Oct 6, 2011

A bestfriend


Entry ni memang khas untuk seorang sahabat baik.

Mesti nanti die rase saye jiwang kan? Tibe-tibe feeling-feeling macam ni.

Biarlah. haha

Saya hanya nak menyampaikan bagaimana saya rasa sangat bersyukur kepada Allah kerana mengurniakan kepada saya seorang sahabat baik.

Sahabat baik yang sangat-sangat rapat.

^_^

p/s : kawan baik saye perempuan tau.


Oct 4, 2011

Teh Tarik Finder

Dunia tanpa sempadan sekarang dah melangkah setapak lagi kehadapan. hihi

Ape lah yang direpekkan pagi-pagi ni.

Okey, just nak kongsi satu cerita.

Korang semua suka minum teh tarik? Suke lepak-lepak kedai mamak?

Sekarang saye nak introduce satu application facebook baru.

FnN kot yang buat application ni. Namenye Teh Tarik Finder.

Ape ceritanya? Application ni membantu korang mencari kedai teh tarik yang berdekatan dengan lokasi korang.





Ha, kan dah cakap. Teknologi sekarang dah melangkah kehadapan. Nak minum teh tarik pon, boleh tengok lokasi kat facebook.

Nak tahu lebih lanjut? Jom ke website nye.


Use this app to locate the nearest Teh Tarik outlets and also schedule TTS (Teh Tarik Sessions) with your friends. A true Malaysian experience brought online!

Oct 2, 2011

Wind of change

After week by week waiting dengan harapan palsu yang wireles UIA ni akan muncul kembali laju seperti biasa, ternyata membawa kepada kekecewaan.

Tapi, terlihat satu hikmah besar yang jarang-jarang menjengah. Walaupon rase geram and stress tak dapat nak download "Running Man" dan "Vampire Diaries season 3", but still saye masih mampu menahan diri. haha

So, maknenye dah lame la tak tengok running man tu.

Hidup pon dah kurang bergantung kepada internet. Hari-hari aktiviti yang sama tapi terisi, tanpa melangakan diri tengok cerita berjam-jam, online facebook, youtube dan juga lagu-lagu.

Paling best, tiap-tiap petang dapat menampar bulu tangkis kuat-kuat (badminton). haha. Puas je rase. Malam tak payah susah-susah nak tido, cukup jam 10 11, confirm mate dah mengantuk. Tinggal nak sorong bantal je.



Hope, semester ni akan lebih baik dari semester lepas. Masa-masa yang berlalu harap mempunyai pengisian yang bermakna.
Antara input ceramah malam tadi (30/9/2011) :

4 perkara yang penting dalam hidup (macam yang pernah diajar dalam kelas UNGS) :
  1. Iman
  2. Ilmu
  3. Amal
  4. Ikhlas

4 soalan yang sentiasa kita tanya pada diri kita :
  1. Berapa umur / sepanjang umur ni apa yang telah kita buat?
  2. Apa perkara yang kita telah buat semasa kita masih muda?
  3. Apa yang kita buat dengan harta kita?
  4. Adakah kita mengamalkan ilmu yang kita ada?

Ini hanya intipati, mungkin tak tepat sangat dengan apa yang disampaikan oleh penceramah. Keadaan persekitaran tidak mengizinkan diri untuk mendengar dengan jelas. Maaf kalau ada yang tersalah.

^_^

p/s :: Masalah dengan manusia tak akan pernah habis untuk difikirkan. Jadi, jangan fikirkan sangat mengenainya, tenangkan diri lapangkan dada. BERDOA.