Nov 3, 2013

Masa itu akan terus pergi.

Tambah tolak darab bahagi, masa terus berjalan. Pergi, pergi dan pergi.. Meninggalkan manusia yang tidak mengisinya dengan sempurna. Begitu juga masa telah pergi meninggalkan aku yang kelalaian.

Bagi aku, yang sifatnya suka kan realiti. Sudah tentu aku teruja dengan alam pekerjaan. Yang mana aku boleh melihat sendiri dengan mata  kepala bagaimana sesuatu produk itu berfungsi dan dihasilkan. Bukan lagi teori buku yang aku perlu berfikir dan membayangkan bagaimana sesuatu perkara itu berfungsi.

Bukan teori itu aku maksudkan tidak baik, tp bagi insan seperti aku yang perlu belajar dari teori baru pergi kepada praktikal, aku merasakan payah. Lebih senang aku melihat sesuatu praktikal terlebih dahulu, sebelum aku memahaminya secara teori. Mungkin, suatu hari nanti aku harapkan adanya reversed dalam sistem pembelajaran.

Dan kerana itu, aku perlu belajar kembali sekarang demi lebih memahami mengenai produk yang tempat kerja aku hasilkan. Kalau dahulu, aku benar-benar faham mengenai medan magnet dan teori elektromagnetik, mungkin sekarang tidak perlu aku menggoogle mengenai basic dc motor. Tidak perlu lagi aku berazam untuk mentelaah dimalam hari, setiap kali aku tidak memahami sesuatu perkara diwaktu kerja.

Dan lebih merumitkan keadaan, malam ku akan terus berlalu tanpa kusedari terlena dibuai mimpi. Siapa yang harus aku salahkan? Sistem pendidikan yang melebihkan teori? Pekerjaan yang diluar bidang pembelajaran? Kerja yang memerlukan kerahan tenaga dan otak yang memenatkan aku dimalam hari?

Heh..

Jangan mudah menyalahkan.

Pandang diri sendiri dalam cermin, dan ungkapkan kata "kau yang bersalah!"

Kemudian pergi ke dapur dan bancuhkan kopi. Sila study!!

Assalamualaikum~~


Oct 5, 2013

Allah perancang terbaik.

Perancangan Allah, tak siapa boleh duga.

Namun, perasaan syukur atas apa yang telah Allah aturkan itu perlu ada.

Hidup selama 24 tahun. Setelah mengenal erti hidup (dewasa), tidak pernah sesekali aku berani mempersoal "Ya Allah, mengapa Kau beri jalan ini kepadaku." Kerana keperluan yakinnya kita dengan ketetapan yang telah aturkan untuk setiap hambaNya.

Tahun lepas, dalam 3 bulan (June 2012 - August 2012) bermula fasa praktikal di Hicom-Honda Sg Petani. Waktu tu, alam pekerjaan untuk diri sendiri berada pada tahap blur. Ditempatkan di Department yang diberi nama Engineering, aku confius, Machining Department tu bukan Engineering juga ke? Tapi tak mengapa, waktu tu follow the flow je.

Department Engineering ni, ada 3 orang Engineer yang aku tak pasti saban hari, apa yang diorang dok sibukkan di "kubikal" masing-masing. Tapi masa itu memberi jawapan satu persatu. Sedikit demi sedikit mula memahami bidang kerja Department Engineering. Iaitu mereka perlu develop new product. Kilang Hicom-Honda di Sg Petani merupakan kilang yang membuat atau produce engine motor Honda. Jadi, bagi model-model baru untuk motor Honda, kilang ini lah yang akan tahu terlebih dahulu.

Process-process yang dibuat, aku hanya tahu secara kasar. Design datang dari Japan, disalurkan melalui Department Engineering, kemudia process mendokumentasi data, maklumat, drawing, part, harga semua akan diprocess oleh Engineer bahagian ini.

Dan pada waktu itu, aku masih confius, kemana ilmu-ilmu engineering yang selama ini aku belajar perlu disalurkan? Noktah. Persoalan yang tidak aku dpt jawapannya sampai habis praktikal.

26 Ogos 2013, memulakan fasa hidup baru. Seperti mimpi dalam lena nya tidur. Fasa menjadi pelajar sudah tamat. Di letakkan dibawah department R&D, aku keliru lagi. Title Technical Engineer diberikan. Dan, sekali lagi, persoalan itu keluar. TE merupakan engineer yang bertanggungajawab dalam process RnD. Develop produk-produk atau model-model baru untuk pasaran akan datang.

Aku termenung. Memikirkan bagaimana Allah mengaturkan perjalan setiap insan. Sungguh rapi dan cantik. Aku telah diaturkan untuk mengenali dunia pekerjaan ku kini, sejak dari zaman praktikal. Skop kerja yang pada waktu itu, tidak begitu aku gemari dan fahami.

Sungguh, aku sukakan bidang production ketika zaman belajar. Decision science, Production Planning and Control, Queing Analysis, ini antara kegemaran (walau dgn result y tidak gah). Tetapi mungkin, bersebab Allah halangi aku berada dijalan itu. Dari dua company yang aku lihat, production lebih banyak dipegang kaum adam. Entah, tp yang pasti aku yakin jalan yang Allah berikan ini.

