Showing posts with label kempen. Show all posts
Showing posts with label kempen. Show all posts

May 11, 2012

Moga yang terakhir

Pengalaman pertama sepanjang hidup..

Tarikh : 7/5/2012
Jam : 8.45 pm
Lokasi : IIUM
Yang terlibat : Kris biru gelap dan kancil putih.



Alkisah : Malu untuk diceritakan..

Pengajaran : Jangan leka. Pandu cermat, jiwa selamat. ^^

p/s : berapa ye kalau nak ganti body baru ni?

Oct 14, 2011

Says dan Social Good 2.0 nya.

Ehem, dah lame tak update blog kan?

Tak ada cerita menarik yang nak dikongsikan. Kalau ade pon, malas nak menulis actually.. ;p

Sape kat sini tahu pasal says? Ataupon dan pon jadi ahli says? Saje la nak tanye.

Bulan lepas, Says ada buat satu promotion yang dipanggil Social Good 2.0.

Social Good 2.0 bertujuan untuk menarik lagi ramai rakyat-rakyat Malaysia ni menyertai Says.

Jadi, mesti la ade habuan yang diorang nak bagi supaya ramai yang join kan?

Untuk pengetahuan, Says akan memberi hadiah yang mewah-mewah kepada sesiapa yang boleh invite ramai friend diorang join Says ni, dan....

Kawan yang diorang ajak tu juga berpeluang memenangi hadiah tu.

Maybe tu la sebabnye "2.0" ni digunakan. Dua-dua dapat hadiah.

Okey, contoh nye:
Ahmad dah jadi ahli Says, lepas tu dia akan pilih hadiah mana-mana contohnya Samsung Galaxy S II dan sharekan link tu dengan kawan-kawan dia. Kemudian ada lah 5 6 orang kawan dia pon sign up dengan Says. Dengan ini, Ahmad berpeluang untuk menang Samsung Galaxy S II tadi. Dan antara kawan-kawan Ahmad yang sign up dengan Ahmad tadi pon, pihak Says akan pick up secara random sape-sape, untuk dapat Samsung Galaxy S II tu juga.


Begitulah ceritanya serba ringkas.

Untuk makluman semua la, pihak Says memilih pemenang secara random. Tapi, semakin ramai friend yang korang invite, semakin tinggi dan cerah la peluang korang untuk terpilih. Kira macam probability untuk dapat tu tinggi la.

Ada dalam 30 jenis barang yang Says nak bagi contohnya Samsung Galaxy, Ipod Nano, Angry Bird table Game, 500Gb hardisk, Ultra Hd video camera, RM500 cash, HTC Chacha, PSP 3006, Ipad 2, MacBook air dan lain-lain. Tapi sekarang just tinggal 11 hadiah je lagi. Kebanyakannya dah ade pemenang.




Nak tahu lagi lanjut, baca la sendiri ye.

Kalau korang rase berminat, boleh la join terus dengan says ni.

Sep 23, 2011

Ku bahagia.

Kalau korang yang dapat email macam ni, korang gembira tak? hehe

churp-churp email

Saye sangat bahagia.. Walaupon untuk pertama kalinya nak cashout dari churp-churp ni..

Lalalalaaa~~~

Aug 25, 2011

Tutorial cara nak share kempen Says.my.

Tutorial cara nak share kempen Says.my.

Klik gambar untuk paparan yang lebih jelas.

1) Klik sign in to Says.my. Ia akan direct link sign in menggunakan akaun facebook kita.


2. Anda akan dibawa ke dashboard akaun says.my anda. Di bahagian kiri adalah maklumat akaun anda dan yang sebelah kanan adalah maklumat mengenai kempen.


3. Pilih salah satu iklan yang anda berminat untuk kongsikan dengan rakan-rakan. Contohnya seperti dibawah, saya memilih iklan yang ditunjukkan. Kemudian klik butang share.


4. Anda akan dibawa ke window baru menunjukkan syarat-syarat berkongsi kempen. Kalau rajin baca. Kemudian tandakan dan klik "share this" seperti yang ditunjukkan dalam gambar.


5. Window baru akan dipaparkan. Page ini akan menunjukkan rekod mengenai kempen yang anda jalankan. Kotak kedua menunjukkan link anda. Link ini akan anda gunakan untuk kongsikan kempen kepada rakan-rakan. Anda boleh terus copy link itu atau..


