Nov 8, 2011

Review Taare Zameen Par - Every Child is Special

Mentang-mentang cuti. Banyak movie yang nak review ye. haha

Taare Zameen Par merupakan satu lagi filem lakonan Amir Khan. Kalau korang suka tengok 3 idiots, korang patut tengok juga la cerita ni rasanya.

Cerita ni mengisahkan seorang kanak-kanak istimewa. Ishaan yang mengidap penyakit dyslexia iaitu sukar untuk mengenal pasti huruf dan nombor. Malangnya parent dia tak tahu dan send dia ke sekolah biasa yang mana membuatkan dia sering dimarahi dan didenda oleh cikgu kelas kerana kelembapannya. Akibat tak tahan dengan sikap Ishaan yang ayah dia ingat dia malas belajar, ayah dia send dia ke sekolah asrama dengan harapan dia akan dididik dengan disiplin. Tapi kat situ, Ishaan mengalami tekanan yang lebih teruk kerana ketiadaan keluarga disisi terutama mak dia.

Satu hari, guru lukisan Ishaan telah pergi tah kemana, tak ingat. Dan digantikan dengan cikgu baru iaitu Amir Khan. So, kat sini la bermulanya misi menyelamatkan Ishaan. Cikgu Amir ni la yang banyak membantu dan devolope balik semangat Ishaan ni supaya kembali pulih seperti biasa. Cikgu ni lah yang mula-mula mengenal pasti Ishaan ni pengidap dyslexia.

So moral dalam cerita ni ada banyak la.
  1. setiap kanak-kanak ada keistimewaan tersendiri.
  2. jangan mendidik anak-anak mengejar keduniaan.
  3. guru kena memahami anak murid tetapi bukan menghukum.
  4. Parent kena accept keadaan anaknya.
  5. dan lain-lain.

Cerita ni actually dah tayang kat tv Sabtu lepas 5/11/2011.. Kalau tak berkesempatan nak tengok, boleh tengok kat Youtube.

Nov 7, 2011

Review Nasi Lemak 2.0

Nasi Lemak 2.0

Baru tengok petang tadi.

Mengisahkan seorang tukang masak lulusan dari Cina, yang menetap di Malaysia.

Bercita-cita mengembangkan masakan or makanan orang cina.

Dia masuk satu pertandingan, bertanding dengan kenalan di kolej time kat Cina dulu. Dulu-dulu, dia ni selalu dikalahkan oleh kenalan ni jugak.

Jadi, dia pergi la menuntut ilmu masakan. Pusing habis satu Malaysia. Last sekali macam biase la, hero akan menang. hehe

Cerita ni best sebab lawak dia jadi terutama part Afdlin ada. Memang kelakar la jugak.

1st warning, jangan espek tinggi pada cerita ni.  Jangan tengok orang dok komen-komen cerita ni sedap, kita pon fikir best la kan. Cerita ni cerita sengal, ada unsur-unsur tah hape-hape jugak, tapi bagi saye masih la boleh diterima.

Yang penting, cerita ni memang fully 1 Malaysia. Nak tengok cerita yang berkonsepkan semua bangsa, sila tengok cerita ni. Sangat-sangat sampai mesej pasal Malaysia yang pengarah nak ketengahkan.

Lagi satu, jangan terkejut dengan 1/2 dari dialog adalah bahasa Cina. Itu tak menjadi masalah sebab ada subtitile.

Gaya cerita ni memang mengarut sikit, tapi unsur mengarut yang diletakkan tu tak ada la sampai kita rasa macam orang bodoh menonton. Memang ada je part yang mengarut, tapi mesej yang nak disampaikan tu ada.

Nak tahu best ke tak, tengok sendiri dan nilai sendiri. Alrite ^^


p/s : tengok cerita ni sebab ada lakonan Adibah Nor dan Afdlin.

Nov 6, 2011

Stop blogging? Raya Haji

Mestilah tak. haha

Even setahun tak update pon, i'll not stop blogging.

Currently, student Uni yang ambil degree, dah nak start cuti semester break + cuti Raya Haji.

Ramai la balik kampung kan?

Itu untuk cerita part best la kan. Balik kampung, cuti, jalan-jalan, rehat, malas-malas.

Part yang tak bestnye, dah name pon mid, mesti la ade juga mid semester exam kan?

Haha

Mid semester exam + assignment + projek

Tapi ape kesah, name pon cuti. Lepas cuti la baru fikirkan? hehe

Akan menghabiskan cuti selama 5 hari mungkin di kampung tanpa sehelai kertas nota pon. hihi

Very like!!!

Mesti rumah masing-masing dipenuhi daging kan?

Even Raya Haji tak semeriah dan sepanjang Raya Puasa, tapi rasenye effect penambahan berat badan tu still same.

Raya Puasa (Kueh, ketupat, lemang, nasi impit) = Raya Haji (Daging fresh)

Selamat Hari Raya Haji kawan-kawan ^_^

Gambar Raya Puasa.. hehe