Apr 4, 2013

Handphone

Assalamualaikum..

Sekarang dah pertengahan semester 2 2012/2013. Iaitu my final semester.

Dan, Final Year Project masih ditahap yang sama seperti ditinggalkan hujung semester lepas.

Sebab?

Bukan tak mahu buat, tapi stuck. Macam not doable. Nak berpatah balik macam dah tak sempat.

InsyaAllah, akan teruskan juga, tapi twist sikit.

Pandai-pandai je lah.

Tapi harapan nak dapat A tu macam susah dah la. Well, akan tawakal dan tetap buat yang terbaik.
_____________________________________________________________________________

Well, niat dihati nak tulis blog bukan untuk menyerabutkan fikiran.

Tapi nak welcome new thing in life. Hahaha.

Say big Hi tu my Nokia Lumia 620.

Tak ada gambar. Malas nak letak. Orang kata boleh snap screen shot kat handphone ni, tapi aku tak reti. haha

Hasil kerja untuk 2 bulan. Habis dah dilabur dekat dia.

Well, I am a big fan of Nokia.

Even performance Nokia sekarang dah turun. Tapi, tak tau lah kenapa suka sangat dengan Nokia.

Tak pernah lagi seumur hidup pakai handphone lain. hehe

Start dengan Nokia 3310


 lepas tu tukar Nokia sabun 2nd hand,


 lepas tu Nokia ape tah. Pakai sekejab je coz tak best sangat.



Then tukar Nokia Supernova yang hilang,


ganti pula dengan Nokia X3-02.



Finally, goes to smartphone Lumia 620.


Dah macam generasi talifon dah rasa. haha.

Jan 31, 2013

Monolog dengan diri sendiri.

Assalamualaikum.

Memandangkan cuti berbaki 4 hari lagi, maka seram sejuk sem baru dah start datang.

Tekak kepanasan sekejab serak menjadi suara macho. Hidung berair kepala pon pusing-pusing.

Semester baru, subjek baru, ilmu baru, masalah baru.

Classmate sahaja semua muka-muka lama. hahaha

Dunia facebook telah lama ditinggalkan.

Melahirkan diri sendiri ke dunia twet-twet pula.

Tapi........................................

Apa guna kau tutup facebook tapi masih berperangai sama di twet-twet ini?

Ermmmmmm................

Pandai-pandai fikir dan jawab balik dekat diri sendiri. FAHAM?

Mungkin, masalah mengupdate status tidak bertujuan itu tidak kritikal tetapi masih, kau sebok mengikuti kisah-kisah hidup orang.

Minda belakang berkata yang tujuannya untuk mengambil iktibar dari kisah orang lain.

Merefleks diri dari apa yang mereka perkatakan.

Ya, mungkin minda belakang kau tu betul. Tapi pembaziran masa itu yang salah. Menghabiskan masa secara tidak lansung didunia yang banyak mudarat dari baiknya.

Hurmmmmm.............

Tapi boleh la mengikuti kisah orang tu?

Boleh, tetapi jangan sampai menjadi membuang masa.

Baik bos!!!

-Dah jom start FYP II!!!!!!

p/s : marah diri sendiri tu bagus. ha3

Jan 28, 2013

Bakal ibu mertua

Assalamualikum..

Sekarang dah jarang sangat-sangat menulis blog.

Sampai typing skill pon dah menurun.

Bukan tak nak, tapi rasa macam buah fikiran sendiri dah hilang.

Dah tak merasa apa pendapat sendiri mengenai sesuatu isu itu apabila dibicarakan.

Lebih senang berdiam diri.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------

Satu isu yang sangat panas untuk golongan siswa ataupon pemuda yang berusia 20-an, iaitu jodoh ataupon kahwin.

Kalau boleh memang tak nak sentuh lansung bab ni dekat blog sendiri.

Tapi lastly terfikir, tulis sahaja apa yang kau nak tulis. Kalau tak, makin sepi lah blog ni.

So, tulis juga.

Tapi bukan nak berbicara pasal jodoh sangat.

Lebih kepada bakal keluarga pasangan.

Bagi perempuan, of coz la orang yang paling seram untuk dia jumpa adalah bakal mak mertua dia.

Jadi, nak tanya. Skill mengambil hati orang tua tu dah complete ke belum?

Aku rasa ini benda pertama yang paling penting kena ada if gadis itu berfikir dah bersedia untuk berumah tangga.

Jodoh akan mudah dicapai apabila kita complete dengan skill ni. haha. Percaya tak?

Bayangkan , kita kemana-mana, then jumpa dengan m.cik yang ada anak lelaki.

Dan kita sangatlah pandai berbual atau ambil hati m.cik tadi tu.

Orang tua, biasa lah kan? Mungkin terdetik kat hati dia, "bagusnya la Amira ni, boleh buat menantu." keh3.

So, nanti m.cik ni akan keneng-kenengkan kat anak dia.

Jadi, dah datang satu peluang untuk berjodoh terbuka.

Datang dengan pakej. Yang lelaki tadi akan cuba kenal, dan familynya pon dah kenal.

Dan cara ni pon aku rasa lebih diberkati sebab melalui family.

Tapi, kadang-kadang manusia ni lain.

Tiap ape yang positive dan baik tu, mesti last-last tukar jadi negative juga.

Kena la ingat, kita tiap kali berjumpa m.cik atau p.cik dekat luar tu jangan la buat baik semata-mata dekat mulut.

Ramah yang amat, tapi sekadar berbasi-basi.

Hati tu kena ikhlas nak beramah. Ikhlas dalam menunjukkan keprihatinan.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Erm, kenapa aku tiba-tiba berbicara pasal ni ek pagi-pagi ni? -_-!!

Jom la start study.

p/s: pengolahan untuk tajuk ini mungkin tak menarik sebab aku tak pandai. Tapi isu tu aku rasa sangat penting untk difikirkan. Jadi, fikir-fikir kan la ye. ^^