Aug 13, 2012

Jari panjang dan motif?

Aku rasa, iklan yang paling aku tak faham adalah iklan jari panjang.

Setiap kali terlihat iklan itu dikaca tv, sepenuh tumpuan cuba diberikan.

Cuba mencari motif yang ingin disampaikan.

Dan sekali lagi, aku gagal.

--------------------------------------------------------------------------


Dalam kehidupan manusia, datang dan pergi itu merupakan satu lumrah yang pasti.

Ada insan akan hadir, dan ada juga insan yang akan pergi.

Sampai masa, aku juga akan pergi.

Lelahan Emosi

I'm losing my spirit.

Rasa tak nak buat report.

Rasa dah malas nak pergi kerja.

Even saya bebas menjelajah kemana sahaja dalam kilang tu, bebas untuk meneroka dan bertanya apa sahaja, saya tetap merasa tidak bersemangat.

Mungkin kerana persediaan fizikal dan mental yang masih kurang mencukupi.

Mental untuk menghadap sebilangan ahli-ahli operator dibahagian production yang memerhati apabila terlihat wanita lalu dihadapan mereka.

Hal ini tidak boleh disalahkan kepada mereka, ini mungkin kerana selama ini, operator dikilang ini 100% lelaki, kaum hawa diserap hanya apabila tahun ini bermula.

Mental yang perlu bijak untuk berbual bersama ahli-ahli staff dan rakan sekerja pabilamana, sebelum ini saya tidak pernah berada dialam pekerjaan.

Emosi untuk memerah otak memikirkan ayat-ayat yang puitis untuk dizahirkan kedalam log book.

Emosi untuk berhadapan dengan sahabat-sahabat yang kepelbagaian.

Ya, ini semua dugaan Allah.

Untuk melihat sejauh mana aku bersahabar setelah panji-panji keazaman untuk bersabar itu telah disematkan.

Saya akan terus mencari nilai-nilai positive atas apa yang telah berlaku.

Mencuba untuk bersangka baik atas kehendak Allah dan membuang rasa curiga dihati ini.

Amin~

Aug 11, 2012

Tidak tahu dan tidak peduli

Kadang-kadang.

Rasa bersalah bila terpaksa memekakkan telinga dan membutakan mata atas apa yang berlaku.

Terpaksa berpaling muka memandang ke arah lain.

Tetapi Allah.

Aku terpaksa.

Tidak tersanggup hati ini mendengar dan melihat apa yang terjadi pada saudara-saudara ku.

Sayu hati.

Melihat mereka diperlakukan begitu.

Diperlakukan ibarat nyawa mereka lansung tidak ternilai.

---------------------------------------------------------------------------------------------

Begitu juga untuk didalam negara sendiri.

Bukan aku tidak mahu mengambil tahu.

Tetapi hati begitu lelah, melihat permainan politik negara.

Sehingga jemu tidak tahu yang mana satu.

Terlalu banyak fakta dan auta yang lahir.

Membuatkan jiwa ku keliru.

Dan ini kembali membawa kepada aku yang tidak mahu ambil tahu.

Maafkan aku Ya Allah.

aku hanya insan kerdil yang rapuh.

Yang juga lemah.

Mudah keliru dan lelah dengan apa yang telah berlaku.

Moga kau sentiasa memelihara diriku dan juga saudara-saudara seIslam dengan ku.

Amin~