Showing posts with label tazkirah. Show all posts
Showing posts with label tazkirah. Show all posts

Oct 15, 2012

Biology

Pelik?

Perkataan ini hanya satu.

Tapi maksudnya boleh jadi banyak.

Ada perkara boleh jadi pelik untuk sesetengah orang.

Tapi bagi orang lain, perkara itu tak pelik pon.

Contoh macam gambar ini.



Korang rasa pelik tak?

Ada 2 jawapan.

Pelik, kalau buku ini terletak diatas rak seorang student manufacturing engineering.

Tak pelik, kalau korang tak tahu tu meja student engineering.

Macam tu jugak dengan life.

Kita tak boleh judge sesuatu perkara itu sebagai sesuatu yang pelik if kita tidak biasa dengannya.

Maksud situasi ni sangat meluas scopenya.

Jadi, perlu dispesifikkan mengikut situasi masing-masing dengan cara yang betul.

Terpulang kepada diri sendiri.

Untuk mentafsir dan merenung perkara ini macam mana.

p/s : oleh sebab buku ni sangat tebal, aku malas nak tolong pulangkan~

Apr 24, 2012

Junjung kembali piala itu.

Emosi itu selalu kalah.

Lelah menunjangkan piala kesabaran.

Gagal.

Rebah.

Tatkala panji kesabaran dipasakkan.

Angin kuat akan hadir menguji kekuatan tegaknya.

Dan kali ini juga, ia rebah seperti kali yang lain.

Emosi engkau tidak stabil.

Kau terganggu oleh sesuatu.

Mengapa?

Mengapa membiarkan emosi mu kalah begitu sahaja?

Emosi kamu lemah?

Begitu mudah terjatuh, tatkala ditiup angin.

Kau tidak mahu menjadi lemah begitu kan?

Tidak mahu terganggu dengan perkara yang remeh.

Oleh manusia yang ramdomnya sukar dimengerti.

Yang hadirnya, sekadar untuk melihat tegak panji sabarmu.

Dan jika perlu, menjentiknya panji mu itu untuk melihat kekuatannya.

Dan kau, pasti tidak mahu manusia begitu berjaya.

Berjaya dalam menumbangkan panji mu itu.

Mungkin tali keimanan kau masih tidak cukup.

Untuk menegakkan panji sabar itu.

Carilah tali itu.

Pastikan cukup untuk menggagahkan kibaran sabarmu.

Supaya mampu melindungi dirimu.

Melindungi dari manusia-manusia yang mengganggu emosi mu.

Dan sungguh akan Kami berikan cobaan kepadamu, dgn sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa & buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yg sabar. (yaitu) orang-orang yg apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan: “Inna lillaahi wa innaa ilaihi raaji’uun” [Artinya: Sesungguhnya kami adl milik Allah & kepada-Nya-lah kami kembali. ] Mereka itulah yg mendapat keberkatan yg sempurna & rahmat dari Tuhan mereka & mereka itulah orang-orang yg mendapat petunjuk. 
(Al Baqarah: 155 – 157)


rindu senyuman yang tiada masalah itu.. ^^

p/s : aku tahu kau kuat. kumpulkan kembali kekuatan mu dahulu.

Mar 28, 2012

Celaru


Dalam kecelaruan mempertimbangkan baik dan buruk tindakan, satu kesedaran datang.

Ilham dari buku.

Sungguh, buku itu bukan buku yang aku sukai.

Penulisannya dan topik-topik didalamnya, tiada yang istimewa buat aku.

Tidakkan kau tahu, setiap ilmu itu mempunyai manfaatnya?

Entah dari mana datangnya soalan itu.

"Boleh jadi perkara yang engkau tidak sukai itu mendatangkan kebaikan kepada kamu........" (Al Baqarah:216)

Dan hari ini bukti ayat itu muncul.

Menyergah dihadapan muka sendiri.

Terkejut, terkesima.

