Jun 18, 2024

Abah

 Assalamualaikum diri sendiri.

Siapa sangka..
Tak pernah terlintas..
Tak pernah terfikir..
Tak pernah terdetik sedikit pon.

Aku ingat, hari-hari aku akan berlalu dengan melihat mak ayah yang semakin tua..

Akan berlalu dengan aku akan menjaga kebajikan mereka, memenuhi keperluan mereka.. Melihat depan mata sendiri mereka semakin lanjut usia.. mungkin sampai level aku akan sorong kerusi roda diorang bawak pusing pasaraya beli barang.

Tapi itu lah, siapa sangka..
30 April 2024, abah pergi.
Tanpa warning, tanpa hint, tanpa diduga sikit pon..


Abah,

Kakak minta maaf dekat abah. Minta maaf sangat-sangat sebab ingat abah sakit biasa-biasa. Tak tahu yang abah betul-betul sangat sakit. Tak tahu yang abah menanggung sakit kronik sorang-sorang. Minta maaf sebab kakak tak alert.. Kakak ingat abah sakit sama macam dulu.

Hari terakhir abah dekat rumah tu, sempat suap abah makan bubur.. Tapi kakak tak tahu, abah sedar ke tak time tu. Abah macam sedar tak sedar. Kakak minta maaf sekali lagi sebab tak alert.. Last abah makan, buah naga.. tu last makanan yang masuk mulut abah. Lepas tu abah dah tak sedar.

Dekat hospital, sekali lagi kakak minta maaf.. Kakak tak jaga abah setiap masa.. Kakak tinggal abah, pergi kerja.. Padahal, abah rupanya dah nak pergi.. Kakak minta maaf kakak tinggal abah sorang-sorang. Dalam keadaan abah rupanya tengah berperang dengan sakit dalaman abah.

Sepanjang kakak jadi anak abah, kakak minta maaf kalau kakak tak menjadi anak yang baik untuk abah. Minta maaf kalau kakak masih banyak kekurangan sebagai anak. Kakak tahu, abah mengabadikan sepanjang hidup abah untuk kerja supaya anak-anak abah ni boleh belajar.. Abah bekerja tanpa penat lelah, tak pernah kakak dengar abah merungut sikit pon sepanjang hidup abah..

Abah tak sempat pon nak menikmati masa tua abah.. Abah baru habis kerja 4 tahun lepas.. Lepas setahun, bertubi-tubi abah kena uji dengan penyakit.. Minta maaf abah, andai kakak tak cukup membantu abah.... minta maaf seandainya abah tak merasa bahagia....

Al-Fatihah (dibaca)

Dec 25, 2023

Dulu 2015

 2015

Satu saat, satu kenangan, satu sentakan.

Andai teringat satu saat tu, ngilu hati ni tak pernah hilang. Mungkin tak kan pernah hilang.

Ngilu, pedih, terasa ke hulu hati.

Walau pon sekarang hati lebih tenang, hidup lebih redha, tapi ngilu itu tak pernah hilang jika teringat.

Dia macam satu trauma, dan hukuman kepada hati.

Hati yang dahulu jahat, mungkin ini karma yang Allah balikkan.

Hati yang pernah meyakiti, dan hati yang disakitkan.

Allah, jangan biar kenangan ini hilang. Biar terus difikiran, agar aku tidak pernah lupa pada pengajaran.

Terima kasih Allah..

Hey, its End of 2023

 Hi..


Dah penghujung 2023.
Malam ni, rasa sepi. Satu rindu yang tak terungkap.
Satu rindu pada perkara yang tak mungkin kembali.
Dulu tak pernah pon terfikir benda ni akan jadi sesuatu yang akan aku rindukan.
Sebab dulu aku bodoh. Tak menghargai. Ego. Tak bersyukur.

Nikmat persahabatan yang waktu tu aku rasa mengongkong, kini jadi sesuatu yang aku rindu. Dah terlambat.........



Manisah,

Naskah ni untuk awk.
Minta maaf segala salah silap sepanjang kita kenal.
Salah silap bila mana aku sombong. Aku abaikan persahabatan kita.
Percayalah, kini awak adalah satu sahabat yang aku rindukan sehingga sebak dihati, tertitis air mata. Terkenang kenang di fikiran.


