmat dan keberkatan Allah. Semoga dikurniakan anak-anak yang soleh dan solehah. ^_^

Mohon curi satu gambar..

p/s : satu lagi early marriage ^_^, dengan keberkatan Ilahi dan ibu bapa. Nak baca kisah Husna? Ni link blog die HusnaIzzati.

Jan 21, 2011

Municks

Entry kali ini, nak bercerita mengenai kenangan lalu.

Bersempena hari jadi insan ini, entry ini khas untuk beliau.

Seorang senior dan kakak yang baik hati, lemah lembut, sangat sopan, sangat cute dan sangat sweet.

Kenal time form 1 dulu kat SMKSTL (Seri Tualang Temerloh Pahang). Dah lame tu. Dah 9 tahun. Siapa sangka, masa sungguh cepat berlalu, sekarang dah bergelar isteri orang.

Tak berkesempatan untuk hadir ke majlis perkahwinan, wish pon belum. So, di kesempatan ini saye sebagai seorang junior nak wish selamat pengantin baru kepada k.Mun (Munirah Mahasan).

Semoga bahagia bersama dengan husband tercinta dan dikurniakan zuriat yang sihat2, pintar2 dan soleh-soleh.

Dan, selamat hari jadi ^_^. Semoga panjang umur, murah rezeki dan menjadi isteri y solehah. Tiada hadiah untuk dikirimkan. Sorry~~

curi gambar ni kat fb k.Mun. Tak sangka ada k.Syikin dan k.Ros sekali.
Dan k.Mun sangat cantik berbaju pengantin ^_^

To akak-akak y lain tu, bila lagi nak ikut jejak langkah k.Mun nie.. (^^,)

Apa y saya rase istimewa adalah bile ingat balik macam mana senior-senior ni semua ambil berat and care dengan junior-junior. Memang baik hati.

InsyaAllah semoga ukhuwah ini sentiasa berkekalan.

Andai mereka membaca entry ini, saye nak luahkan yang saye sangat sayang mereka dan sentiasa mengingati mereka. ^_^

Kenangan sentiasa diingatan.....
(mood : touching)

Sekian~~