6. Anda boleh memilih bersama ayat-ayat untuk berkempen yang telah disediakan oleh pihak says. Hanya pilih message yang anda berminat dan klik butang "save it". Secara automatik ayat dibahagian link bawah itu akan bertukar. Atau


7. Anda boleh juga mereka ayat sendiri sekiranya message yang diberi tidal menarik. Taipkan diruang yang telah disediakan kemudian klik "save it". Message anda akan bertukar secara automatik.
 Jika sudah berpuas hati, klik pada ruang message itu untuk copy.


8. Pergi ke akaun facebook anda dan paste kan diruangan status. Kemudian klik butang "share" untuk sharekan kempen.


9. Message anda akan terpapar seperti gambar dibawah.


Yang terakhir adalah tunggu sahaja orang klik iklan yang anda paparkan itu dan duit dalam akaun anda akan automatik naik. Setiap klik seperti biasa, anda akan mendapat RM 0.20.

Kepada yang belum mendaftar dengan Say.my, anda boleh mendaftar disini dan mula berkempen.

Kalau ada yang kurang faham, boleh la bertanya.  ^_^

Jul 10, 2011

How to put Churp-Churp and Says ads on your blog



Hello.

Seperti y dapat dilihat dekat atas ni, saye dah berjaya buat satu lagi cara untuk advertise ads-ads dari churp-churp dan says.

Kalau kawan-kawan nak tau jugak. Boleh lah rujuk kat satu blog ni. Saye jumpe time google pasal benda ni. Kredit kepada penulis blog sebab ajar kami y tak reti ni.

Ini link blog tu. Korang boleh klik.

Tapi ada satu perkara saya nak tambah lah pasal setting ads ni.

Yang mana korang boleh tukar kedudukannya untuk letak kat tepi dan membolehkan ads tu bergerak dari atas kebawah, atau bawah ke atas.

Caranye, korang tukar je perkataan 'left' y ada dekat kod tu kepada down atau up.

Tu je lah. haha

Entry ni lebih kepada untuk bagitau geng-geng macam mana nak letak ads churp-churp dan says dekat blog korang.

Lagi satu perkara, saye punye internet telah mencapai limit. So, speed nye menjadi teramatlah perlahan y mana nak follow blog korang pon tak boleh.

Semua blog y saye bukak harini, part follower dia tak keluar. Jadi saye tak boleh nak follow balik. Kepada y dah follow blog ni, thanks ye.

InsyaAllah, nanti saye follow balik bile speed broadband dah kembali pulih seperti biasa.

Hope membantu. ^_^

Jul 9, 2011

Tips how to earn money from Says.my

Post ini bukan lah dari seorang y pakar tetapi hanya dari seseorang yang pernah menerima cash out sekali je dari says ni.

Bukan berniat menunjuk tetapi lebih kepada membantu rakan-rakan tanpa perlu melakukan spam dan froud click time berkempen iklan says ni.

Sebabnya dah banyak kali tengok ramai ahli says ni berkempen dengan cara y salah(letak byk2 link y buat org fedup) dan mungkin menjejaskan ahli lain untuk berkempen.




1) Korang boleh klik kempen sendiri.
Okey, jgn salah faham dengan cara pertama ni. Korang tahu tak y sebenarnya bile korang tekan link preview untuk kempen y korang nak share tu, korang dah boleh earn 20 sen? Tapi sekali je lah says bagi. Tekan banyak kali pon, korang tetap akan dapat 20 sen je. Makanya, untuk setiap kempen y ada tu, actually korang dah boleh dapat 20 sen. Kalau ada 5 iklan, tapi korang tak post pon, hanya dengan klik preview link, korang dah boleh dapat RM1 kan?

2) Post kempen korang kat facebook dan twitter.
Cara nak post pon ada caranya. Yang penting jangan la letak ayat 'tolong la klik'. Saye pasti, kalau korang letak ayat macam ni, lagi la tak ade orang nak klik. Yang penting, letak ayat yang berunsurkan informasi. Tapi says sekarang lebih memudahkan ahli-ahlinya dengan menyediakan beberapa messsage sebagai contoh. Apa y tinggal adalah, copy and paste. Kalau dulu, tak ada pon dan semuanya harus difikirkan sendiri. Last, kalau semua ayat-ayat y says bagi tu rasa tak menarik, just post kempen tu tanpa perlu tulis apa-ape. Kan sanang?