Tak tahu kenapa, rasa bersalah ni tak pernah hilang walau berkali-kali ampun diminta dan berkali awak hulurkan kemaafan.
Mungkin sebab dosa dan biadap itu terlalu banyak.

Terima kasih untuk sekali lagi memberi peluang untuk kembali bersahabat. Kembali berbual dan berbicara seperti dulu. Walaupon suasana tidak lagi sama, tetapi itu dah cukup.

Kehadiran ke teratak ini, memberi seribu makna. Memberi satu kenangan baru, kemanisan baru. Nafas baru.

Tahniah untuk kebahagian keluarga kecil awak. Aku doakan kebahagian itu sentiasa kekal sehingga ke akhir hayat. Disisi Fendy, disisi Uwais, dan di sisi hati aku. Walau dari jauh, doa tak kan pernah putus untuk awak.

Akhir kata, rindu ini tak akan pernah putus. Tapi biarlah aku rindu dari jauh. Ada usia yang panjang, InsyaAllah aku akan pastikan kita tetap keep in touch. Aku akan pastikan, andai keresahan melanda, aku akan sentiasa disisi.

InsyaAllah.

Jul 30, 2022

2022 July Infected with Covid-19.

Who knows, after 2 years virus Covid-19 attacking the earth, on the 3rd year I am infected.

Started 3 days ago, feeling hot and sore throat. Went to the clinic as I feel unable to work, doctor give medication with advise to do the self test kit again the next morning. 


So yesterday, I woke up and do the test. Appear 2 line which indicate as +ve. Went to the clinic to confirm and yes. Result remain +ve. As per HR my conpany inform, required to quarantine for 4 days.


Today I fill better. No more fever. Only coughing and head ache. Hope I can get better by next Monday.Today is Saturday, so I have 1 more day left to rest.


That's all. Just to update that I am finally infected with this virus.

2021

Jangan abaikan langit, hanya kerana bintang bersinar

Kerana tanpa langit yang kosong, bintang itu tiada apa

Amal itu pengharapannya kepada pahala

Jangan biarkan ia menjadi dosa


Nov 18, 2021

2021

Hai, 

Haha. Aku kembali setelah setahun. 

Covid19? 
Masih ada bersama kehidupan manusia. Dah declare as endemik, which wabak ni akan terus bersama manusia. Tapi manusia tetap kena teruskan hidup seperti biasa. 

Hidup aku? 
Secara ringkas, last 4 month ayah aku jatuh sakit. 
So, aku berulang alik dari Penang ke Kedah since aku je yang paling dekat. Sakit ayah aku, hempedu pecah. 

Sebab? 
Sebab saluran hempedu tersumbat dengan batu karang. Rutin hidup aku sekarang adalah ulang alik hantar ayah aku menjalani rawatan dekat Hosp Sg Petani tu. Malaysia dah open boarder sekarang, Alhamdulillah dah boleh travel antara negeri. 

Last week pon aku baru balik dari UKM. 
Hantar adik, Ayuni continue study sem 3 dekat sana. Pergi sana dengan K.wani. 
And aktiviti wajib is, jumpa Sha la dekat sana. 
Menceriakan hari-hari kitorang dengan hari-hari dia. 
Alhamdulillah, semua still sihat sekarang. 
Cumanya kawan-kawan k.wani ada conflik hubungan rumah tangga sikit. 
So, tak tahu lah nanti still boleh berkumpul macam dulu-dulu dekat Redang tu atau tak. 

 Aku? 
Masih di sini, meneruskan hidup seperti biasa. 
Masih cuba untuk berbakti kepada orang tua sehabis baik. 
 History 2019 repeat balik, aku berhenti kerja lagi. 
Aku rasa aku tak mampu nak fokus kerja dalam keadaan ayah aku tak sihat sekarang. 
Doakan aku masih boleh mencari rezeki dengan cara lain selain makan gaji.

Oct 24, 2020

Hampir Penghujung 2020

 Aku nak highlightkan, tahun ni merupakan tahun 2020.mTahun yang mana dulu-dulu waktu sekolah, selalu kena buat karangan wawasan 2020. Tahun yang mana dibayangkan telah wujudnya kereta terbang. Kecanggihan teknologi yang mana manusia mungkin dah boleh terbang.

Tapi ada aku apa yang kita dah capai sekarang, no so bad. Manusia dah wujudkan drone, kamera yang boleh terbang untuk merakam apa sahaja. Kita dah ada handphone yang telah banyak memudahkan komunikasi.