Teguran hakikatnya membina diri kita. Kasar atau lembut sesuatu teguran itu, perlu kita ambil secara positif dan baik. Jangan kita utamakan keegoaan dan nafsu kita semata-mata. Biasanya manusia menyangka bahawa apabila die mendengar pendapat atau seguran seseorang, maka dia lemah. Sebenarnya melapangkan dada mendengar teguran adalah petunjuk kepada ketinggian harga diri seseorang. - (kembara hamba mencari cahaya)

Ilmu itu telah sampai kepada engkau, telah disuluh kepada engkau. Tetapi tetap kau buta seolah olah lansung tidak sedar mengenainya. Sungguh kau antara yang degil dan rugi.

Terasa diejek oleh hati sendiri. Ditertawakan.

Sungguh, akulah antara yang benci dengan teguran.

Alasannya cuma satu, konon aku telah mencuba yang terbaik untuk bergelar sahabat, anak, pelajar dan segala tanggungjawab yang tergalas.

Mengapa tidak ditegur kepada mereka yang lansung tidak mencuba untuk menjadi terbaik itu? Masih ramai diluar sana.

Keras, hati keegoan ini meningkah! Tidak berpuas hati.

Rasulullah pernah pada suatu hari,ridaknya ditarik dengan kasar oleh seorang Arab sehingga merah lehernya. Orang arab itu meminta hutang sedangkan tarikh kutipan hutang belum tiba. Sayidina Umar al- Khattab yang ketika itu berada disisi Rasulullah, lantas menghunurskan pedang dan memarahi lelaki itu yang berkasar terhadap Rasulullah.

Rasulullah bersabda,
"Wahai Umar, sepatutnya engkau menegur aku supaya aku membayar hutangnya, dank au menegur dia supaya dia meminta hutangnya dengan cara yang baik."

Tidak cukup dengan itu, Rasulullah menambah bayaran hutangnya kepada lelaki Arab itu. Sabda baginda,
"Ini untuk kekasaran Umar tadi."

Tiba-tiba kisah ini muncul bermain-main diminda.

Lihat, alasan engkau tidak boleh diterima pakai. Benar sekali, kau antara yang rugi.

Hanya kerana teguran yang sedikit itu, engkau menghukum sewenangnya. Walau dirasakan teguran itu jauh tidak perlu diterima aleh engkau.

Tidakkah kau perlu terima, sebagaimana Rasulullah yang mulia?

Hati yang masih disaluti sekelumit iman itu cuba berdiri tegak.

Melawan kerasnya ego yang telah berjaya terpacak membina menara.

Apa lagi alasan yang kau ada?

Dan aku, terdiam. Cuba belajar untuk menelan teguran.

Sebagaimana mulianya Rasulullah.

Lihat, buku yang kau lihat tiada keistimewaan itu, mampu memberi manfaat kepada engkau.

Sekali lagi, aku terdiam....... 

Mungkin, maaf yang perlu aku beri, bukan hukuman...

Mar 26, 2012

Tersedar......

Bila mana dirimu berazam ingin belajar menjadi seorang yang penyabar. Pasti turut sama doa memohon kepada Allah akan ditujukan.

Tetapi seringkali selepas itu, ujian berat datang menimpa, dan dirimu tidak mampu bersabar lagi.

Kau berputus asa dan menghamburkan segala kemarahan itu.

Sekali lagi kemudian, penyesalan datang dan kau berazam kembali. Kali ini dikuatkan lagi keazaman dalam hati dan kau tambahkan dengan kesabaran yang lebih tinggi.

Dan kemudian, ujian besar datang lagi. Sekali lagi kau kalah. Terdetik dihati, kenapa tiap kali ingin berubah, pasti ada yang menghalang?

Berazam lagi, ditambah dengan doa kepada Allah, moga dikuatkan hati.

Tetapi ujian besar tetap datang. Berulang-ulang dan berkali kali, sehingga akhirnya kau berputus asa.

Dan lebih menyedihkan, kau tetap menyalahkan keadaan. Menyatakan, perubahan kau sentiasa dihalang. Merungut dan berputus asa.

Itulah manusia kan?

Tapi hari ini tiba-tiba tersedar. Rasa tertampar.

