Oct 8, 2011

Pencuci muka pengganti ubat gigi

Seriously speaking, saye pernah tergosok gigi menggunakan pencuci muka sebagai ubatnye.

After 2 3 minit, baru perasan. Time gosok gigi tu heran jugak, kenape ubat gigi ni rase macam ubat gigi junior yang ade perisa-perisa tu.

pencuci muka sebagai ubat gigi


Then baru teringat balik yang rasenye nak cuci muka dulu, tapi tah macam mane terambik berus gigi sekali. So, maybe la maen picit je kan and terus gosok tanpa berfikir panjang.

Nak kate angau bercinta, tak penah la pulak bercinta kan. Maybe time tu pagi, so morning blues tu still menebal.

Tapi kalau fikir secara logik, pencuci muka pon ade "abrasive" material dalam die kan? So, boley la jugak buat ganti ubat gigi. Plus pencuci muka untuk cerahkan muka, maybe la boleh "cerahkan" gigi sekali. hahaha

Tah hape la dimerepekkan ni.

[mood : mengantuk, malas study]

Weekend dan mesin basuh

Weekend semester ni jadi kurang bermakna berbanding semester-semester lepas bila terdapatnya Seminar 1 hari Jumaat petang.

Bangun je pagi Sabtu, baru sibuk-sibuk nak basuh baju, kemas bilik dan sebagainya. Kalau dulu, semua kerja dah settle pagi-pagi Jumaat lagi. Sabtu dan Ahad tinggal masa untuk study, main, jalan-jalan dan lain-lain.

After berhempas pulas basuh baju mengerah kudrat yang sedikit tadi, plan nye nak mandi. Atas sebab-sebab yang tidak boleh didedahkan, menapak la kaki ni ke tingkat 3 dan 4. Sampai ke tingkat 3, ternampak sesuatu yang memang ramai student blok ni dah ternanti-nanti.

Mesin-basuh-yang-dah-boleh-pakai.

Sebelum ni mesin basuh memang dah ada, tapi tak boleh pakai sebab saluran air tersumbat. Jadi air tak boleh mengalir keluar dari mesin tu.


Tapi, mungkin disebabkan setelah hampir sebulan menanti, rase kecewa tu dah datang. Jadi, bila nampak mesin basuh ni tadi, keterujaan tu dah tiada. Memandangkan pagi tadi, dah basuh baju guna tangan juga.

Dengan semangat yang tinggi dan azam membara, saye tak akan guna mesin basuh dah. Pakai tangan pon boleh je hidup sekarang. At least, RM 10 dan boleh dijimatkan sebulan. Memandangkan mesin ni menelan RM2.50 untuk sekali basuh. Seminggu sekali x 4 minggu = RM10 kan?

So, cukup bebelan untuk pagi ini. Nak pergi SKEM, booked jadual memandu kereta pulak.



Oct 7, 2011

Handphone pouch and strap

Just a few words here.

Posting ni dibuat khas sebagai sedikit penghargaan untuk Rue's Crochet sebab dah buat satu hp pouch yang sangat cantik untuk saye. 


Katenye, time buat pouch yang ni, dia dah improve dalam kualiti. hehe. Tapi, memang kualiti yang Rue buat ni okey, kemas je.

Saiz ukuran pon memang tepat. Memang muat-muat masuk. Menepati citarasa saye sebagai pelanggan. Time tempah dulu, memang dah request siap-siap nak bagi ketat sikit supaya tak longgar. And Rue buat exactly macam yang saye minta.


Lagi satu yang best, pouch ni tebal.. Tak percaye tengok la picture yang atas ni. Kalau jatuh pon, saye rase hp saye akan masih selamat.Sebab tebal, dan benangnya pula adalah benang kait, so rase macam kalau jatuh, pouch ni akan serap hentakan yang berlaku.



Hp strap ni dapat free. Rasanya sebagai hadiah untuk 25 orang pertama yang "like" page ni dekat facebook kot. Tapi, suke sangat sebab Rue buat khas satu set warna dengan pouch. So, rase macam sangat menarik.



Dah tengok semua picture kat atas ni. Cantik tak?

So, having this new pouch dah buat saye rase macam pakai hp baru semule. hehe

Tahniah Rue coz dah makin improve dalam seni mengait. hehe

Kalau korang rasa nak jugak beli hasil-hasil kaitan ni, boleh la tempah kat Rue.

Rue bukan sahaja mengait hp pouch dengan  strap tapi juga macam-macam produk yang lain.

Nak tahu, singgah la sendiri blog dia.

^_^