Cuma aku rasa perkara yang paling tak disangka kita akan hadap adalah wabak alaf baru. Pandemik covid-19. Wabak yang telah menjengah ke seluruh dunia. Dunia okey. Tak terfikir pon 2020 dari awal tahun, sampai ke sekarang dah end Oktober, kita masih dihantui dengan wabak ni.

Sebagai kenangan, aku nak introduce sikit hal ni di sini supanya satu hari nanti lepas segalanya dah berakhir. Aku boleh baca balik dan ingatkan diri sendiri balik.

Covid-19 ni seingat aku menyerang Malaysia hujung tahun 2019. Tapi keadaan makin teruk dalam bulan 3 yang mana waktu tu kerajaan Malaysia umumkan PKPB, Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat. Keadaan ni tak silap aku berlanjutan dekat sebulan juga.

Keadaan PKPB ni, rakyat diarahkan untuk duduk rumah, atau berkurung. Tidak dibenarkan keluar rumah tanpa urusan penting termasuk juga pergi bekerja. So sempat la aku merasa dalam 3 minggu kerja dari rumah. Memang totally duduk rumah sewa sahaja tak keluar lansung. Aku ingat, aku keluar 2 3 kali sahaja sebab nak cari bekalan makanan. Itu pon terpaksa melalui beberapa sekarang jalan raya oleh pihak berkuasa.

Kerajaan juga mengisytiharkan moritorium. Yang mana semua Loan ditangguhkan pembayaran selama 6 bulan. Jadi apa yang aku fikir waktu ini adalah ekonomi kita mungkin akan mengalami kejatuhan. Cuma Alhamdulillah, even aku bekerja dari rumah tapi gaji masih berjalan macam biasa. After 3 minggu, company start panggil balik pekerja untuk datang kerja semua ke office. Tapi semestinya keadaan dah tak sama. Few SOP berkaitan dengan pandemik ni start di implement untuk memastikan kita dapat kawal penularan dia.

So  keadaan ni dah berlanjutan sampai sekarang. Actually Malaysia dah start boleh kawal wabak ni dipandangan aku sebab after PKPB dilaksanakan, kes baru menurun sampai kan kes harian jatuh ke 1 angka sahaja. Keadaan makin teruk balik start awal bulan 10 haritu. Yang mana Kementerian Kesihatan inform, ini merupakan 3rd wave serangan. Dah hampir seminggu, kes harian mencecah 800++. Dan hari ini dalam sejarah, kes baru mencecah 1000++.

Aku berfikir juga, keadaan sekarang makin teruk tapi why kerajaan tak implement PKPB semula? Tapi fikir-fikir balik, PKPB semula pon bukan satu langkah yang membantu sebab ekonomi kita baru sahaja nak pulih after impact 6 bulan haritu. Dan yang lebih mengasihankan adalah macam mana dengan orang-orang yang terkesan dengan pendemik ni 6 bulan lepas. Tak sempat nak bangun balik kalau PKPB dilaksanakan semua.

So ini lah serba sedikit apa yang aku boleh coretkan tentang Covid-19 ni. Aku doakan keadaan akan bertambah baik dan rakyat Malaysia keep on strong untuk lawan benda ni.

Tak sangka, 2020 dah nak habis tapi rupanya kita habiskan 2020 ni dengan terpaksa kurungkan diri.


Aug 2, 2020

Depression

Penyakit ni, kalau sekadar di dengar memang kita akan rasa seperti mengarut. Tapi percayalah, sebab aku pernah merasainya.

Semua ni banyak terjadi pada aku, disebabkan oleh faktor stress kerja. Sampai satu level, meminta dan berdoa untuk terlibat dengan kemalangan on the way ke tempat kerja, supaya tak perlu pergi kerja. Sampai kan, menangis sorang-sorang dekat rumah, sampai kan tak boleh nak tidur malam.

Tapi sewaktu kejadian berlaku, kita tak sedar pon yang kita ni tengah dalam depression. Sebab keadaan waktu tu, kita dah terlalu selalu menekan diri membuatkan kita rasa terbiasa. Waktu tu kita just terfikir nak cari jalan singkat untuk escape dari tekanan-tekanan tu. Tak ada pon terfikir, next kalau dah terbuat “kemalangan” tu, nak hadle macam mana.

