Sep 8, 2011

IpanelOnline bagi duit Raya

Saye pernah cerita pasal IpanelOnline satu masa dulu dengan korang kan?

Hari ni saye nak bagi laporan mengenai ipanelonline yang telah saye jalankan.

Tujuannya just nak bagi bukti yang ipanelonline ni memang satu cara yang betul dan bukan tipu semata-mata.

Ini merupakan akaun Paypal latest saya. Dah ada dalam RM50++



Saye tahu nilai ni tak tinggi. Tapi cukup la kan untuk membuktikan kepada rakan-rakan kan?

Bagi yang masih tak tahu, ipanelonline ni berfungsi dengan memberi ganjaran berbentuk point kepada ahli yang mendaftar selepas melengkapkan servey yang diberi.

Kiranya dengan ipanelonline ni kite tak perlu nak promote link macam says.my dengan churp-churp. Yang perlu dilakukan adelah menjawab servey dengan jujur. Bila dah selesai menjawab servey, kita akan diberi mata seperti yang telah dijanjikan.

Mata ni kemudian kita boleh tukar ke dalam bentuk wang tunai.

Macam yang telah saye dapat ni la.

Cumanya, wang itu akan dimasukkan ke akuan Paypal yang berfungsi macam akaun bank. Jadi, yang tak ada akaun paypal lagi, kena la buka satu dulu. Tak pe, free je.

Nak tahu lebih lanjut menyenai ipanelonline ni, korang boleh rujuk post yang saye dah terangkan lepas disini dan sini.

Yang nak mendaftar dan cuba-cuba pon, boleh ke sini.

p/s : Jangan risau, tak ada risiko pon join benda ni. ^_^

MAt Lutfi : made by malaysians

Bila dah tengok video Mat Lutfi ni kat youtube tadi, terus rasa macam nak buat entry penghargaan.

Kalau la saye ni seorang penaja pertandingan video sayasukaMalaysia macam yang petronas buat, memang tak ade fikir-dikir dah. Inilah dia video yang terbaik yang patut menang.

Tak cukup dengan tu, i'll upload video ni dekat semua channel tv as Ads Hari Malaysia yang terbaik.

Kalau kita tengok, apa yang disampaikan oleh Mat Lutfi ni rasanya ramai orang dah fikikan.

Tapi yang impress nye adalah, macam mana si Mat ni boleh express kan maklumat tu dan sampaikannya dengan cara yang simple dan ringkas.

Dengan video yang mengambil masa lebih kurang hanya 6 minit ni, Mat Lutfi berjaya buat orang ramai faham dan jelas dengan maksud sebenar saya anak Malaysia.

Terima kasih juga dekat semua yang joint Mat Lutfi punya idea nak buat video tu. Malu dengan diri sendiri sebab hanya menjadi penonton semata-mata.

Cakap banyak pon tak guna jugak kan.

Ape kate korang tengok sendiri video ni dan hayatilah maksud sebenar Malaysia.

Dan terima kasih kat Mat Lutfi yang buat video sebaik macam ni. ^_^


Sep 7, 2011

Cerita Raya

Just about 4 days left before i begin with my new semester.

Tak sangka cuti sepanjang 2 bulan lebih ni dah berlalu dengan jayanya.

Tak sangka jugak dah berpengalaman berpuasa sebulan genap dekat rumah.

Kalau imbas balik, 2 bulan ni ape yang saye dah buat ye?

Menghabiskan duit even tak keluar rumah.

Camne tu? haha

Menyesal coz gatal sangat pergi purchase additional volume braodband. Sampai RM100 pulak tu.
Sekarang padan muka coz dah kena bayar balik. So, duit raya dah minus RM100. Lepas ni, takkan buat dah.

Cerita Raya?

Raya pertama just duduk rumah, bergambar dengan family dulu, bermaaf-maafan. Dah habis, baru balik kampung. Sedare-sedare lain tak sampai lagi. So, dok rumah tunggu tetamu datang jelah.

Raya ke-2, buat konvoi 3 kereta pergi beraya rumah sedara-sedara. Melawat adik beradik arwah tok dengan tok wan. Dalam 3 buah rumah kot. Perut masing-masing, tak perlu nak cerita lah kan. hehe

Raya tahun ni jadi best coz malam raya ke-3, my big family buat BBQ kat kampung.

Wah2, excited sebab semua family belah mak dapat berkumpul bersama. Bakar ayam dengan ikan kat belakang rumah. Sambil kene hurung nyamuk. Macam hutan amazon, kita p masuk serah diri kat nyamuk-nyamuk tu. Serius, pertama kali sepanjang hidup ni, nampak nyamuk sebanyak tu.

Raya ke-4, masing-masing dah bertolak balik rumah masing-masing. So, kira macam raya ke-4 tu dah jadi penutup hari raya for me.

Peristiwa Raya yang tak boleh lupa?

Terpecahkan balang kueh kaca mak. Ahaha. Tah sape punya kerja yang tak tutup balang tu rapat-rapat. Angkat pegang penutup je, so BAANNGGG!!! Balang pon jatuh berkecai. Nasib tak kena marah. :p

Duti raye?

Ni paling best. Tak sangke mak nak bagi duit raye lebih. Sebab tolong cat rumah and buat kueh kot. hehe. Tahun ni ada tambahan si pemberi duit raya. Abang sendiri, coz dia dah kerja. ahaha. Total semua? Rahsia.. hehe.. Dalam RM300++, tak tolak dengan bayar broadband tu. Hurm, rugi-rugi. Kecik-kecik dulu pon, tak de dapat sebanyak ni.

Lagi-lagi??

Ape lagi ek. Dah tengok pic raye? Saye anak ke-2 dalam keluarga tapi dari segi ketinggian, saye mendapat tempat ke-4 daripada 5. Urgh, adik-adik sangat nak melawan ketinggian ku. Tapi tak pe, at least ni yang terbaik coz i still get duit raya. haha

Bersyukur coz dapat beraya bersama keluarga tercinta. Tanpa terkurang seorang pon ahli. Nikmat Allah, sememangnya kita perlu bersyukur dengan nikmatNya yang tak terhingga ni kan.

Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin untuk semua.

Big Family
Selamat memulakan hidup baru untuk semester baru ye rakan-rakan. ^_^