3) Post di blog
Yang ni adalah salah satu cara untuk mereka y ada blog. Korang boleh review sikit-sikit mengenai kempen y korang nak promote tu, dan letakkan kan link korang dekat post kempen tu. Contohnya seperti yang telah saye lakukan di blog ini. Kalau nak tengok boleh klik pada tag youthsays dengan says di bahagian kanan blog ini. Kalau tak reti nak post, letak je link kat tepi-tepi blog korang macam y saye dah buat jugak. Tapi y penting sekali, pastikan blog korang tu ada pembaca. Kalau tak ada pembaca, so tak ade lah tukang klik kan? Lagi banyak traffik blog korang, lagi luas la peluang untuk korang dapat unik klik.

So, itu sahaja 3 cara y saye tahu berkesan tanpa menyalahi undang-undang says. Kalau korang ada lagi cara lain nak tambah, boleh la kongsi. Komen je kat bawah ni.

Saye tahu, ramai lagi mereka y lain dah dapat berganda-ganda duit dengan says ni. Tapi dalam ramai-ramai tu, sape y betul-betul dapat duit tanpa perlu ajak kawan korang tolong-tolong klik link kempen, spam email orang lain, tag ramai-ramai kat facebook dan lain-lain? Kalau ada, memang saye kagum dan hormati.

Pada lain-lain y belum join says ni, jom la ramai-ramai meriahkan lagi kominiti ini. Korang boleh register disini.

Selamat mencuba kepada semua ^_^

Jul 7, 2011

Instanet, the new prepaid internet.

Bosan-bosan dok online, tibe-tibe muncul satu iklan baru kat says.my.

Iklan-iklan pasal pelan baru internet yang berkonsepkan 'bayar bila nak guna.'

Dulu time pakai broadband yang bayar bulan-bulan tu, ade la juga rase beban nak bayar sebulan RM68.

Dah lame lepas tu, bilik kat hostel Uni pon dapat wireless, terus terminate broadband tu. Tinggal je modem yang tak terguna.

Tapi runsing juga waktu tu coz teringat kalau kat rumah nanti nak pakai ape kan.

Nak langgan broadband rase membazir sebab nak guna pon time kat rumah je.

Kalau ade internet pakai broadband yang bayar bile nak gune je kan bagus.

Ade jugak servey kat Celcom and Maxis tapi pelan tu hanya untuk mereka yang guna smartphone, tak pon yang layan internet kat phone la.

Yang broadband punye tak de.
Ha, korang ade masalah yang same macam saye kat atas? Korang bertuah coz tibe-tibe ade iklan Instanet ni tadi. Saye pon dah tengah berfikir sekarang nak beli ke tak. hehe



Bayar internet bila guna dengan kadar yang murah la jugak.

RM5/ daily
RM18/weekly
RM50/monthly

Murah kan?

Klik sini untuk lebih lanjut and masalah korang akan selesai.

p/s : rasenye Instanet ni anak celcom sebab dijual di Celcom Blue Cube center.

Jul 6, 2011

Say bye to Nuffnang

Alhamdulillah.

Tengah hari ni, satu misi saye iaitu men'delete' iklan Nuffnang kat blog ni dah tercapai.

Dah lame actually nak buat tapi tak berkesempatan. Bukan tak suke or what, rase macam membazir je letak coz dah hampir setahun, earning still RM 2 ++. haha




So, dari memberatkan blog ni, baik remove je kan coz iklan Nuffnang memang berat. Untuk blog yang pelawat pon tak ade ni, memang tak de rugilah remove iklan ni.

But still, saye guna Nuffnang untuk melihat bilangan pelawat tiap-tiap hari. Just iklan tu je dah diremovekan dan diganti untuk ads-ads yang baru.

Lagipon, dengan ads baru ni at least saye boleh tapis sendiri iklan-iklan yang saye nak promote. Kalau ads Nuffnang, just ade 2 kategori, iaitu tapis dari iklan-iklan drug, alkohol and ape tah lagi.

Tapi for kad kredit(y tak diketahui ade unsur riba or tak), or ads losyen-losyen y kadang-kadang menampakkan tubuh seksi seseorang wanita itu still terpapar kat blog.

Macam tak yakin je dengan earning-earning dari situ. huhu. So, jalan terbaik remove je la kan.

Hope ads-ads baru ni boleh la bagi earning sikit. hehe

Setakat ni, rase berbaloi la guna ads baru coz earning dah melepasi tahap Nuffnang berganda-ganda even just post dekat facebook and twitter. Tengah kumpul sampai dah boleh cash out.