Kenapa tidak terlintas dari saat pertama kali aku ingin belajar dulu?

Sungguh, rasa diri ini bodoh dan lemah.

Tidakkah ujian besar yang datang setiap kali ingin melakukan perubahan itu, merupakan pertolongan dari Allah?

Bukanlah sebagai penghalang untuk perubahan engkau.

Ya, Allah ingin membantu. Ingin mengajar kamu supaya lebih bersabar, dan ingin melihat adakah kamu telah mampu dalam bersabar.

Ternyata, fikiran manusia itu masih cetek. Walau telah kemana gading sekali kau belajar.

Bersyukurlah dengan ujian itu, sesungguhnya Allah mahu membantu.

- manusia yang baru sedar, tetapi tidak pasti selama mana kesedaran ini akan kekal..

Jan 29, 2012

Perbezaan Pendapat Sesama Manusia





Pada pendapat saya, kontex pemahaman manusia atau individu itu berbeza-beza. Sebab itulah wujudnya kepelbagaian dalam kehidupan seharian dalam hidup seorang manusia. Namun begitu, manusia tidak boleh sewenang-wenang menyalahkan sesuatu kefahaman yang berbeza dengan kefahaman dalam dirinya. Itulah pentingnya sifat toleransi dan saling bertolak ansur dalam diri setiap individu.


Malah, Islam sendiri menggalakkan dakwah yang bukan berunsur kekerasan. Ini kerana, fitrah manusia itu tidak suka dipaksa-paksa. Semakin dipaksa, mungkin kebencian akan bermaharajalela. Jadi, mungkin dengan menggunakan pendekatan yang lembut, seseorang itu akan lebih mudah menerima sesuatu yang diluar kefahamannya. Ibaratnya, batu ditepian pantai juga akan hancur dibadai ombak lama-kelamaan, jadi apa lagi hati manusia.

Sebagai contoh mudah, isu meniru dalam peperiksaan dan juga isu "couple". Cuba kita kupas isu pertama terlebih dahulu. Ada sesetengah antara kita amat yang mengambil berat dengan isu ini. Fahaman mereka, meniru didalam peperiksaan itu merupakan satu kesalahan yang berat. Berbeza dengan mereka yang meniru, mereka beranggapan ini merupakan satu batu loncatan ataupon satu kaedah untuk membantu menyelamatkan diri. Bagi yang meniru, mereka memikirkan bahawa ini salah satu cara untuk meninggikan markah peperiksaan.
Malah, berbagai-bagai alasan akan diberi untuk menyatakan meniru bukanlah satu kesalahan yang besar.
Tetapi bagi yang membangkang, disebabkan mereka amat emosi dengan perkara ini, mereka tetap membantah kepada isu meniru walau diberi seribu alasan. Malah, akan mula berfikir secara jauh melibatkan masa depan dan juga halal haram ilmu yang diperoleh.

Cuba kita terbalikkan dua individu ini dalam situasi kedua. Individu pertama amat anti dengan isu "couple". Walau beribu alasan diberi, individu ini tetap dengan pendiriannya menyatakan "couple" itu satu kesalahan besar. Seperti mmembonceng motosikal berlainan jantina, sememangnya sesuatu yang tidak manis untuk dipandang. Tetapi individu yang kedua ini pula mungkin akan mencipta beribu alasan untuk menyelamatkan diri atau tidak menampakkan dirinya begitu bersalah. Mereka mungkin berkata mereka mungkin ber"couple" tetapi jarang keluar bersama. Bercouple mungkin digunakan untuk mengulangkaji pelajaran bersama dan berbagai lagi. Tetapi untuk individu pertama ini, oleh kerana terlalu emosi dan sensitif dengan perkara ini, mereka mungkin tidak menerimanya. Malah semakin jauh berfikir melibatkan masa hadapan dan halal haram hubungan yang terjalin.