Semakin hari, semakin jatuh cinta. Ewah.. haha.. Okey, semoga Allah memberkati kerja yang dilakukan. Amin...

May 14, 2013

SAMAN

Saman yang aku nak komen disini hanyalah dari skop pelajar UIA sahaja. Sebabnya, isu ini tengah hangat didalam UIA semenjak seminggu dua ini.

Kes terbaru yang membuatkan sesetengah pelajar UIA angin, adalah saman kerana tidak mempamerkan kad matrik ketika berada didalam kampus.

Aku tahu, memakai matrik kad didalam kampus adalah kewajipan yang telah diberitahu semenjak semester pertama tahun satu lagi.

Namun, perkara ini tidak menjadi budaya pada ketika itu dan pihak atasan juga tidak terlalu mengambil berat mengenai hal ini (ketika itu @ dahulu).

Oleh itu, sememangnya pemakaian matrik kad bukan merupakan budaya UIA ketika itu. Namun, satu perkara yang aku perasan adalah, pada semester ini, terpamer banner yang bertajuk Knowing Me, Knowing You.

Dan aku tahu, motif banner dan kempen itu adalah menyarankan pelajar-pelajar memakai kad matrik ketika dikampus. Dan aku tidak mempunyai masalah dengan kempen itu, kerana bagi aku pemakaian memakai kad matrik didalam kampus merupakan satu budaya yang baik.

Namun, banner itu hanya tergantung disetiap mahallah tanpa adanya sebarang notis mengenai menguatkuasaannya. Dan aku melihat, pelajar-pelajar masih tidak memakai kad matrik ketika dikampus.

Secara tiba-tiba, dalam seminggu dua ini, pelajar-pelajar telah dikejutkan dengan operasi dari pihak atasan yang menyaman pelajar yang tidak mempamerkan kad matrik mereka.

Dan aku merupakan salah satu mangsa. Sungguh, tak ada sekelumit rasa marah pon disaman. Kerana aku tahu undang-undang ini telah lama, tetapi hanya tidak dikuatkuasakan.

Namun, terdapat sesetengah pelajar yang sememangnya tidak berpuasa hati dengan perkara ini. Terutama, saman-saman yang dikenakan berlaku selepas waktu pejabat.

Sejak disaman, sememangnya aku mengambil pengajaran. Kad matrik mula digantung setiap kali aku ingin melangkah keluar dari mahallah.

Tetapi, terdapat beberapa perkara yang masih samar-samar dipenglihatan aku. Iaitu, apakah waktu-waktu yang diwajibkan memakai kad matrik, dan dimanakah tempat-tempatnya?

Secara relevant  adakah pemakaian kad matrik itu perlu untuk seorang pelajar yang hanya ingin melangkah ke  cafe mahallah sendiri ketika berpakaian tidak formal a.k.a baju tidur (yang masih menutup aurat)? Kelakar jika dibayangkan.

Jadi, aku merasakan pihak atasan perlu memerincikan lagi mengenai pelaksanaan kempen ini. Saman secara tiba-tiba juga merupakan satu perkara yang bagi aku tidak sepatutnya dilakukan.

Pertamanya, pihak berkuasa harus maklum bahawa pemakaian kad matrik ini bukan budaya pelajar. Dan langkah untuk menjadikannya sebagai budaya, sememangnya mendapat sokongan 100% dari aku. Tetapi, satu pengumuman ataupon penghebahan mengenai perkara ini perlu dilakukan terlebih dahulu sebelum tindakan diambil.

Penggantungan banner-banner itu tidak boleh dikira sebagai hebahan kerana ianya digantung secara tiba-tiba tanpa diterangkan kepada pelajar.

Jadi, keluarkan terlebih dahulu notis, yang menyatakan pelaksanaan kempen akan dilakukan berkuatkuasa dari sekarang. Beri tempoh untuk pelajar membiasakan diri (cukuplah walau hanya seminggu atau dua tiga hari), dan selepas tempoh itu, maklumkan bahawa sesiapa yang dijumpai tidak memakai kad matrik, akan dikenakan tindakan.

Kemudian, perincikan maklumat mengenai kawasan-kawasan yang memerlukan pelajar mempamerkan kad matrik seperti ketika keluar masuk main gate kampus, keluar masuk gate mahallah dan kawasan-kawasan akademik. Sekiranya pemakaian kad matrik masih perlu walau hanya untuk ke cafe sekali pon, maklumkan kepada pelajar (even tak berapa relevant). Yang penting, pelajar maklum dan tahu mengenainya.

Saman yang dilakukan secara tiba-tiba aku lihat amatlah tidak adil kepada pelajar-pelajar. Umpamanya, menghukum seseorang yang tidak tahu mengenai kesalahannya. Banyak yang aku lihat mempamerkan ketidak puasan hati mereka di facebook group IIUMONLINE. Jadi, diharapkan pihak-pihak wakil pelajar dapat menangani perkara ini dengan segera.

Bukanlah dengan tidak menyokong pelaksanaan pemakaian kad matrik, tetapi pastikan cara pelaksanaan yang dijalankan itu betul.

Sekian~