Nanti dah cash out and terbukti memamg dapat income, baru la boleh citer kat orang kan. hehe

So, say by to Nuffnang ^^

Jul 5, 2011

New Xpax


Haritu time phone hilang, sempat la jugak beli sim xpax baru before recover number yang lama tu.

So, sekarang saye ade 2 sim card.

Ikutkan hati, nak je guna number baru tu je. Murah sangat!

Last time, call my mum yang pakai number maxis. Set la mase setengah jam. Nak try, betul ke every 5 minutes, RM0.28 je.

Kalau dengar 28 sen tu memang la rase macam tak berapa murah pon kan. Tapi, memang excited la after 30 minutes, tak sampai RM2 pon habis.

Dah la call ke number yang lain network. haha

So, lepas ni dah tak de alasan la tak call mak selalu. Hari-hari kene call dah kot. :P

1 think je saye rase yang tak best dengan new xpax ni adelah, still pakai konsep airtime ikut nilai kite top up. Topup RM10, boleh gune seminggu je lah.

Tapi rasenye tak de masalah coz sekarang kita boleh request untuk extent airtime tu untuk setahun terus. hoho. Carenye tak tau. Tak sempat nak explore.

Haritu gayut dengan Cik Manisah yang menggunakan celcom, sakan borak sampai setengah jam. Tengok balik baki, tak sampai seringgit pon kene tolak. haha

Tapi kalau nak call mak je la kot akan tukar ke sim ni, i still have to used the old number sebab ramai orang nak contact number tu.

Malas nak bagitau orang yang saye dah tukar number. Kalau dulu, boleh la jugak guna 2 phone.

Sekarang dah hilang 1, pakai 1 je la.

p/s : walaupon tak dapat ape-ape keuntungan pada saye, but still, saye galakkan kat sape-sape yang berhajat nak beli new xpax plan nie. Kalau tak beli number baru, rasenye boleh je convert number kita yang dok guna tu kepada plan yang baru ni. More info, visit la celcom website. ^_^

Jun 23, 2011

Share our opinion at Says.my


Setelah hampir lebih dari 3 bulan menyertai komuniti says.my ni, sedikit sebanyak sekarang saye sedar.

Laman web ini bukan dibuka hanya untuk berkongsi link advertising sambil menjana seposen dua melaluinya, tetapi ia juga merupakan satu laman yang mana para youth Malaysia boleh berkumpul untuk berkongsi pendapat dan menyoalkan persoalan yang bermain di minda mereka.

Mungkin bagi mereka yang tidak pernah menjengah ke ruang Question and Answer, tidak menyedari akan perkara ini dan mungkin yang masuk pon, tak berapa sedar juga.

Perkara ini berlaku disebabkan ruangan QnA ini telah disalah ertikan oleh sebilangan ahli yang menjadikannya seperti wall Facebook mereka dengan mengupdate status diri berbanding mengeluarkan soalan-soalan yang bernas untuk dikongsikan bersama ahli yang lain.

Namun begitu, bukanlah semua ahli yang dikatakan sebegini. Jika dicari dan diteliti, masih terdapat soalan-soalan yang bernas dan sungguh bermanfaat untuk dijawab dan dikongsikan bersama. Terima kasih diucapkan kepada mereka yang masih terdiri dari golongan ini.

Jadi, berbesar hati jika rakan-rakan yang mempunyai pandangan bernas dan masih belum menyertai says.my ini dapat sama-sama memeriahkan lagi komuniti ini. Walaupon saye ini bukanlah sesiapa dalam says.my ini, tetapi dengan mengajak rakan-rakan mungkin para muda belia boleh berkumpul disini sambil mengeluarkan idea-idea yang bernas untuk dikongsikan bersama.

Namun, harus diingat. Janganlah jadi seperti mereka yang menggunakan ruangan QnA ini seperti wall facebook mereka. Kongsikan atau persoalkan sesuatu yang lebih bermanfaat.

Kepada mereka yang telah menyertai juga, jenguk-jenguklah ke ruangan ini untuk berkongsi ilmu. Janganlah hanya berkongsi kempen untuk menambah pendapatan.

(believe me, you will gain something especially when you view the 'featured' question on the QnA section)

^^

Jun 15, 2011

New Xpax Plan

Tengah hari tadi ke kedai phone kat IIUM nie.

Bukan nak beli handphone baru.. Tapi nak beli sim baru je.. haha

Memang dah aim nak beli xpax yang baru keluar. Namenye xpax 2.

Kebetulan time-time handphone hilang ni la, xpax keluarkan pakej sim baru.