Makanya, jika kedua-dua individu ini tetap berkeras untuk menegakkan pendapat masing-masing, tentunya pergaduhan besar akan berlaku. Imagine pula, bukan dua individu sahaja yang ingin mengakkan pendapat mereka, malah setiap individu di dunia ini? Sudah tentu tiada lagi perssefahaman dan toleransi, maka keamanan juga akan hilang.

Ingin dihighlightkan disini bahawa saya bukanlah menyokong mana-mana isu. Tetapi lebih kepada ingin menyatakan pemahaman manusia itu berbeza. Jadi, kita jangan terlalu berkeras untuk menegur dan memaksa. Tau menegakkan satu-satu pendapat. Menjadi tanggungjawab sebagai muslim untuk menegur antara satu sama lain, tetapi biarlah secara berhemah. Manakala yang ditegur pula janganlah terlalu emosi dan menentang. Masing-masing hanya perlu memahami kefahaman masing-masing dan cuba mengikut selagi ia tidak lari dari jalan yang lurus.

Jadi, konklusi yang terbaik adalah bukan berhenti menegur, tetapi teruskan menegur dan yang ditegur, cuba untuk menerima teguran. Fitrah manusia itu sebagai pelupa, jadi menjadi tanggungjwab bersama untuk saling ingat mengingati. Yang menegur juga perlu faham andai ada yang tidak dapat menerima tegurannya dan yang ditegur juga perlu faham kefahaman individu yang menegur. Janganlah sampai menjadi isu yang berlarutan dan berpanjangan.

Peace ^^

Dec 10, 2011

Contengan Jalanan

Baru je habis baca 1 buku, Contengan Jalanan dari Hlovate.

Mengisahkan pelajar-pelajar muzik dan seni dari sebuah kolej. Watak utama Fend dengan K square.

Saye mula baca dengan part K square, yang mana ni actually part II. Jadi, time part ni pening-pening sikit.

After that baru baca part I, iaitu watak utama Fend. Time kat sini baru dapat faham apa sebenarnya yang berlaku dan keseluruhan cerita contengan jalanan ni.

1st, novel ni okey sebab dengan cara yang tak sengaja, pengarang tu berjaya membawa kita sebagai pembaca sama-sama berfikir mengenai Allah. Purpose hidup kita ni untuk apa sebenarnya.

2nd, bahagian depan untuk dua-dua part, dipenuhi dengan term-term muzik, banyak benda yang saya tak faham. Jadi, banyak la yang saya skip bahagian ni. Mungkin bagi mereka yang tahu pasal muzik underground, novel ni okey kot bagi diorang.

Satu pusat yang menjadi main point buku ni adalah The Eleventh hour.

"The man that decided to change on the twelfth hour dies on the eleventh"


Oct 19, 2011

Ayat penenang jiwa.


Manusia Bertanya : Bolehkah aku kecewa ?
Qur’an Menjawab : Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang-orang yang beriman. (Ali Imraan : 139)

Manusia Bertanya : Kenapa aku diberi ujian seberat ini?
Qur’an Menjawab : Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya………. (Al-Baqarah : 286)

Manusia Bertanya : Kenapa aku tidak diuji saja dengan hal-hal yang baik ?
Qur’an Menjawab : ………. boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. (Al-Baqarah : 216)

Manusia Bertanya : Kenapa aku diuji ?
Qur’an Menjawab : Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (sahaja) mengatakan:”Kami telah beriman”, sedang mereka tidak diuji lagi? (Al-Ankabuut : 2). Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta. (Al-Ankabuut : 3)

Manusia Bertanya : Bolehkah aku berputus asa ?
Qur’an Menjawab : ………..dan jangan kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir. (Yusuf : 87)

Manusia Bertanya : Bagaimana cara menghadapi ujian hidup ini?
Qur’an Menjawab : Hai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap siaga (di perbatasan negerimu) dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beruntung. (Ali Imraan : 200)

Manusia Bertanya : Bagaimana menguatkan hatiku?
Qur’an Menjawab : ….Cukuplah Allah bagiku; tidak ada Tuhan selain Dia. Hanya kepada-Nya aku bertawakal……. (At-Taubah : 129)

Manusia Bertanya : Apa yang aku dapat dari semua ujian ini?
Qur’an Menjawab : Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu’min, diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka………. (At-Taubah : 111)


dicopy dari facebook

Oct 2, 2011

Wind of change

After week by week waiting dengan harapan palsu yang wireles UIA ni akan muncul kembali laju seperti biasa, ternyata membawa kepada kekecewaan.

Tapi, terlihat satu hikmah besar yang jarang-jarang menjengah. Walaupon rase geram and stress tak dapat nak download "Running Man" dan "Vampire Diaries season 3", but still saye masih mampu menahan diri. haha

So, maknenye dah lame la tak tengok running man tu.

Hidup pon dah kurang bergantung kepada internet. Hari-hari aktiviti yang sama tapi terisi, tanpa melangakan diri tengok cerita berjam-jam, online facebook, youtube dan juga lagu-lagu.

Paling best, tiap-tiap petang dapat menampar bulu tangkis kuat-kuat (badminton). haha. Puas je rase. Malam tak payah susah-susah nak tido, cukup jam 10 11, confirm mate dah mengantuk. Tinggal nak sorong bantal je.



Hope, semester ni akan lebih baik dari semester lepas. Masa-masa yang berlalu harap mempunyai pengisian yang bermakna.
Antara input ceramah malam tadi (30/9/2011) :

4 perkara yang penting dalam hidup (macam yang pernah diajar dalam kelas UNGS) :
  1. Iman
  2. Ilmu
  3. Amal
  4. Ikhlas

4 soalan yang sentiasa kita tanya pada diri kita :
  1. Berapa umur / sepanjang umur ni apa yang telah kita buat?
  2. Apa perkara yang kita telah buat semasa kita masih muda?
  3. Apa yang kita buat dengan harta kita?
  4. Adakah kita mengamalkan ilmu yang kita ada?

Ini hanya intipati, mungkin tak tepat sangat dengan apa yang disampaikan oleh penceramah. Keadaan persekitaran tidak mengizinkan diri untuk mendengar dengan jelas. Maaf kalau ada yang tersalah.

^_^

p/s :: Masalah dengan manusia tak akan pernah habis untuk difikirkan. Jadi, jangan fikirkan sangat mengenainya, tenangkan diri lapangkan dada. BERDOA.

Aug 21, 2011

Metos Masyarakat Melayu Mengenai Lailatul Qadr


Kadang-kadang saya selalu mendengar orang meramal bilakah berlakunya malam Lailatul Qadr kerana ingin beribadat dengan bersungguh-sungguh pada malam itu. Tapi kita perlu ingat bahawa perkara ini adalah salah kerana malam ini hanya diketahui oleh Allah dan Nabi Muhammad s.a.w. sendiri tidak pernah memaklumkan bilakah waktu sebenar Lailatul Qadr.

Menemui malam Al-Qadr tidaklah melalui tanda-tanda fizikal. Hanya Allah jualah yang mengetahui siapa yang dianugerahkanNya menemui malam tersebut. Tiada siapa sebenarnya mengetahui bilakah berlakunya atau telah berlakunya malam Al-Qadr. Di antara kejadian pelik yang merupakan metos yang dikaitkan dengan malam Al-Qadr ialah:
  1. Air sungai berhenti mengalir.
  2. Pepohon menunduk.
  3. Bekunya air.
  4. Pokok sujud ke bumi.
  5. Ufuk langit merah.
Sebenarnya, pengalaman merasai malam Al-Qadr tidaklah dapat dirasai atau dialami oleh pancaindera. Kalaupun perkara-perkara pelik itu berlaku, ia hanyalah satu kebetulan dan ketentuan Allah s.w.t. semata-mata. Rebutlah beramal di malam-malam 10 terakhir Ramadan tanpa perlu melihat tanda-tanda fizikalnya. Adapun orang yang mengalami malam tersebut, adakalanya mereka sendiri mengetahui bahawa malam itu ialah malam Al-Qadr. Namun demikian, Allah lebih mengetahui. Ramai juga yang tidak mahu tidur pada malam yang dijangkakan Lailatul Qadr kononnya untuk bertemu dengan malam tersebut. Ini satu lagi perkara tahyul dan tidak berasas.