Murah pon murah dengarnye.



Rate yang diletakkan adalah 28 sen setiap 10 minit bagi panggilan celcom ke celcom.

Mule-mule tak sure murah ke mahal. Try kire-kire, memang murah la kot!

10 minit dapat 28 sen, kalau gayut dengan pakwe sejam, baru habis RM 1.68.. Tak sampai pon Rm2 untuk sejam.. haha

Tapi fikir-fikir balik, bukan tu yang penting. Pakwe pon tak de. haha

Oleh kerane selame nie selalu call mak yang line maxis tu, sekali call habis dekat RM10 jugak. Yelah, sekali call bergayut sejam la jugak. hehe

So, tengok la pulak rate xpax 2 ni untuk panggilan server lain. Kalau mahal, tak jadi la nak beli.

28 sen untuk setiap 5 minit. Tekan-tekan kalkulator, 60 minit @ sejam baru RM3.36!!

Wah, memang bahagia la kan. Borak 2 jam pon tak pe macam nie. hehe

Sejam 5 ringgit pon tak habis, memang untung la sangat tu kan.

So, memang dah confident la ni p kedai nak beli.

Sampai-sampai, nampak banner xpax 2 depan kedai tu. Ha, memang terbaik la kan. Lepas ni ade la number untuk orang contact-contact.

Dengan excited nya p la tanye pak cik kedai tu.

But then, die kate tak sampai lagi. Mungkin dalam minggu ni atau minggu depan kalau tak de hal. -_-"

Balik la dengan kecewa kan.

So, untuk number baru, rasenye tak dapat lagi la buat mase nie. Untuk sementara, facebook je la jadi medan untuk perhubungan dunia nie. Ape-ape coontact facebook ye kawan-kawan. :P

p/s :
tak silap, bagi yang memang pakai xpax lame pon, boleh migrate kepada new xpax plan ni. Tapi untuk lebih lanjut, boleh klik pada gambar atau sini. Tak sure sangat.

Mar 5, 2011

Tak nak beli? Rugi......

Hari ini saye nak buat post pasal niaga. Saye nak menjual barang kat korang.
Saye jual, korang beli okey?
hehe

Barang yang nak dijual adalah seperti didalam gambar bawah ni.
Korang mesti pernah tengok kan?





Juga sesuai untuk dijadikan hadiah.
(hari raya, hari ibu, hari bapa, hari cuti, hari kerja, hari jadi, hari cemerlang, hari guru dan lain-lain hari lagi)

Juga sesuai untuk lelaki mahupon perempuan ^_^

Saye nak jual huruf ni dengan harga yang cukup murah. Biase nye saye tengok kat kedai, orang jual 1 huruf dengan harga RM 2.00. Makan hati je tak dapat nak beli kan.

Iyelah, 5 huruf dah RM 10.00. Betul tak? Tak termasuk yang bentuk comel-comel dengan tali.

Jadi, saye nak jual pada harga yang saye rasa semua orang mampu beli.
1 huruf = RM 1.20.

Wah, untuk RM 0.80 kan? 5 huruf, baru RM6.00.
Yeay!!

Bukan tu je, tunggu dulu. Kalau korang beli 5 huruf dan keatas, saye dengan murah hati nak bagi satu accessories FREE kat korang. Bagi menambah seri lagi.

Tapi!!

Tawaran ni sah untuk minggu ni je. Promosi sempena kedai baru buka.

Dengar betul-betul. FREE @ PERCUMA tau. Mane nak dapat?

Picture bawah ni antara contoh accessories. Korang boleh pilih nak yang mane. Kalau tak dapat free, harganya sama dengan huruf. RM1.20 satu.

Setakat ini, saye hanya ada 6 jenis background atau body untuk huruf ni. Terdiri dari 6 jenis warna seperti gambar dibawah :
merah hati (glitter)
emas (glitter)
biru (tak glitter)
coklat (tak glitter)
pink(glitter)
silver (glitter)

Yang ini pula pilihan warna untuk tali penggantung. Terdiri dari berbagai warna. Cantik-cantik semua.

Ini contoh set penggantung yang telah siap. Biasanya kat kedai, harganya sama dengan harga huruf, RM 4.00 iaitu harga lain-lain untuk tali penggantung dengan tali body tu. Tapi, saya jual hanya RM 1.50 utk kedua-duanya. Ini kerana kos untuk tali actually lagi tinggi dari huruf.

Jadi, RM 1.50 adalah harga yang cukup berpatutan.