Pokok terpenting ialah mempertingkatkan amalan-malan pada 10 malam terakhir Ramadan. Kalaupun seseorang bertemu dengan malam Lailatul Qadr, akan tetapi tidak mempunyai amalan, persiapan ibadah atau penyucian batin, maka tidaklah ia mendapat keberkatan dan manafaat malam tersebut.

Petanda Berlakunya Lalilatul Qadr.

Petanda berlakunya malam istimewa ini boleh diketahui pada malam tersebut ataupun pada pagi berikutnya. Namun demikian, semua petanda yang diberikan dalam Hadis adalah terlalu umum dan sukar untuk dihuraikan kerana ketiadaan tanda spesifik dan berfokus.

Petanda pada waktu malam ialah riwayat Imam Ahmad bin Hanbal “Tandanya adalah langit bersih, terang bagaikan bulan sedang purnama, tenang, tidak dingin dan tidak pula panas ...”. Hadis ini menepati keadaan dan suasana malam Al-Qadr yang sejahtera, tenang dan damai. Insyaallah pada malam Lailatul Qadr, barangkali langit tidak akan kelihatan awan hitam atau gumpulan awan tebal yang mengotorkan langit dengan noda. Katakanlah walau pada malam 27 Ramadan, langit kelihatan terang seperti malam 15 atau 16 bulan purnama. Maksud tenang sukar untuk digambarkan, mungkin merujuk kepada ketenangan malam dan suasana. Cuaca dan suhu tidak dingin dan tidak panas. Kalau di Malaysia barangkali antara 24 hingga 29 darjah celsius.

Petanda waktu pagi selepas malam Al-Qadr pula ialah riwayat Imam Muslim, Abu Daud, dan Al-Tirmidzi antara lain meriwayatkan melalui Ubai bin Ka'ab yang bermaksud: ”Tanda kehadiran Lailatul Qadr ialah matahari pada pagi harinya (kelihatan) putih tanpa sinar (nya).” Apakah yang dimaksudkan di sini matahari tidak kelihatan kemerah-merahan pada waktu pagi? Wallahu A’lam.

sumber

Jul 29, 2011

Tenang yang dicari

Ya Allah.

Tatkala diri ini resah, Kau berikanlah kekuatan.
Tatkala diri ini bimbang, Kau berikanlah ketenangan.

Kau kuatkan lah hati ini,
bahawa sayang kepadaMu adalah lebih agung daripada sayang sesama manusia.

Bila mana aku bimbang hilangnya kasih sayang manusia,
kau hadirkanlah perasaan bimbang lagi aku pabila kehilangan sayang Mu.

Cinta manusia itu hanya sementara,
tetapi cinta Mu itulah y tetap kekal abadi.


Dalam setiap badan manusia itu ada seketul daging, jika baik daging itu maka baiklah keseluruhannya, jika buruk daging itu maka buruklah keseluruhannya. Itu adalah HATI.


Kau jadikanlah segala ukhuwah y terjalin itu berukhwah kerana Mu semata-mata.

Di jalan Allah,
Ukhuwah ini adalah perancangan daripada Allah yang mengetahui segala rahsia,
Kerana DIA lah aku mengenali mereka dan kerana DIA jua telah menetapkan ukhwah itu,
Pasti terukir 1001 kenangan dan kasih sayang,
Semuanya kerana Allah,
Sungguh,
Bukan kerana selain daripada-Nya..

sumber : iluvislam.com

Ramadhan 1

Malam ni saje, penuh post pasal bola kat facebook.

Ape pon Alhamdulillah sebab tak banyak y mengutuk pihak kita. Masing-masing tetap memberi semangat kepada pasukan Malaysia.

Yang pasti, ramai marah dengan pemain Singapore y dikatakan 'bersandiwara'.

Mungkin betul sebab bile dilihat siaran lansung tadi, memang ramai pemain Singapura y jatuh tergolek. Sakit betul atau tak, itu kita tak tahu.