Saye sediakan sekali contoh pengiraan untuk korang jelas sikit okey.
Kalau korang beli macam ganbar yang pertama kat atas, ANEES.
Total adalah RM 7.50.
[RM5.00 untuk 5 huruf dan RM1.50 untuk set tali. Accessories tu free.]

Wah, murahnye!!!!
Kalau kat luar ni, mau dah cecah RM 14.00.
[RM 10.00 utk 5 huruf, RM2.00 utk accessories dan RM2.00 utk set tali.]

Korang dah untung separuh harga tau!!
Aish, tak boleh jadi ni. Murah sangat.

Tapi, kawan-kawan punya harga, saye tetap bagi RM 7.50. ^_^
-----------------------------------------------------------------------------------------

Cara tempahan :
Kalau korang nak beli boleh email atau message saye
013-3136860

format :
perkataan, warna background/body, warna tali halus, bentuk accessories

cth:
MIERA,merah hati, hitam, love biru.
-----------------------------------------------------------------------------------------------
Kos penghantaran RM 1.20 untuk dalam Malaysia sahaja. (RM 0.80 setem dan RM 0.40 sampul)
Kos penghantaran dalam UIA Gombak adalah percuma. ^_^

*setakat ini, jenis huruf hanya satu jenis shj. Iaitu petak seperti dalam gambar.
*akaun pembayaran akan diberi kepada korang setelah tempahan disahkan.

Mar 3, 2011

Masuk contest ni, menang Macbook Air, iPad, iPhone or Sony PS3

Milo Jam-Pack.

MiloJoin SAYS.my

Sebut pasal Milo nie, saye suke sangat Milo Cool. Sebelum ni tak pernah cuba, tapi baru-baru ni saje la test beli satu packet, bancuh dengan air sejuk.

Wahhh, memang sedap lah. Tak tahu lah sedap sebab air tu sejuk atau memang milo tu sedap. hehe

Air manis, bile dah sejuk, memang la sedap kan.

Saye yakin, ramai kanak-kanak kat Malaysia ni membesar dengan minum air Milo.

Kecil-kecil dulu sebelum pergi sekolah, memang air ni lah yang mak bancuhkan untuk minum.

Lepas tu kadang-kadang kat sekolah, ade lori Milo datang bagi Milo free kan? Milo ais lagi. Memang berebut la semue orang.

Budak-budak zaman sekarang ni, tak tahulah ade lagi ke tak lori tu datang sekolah.
-----------------------------------------------------------------------------------------------
Berbalik kepada topik utama, Milo Jam-Pack ni ade buat contest.

Jadi Milo telah mempromosikan contest ini secara besar-besaran.

Mane saye tahu besar-besaran? sebab Milo meletakkan jumlah yang dangat besar di Says.com untuk disebarkan oleh para ahli Says. RM 11923.40.. Banyak la tu kan?

Tambah lagi, bukan di Says.com je promosi ini ade, dekat churp-churp pon ade juga.

Jadi, memang pihak Milo melaburkan banyak duit untuk promosikan contest ini.

Yang menghairan kan saye adalah, perlu ke promosi banyak-banyak ni?

Sememangnya milo ni satu jenama yang feymes kat Malaysia ni, jadi tak promote pon, saye rase milo tetap laku.

Satu sebab nye adalah, mungkin milo laku, tapi contestnye kurang penyertaan. hehe

Ini hanya tekaan, jangan ingat betul pula.

Tapi, jangan main-main dengan contest ni, hadiah nya bukan calang-calang hadiah. Macam-macam seperti Macbook Air, iPad, iPhone atau sony PS3.

Jadi kalau nak menang. tunggu ape lagi. Joint la contest Milo ni. ^_^

Feb 28, 2011

Switch off our light just for 1 hour ^_^


Assalamualaikum.

Berdasarkan dari laman web yang diletakkan di Says.com, dan nilai RM yang dilaburkan untuk mengiklankan kempen ini, saye merasakan kerajaaan atau pihak WWF sendiri telah berusaha untuk merialisasikan kempen ini.

Bayangkan lah, tanpa apa-apa pulangan kepada pihak mereka, mereka tetap melabur RM6000 untuk semua youth dari Says.com supaya menjayakan dan menyebarkan kempen ini.

Jadi, dimana dan bagaimana pula sumbangan kita?

Marilah sama-sama kita menjayakan kempen Earth Hour ini dengan menutup lampu. ^_^

Ingat tarikh ni : 26 March 2011 at 8.30 pm.