Okey kita off pasal bola. Tak tahu banyak sangat pon actually. hehe

-------------------------------------------------------------------------------------------------
InsyaAllah, tak sampai seminggu lagi pon nak berpuasa.

4 hari je lagi tinggal.

Persediaan? Jom kita hayati sedikit basic ilmu mengenai puasa.

Firman Allah Ta’ala :

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ

Maksudnya : “ Wahai orang-orang yang beriman telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu semoga kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa ”. (Surah Al-Baqarah Ayat 183)

Pengertian Puasa

Ertinya menahan diri dari makan dan minum dan dari segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa mulai dari terbit fajar hinggalah terbenam matahari.

1) Lafaz niat puasa fardhu Ramadhan :

نويت صوم غد عن أداء فرض شهررمضان هذه السنة لله تعالى .

Ertinya : Sahaja aku puasa esok hari menunaikan fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.

2) Doa Ketika Berbuka Puasa

اللهم لك صمت وبك آمنت وعلى رزقك أفطرت برحمتك ياأرحم الراحمين.

Ertinya : Ya Tuhanku keranamu jua aku berpuasa dan denganmu aku beriman dan di atas rezekimu aku berbuka dengan belas kasihanmu Ya Allah yang amat mengasihani.
------------------------------------------------------------------------------------------------

Kadang-kadang kite lupa, basic itu merupakan satu perkara y penting dan perlu kita kuasai.

Jika tiada akar, maka tiadalah pohon nya dan tiadalah juga buahnya.

Salam Ramadhan ^_^

sumber ilmu : link

Jul 27, 2011

Angin itu mengingatkan kita


Pagi ni, cuaca Sungai Petani diserikan dengan angin bayu y bertiup.

Tatkala bayu itu menyapa dipipi,
terasa diri ini dipukul untuk peringatan
,
diingatkan bahawa Allah itu ada,

walau pun tak nampak dimata,

Namun itulah bukti kewujudanNya,

Ibarat angin bayu ini,

Tak nampak dimata tetapi boleh dirasa,

Nikmat bila ia menyapa lembut mengusap pipi,

Tapi manusia itu sering leka,

leka dengan kesenangan,

Apa y tidak terlihat oleh mata itu,
dibuat-buat seolah sememangnya tidak wujud,

yang tak terlihat oleh mata itu,

Dijadikan alasan bahawa mereka lupa.


Ya Allah,
jauhkan lah diriku ini dari sifat alpa dan leka.

Angin itu mengingatkan kita bahawa tidak terlihat itu tidak semestinya tidak wujud.

Jun 8, 2011

Bersyukur dilahirkan dalam keadaan Islam

Seringkali kita, sebagai manusia biasa leka dengan nikmat yang diberi Allah.

Rezeki
Kesihatan
Hidup
Ilmu
dan lain-lain

dan yang paling penting nikmat dilahirkan dalam keadaan Islam.

Sebagai seorang Muslim/ Muslimah, sememangnya inilah nikmat yang sangat besar diberi Allah.

Bayangkan sahaja, jika tidak dilahirkan dalam keluarga yang Islam.

Bagaimana susahnya pula untuk menerima hidayah dari Allah untuk mendapatkan cahaya Islam, kemudian mungkin menghadapi tentangan dari keluarga, hidup dalam kesusahan dan sebagainya.

Semuanya ujian yang diberi Allah, sebelum diri itu diterima dalam Islam.

Tetapi yang lahir dalam keadaan semula jadi Islam ini, kadang-kadang terleka.

Leka dengan kemudahan yang telah disediakan oleh Allah.

Dan ada pula sesetengah hamba Nya yang masih cuba untuk berpaling dari nikmat yang diberi ini.

Marilah kita sama-sama bersyukur dengan nikmat Allah ini.

Wallahualam.

"Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pesongkan hati-hati kami kepada kesesatan sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami rahmat dari sisi Engkau. Sesungguhnya Engkau Maha Pemberi." ( Ali Imran: 7)