So climax untuk aku, bila aku dah start fikir bukan-bukan just untuk escape dari pergi kerja. Action yang aku ambil, aku terus tender resign letter. Cari environment kerja baru, pengalaman baru. Alhamdulillah, semua tu hilang dah sekarang.

Then, bila di tempat kerja baru, atau environment baru sekarang, aku akan pastikan once a month atau few months sekali, aku kena pergi bercuti. Bercuti yang tak ada la fancy-fancy sangat, just keluar dari kehidupan harian macam pergi melawat tempat-tempat yang tenang, pergi makan-makan tempat baru. Just short escape je la.

So dengan cara ni, kita akan lebih menghargai diri sendiri. Even kalau teruk-teruk sangat tak tahu nak kemana, cukup la sekadar jumpa kawan yang dah lama tak jumpa and ajak borak-borak kejab. Ini umpama terapi kepada minda untuk kurangkan fikir benda yang buat kita stress tu.

Alhamdulillah, sekarang rasa lebih tenang. Dan untuk sahabat-sahabat kat luar sana. Percayalah, aku akan sentiasa doakan korang agar jauh dari penyakit tekanan ni.

Stay alive, stay healthy.

Jul 26, 2020

2020

Kini, tahun 2020.

Setelah 1 tahun 5 bulan, hari ini aku dekat sini lagi.

Banyak,
Terlalu banyak yang telah berlaku sepanjang tempoh ini.

Tak mampu untuk diceritakan semuanya.
Yang penting, cukup lah untuk aku kata pada diri sendiri.

Aku sekarang, lebih bahagia, lebih matang, lebih tenang.

Alhamdulillah, untuk semua nikmat yang telah Allah berikan.

Apr 6, 2019

Lima

Aku takut.

Takut andai satu hari nanti kamu membenci ku.
Kerana tindakan ku yang tidak aku relai ini.

Mungkin kah?

Empat

Teringat-ingat kenangan Redang.
Kema, Zaa, Sha, Yus, Nik, Nana dan kamu.

Aku harap mereka akan terus disisi.
Aku harap kamu terus bersama mereka.
Aku berharap persahabatan ini kekal selamanya.

Aku berharap mereka mampu menghilangkan kesunyian dihati mu saat aku tiada disisi.
Namun, harapanku yang sebenarnya, biarlah aku yang tetap terus disisi kamu.

Tiga

Tidak mampu untuk aku teruskan.
Walau hanya berfikir berkenaan ini.

Sebak dihati, tangisan dimata, nafas seakan tersekat.
Ini yang kurasa, walaupon aku lah penyebabnya.

Apa yang bakal kau rasa, sebagai mangsa?

Maafkan aku.
Tolong maaf kan aku kerana terpaksa tanpa sengaja menyakiti kamu.

Tolong, maafkan aku.
Aku merayu.

Dua

Kini hampir seminggu aku menyimpan perkara ini dibenakku sendiri.
Tidak terluah, tidak terkata oleh lidahku untuk meyampaikan nya kepada kamu.

Aku bimbangkan hati mu.

Tidak sanggup untuk aku mencubit walau sedikit. Ia nya begitu berharga kepada ku.

Maaf.
Maaf.
Maaf.

Terbayang senyuman yang akan hilang diwajahmu.
Tolong jangan biarkan ia berlaku.

Ku mohon kepada kamu.
Teruskan tersenyum, walau perkara ini akan terjadi.

Aku takut, kehilanganmu.

Satu

Assalamualaikum.

Ini merupakan entri satu untuk kamu.
Saat terfikir, hati kamu akan terluka kerana ku sendiri. Air mata pasti bertakung, tak terbayang keperitan, kesakitan, keseksaan yang akan kamu rasakan andai aku menyuarakan satu perkara ini.

Last day, before kita memulakan perjalanan ke Redang. Tiba-tiba ibu bersuara kepada ku, berkenaan masa depan. Berkenaan sesuatu yang akan meremukkan hati kita berdua.

Ibu bagaikan merayu agar aku berfikir tentang masa depan ini. Rintihannya, ingin melihatku bersama insan yang dia sungguh berkenan untuk menjadi pendampingku.

Aku cuba memujuk, berikan aku masa. Ibu namun seperti tidak bersetuju. Mahu di segerakan, tahun ini juga katanya.

Aku buntu. Yang mampu dan terdaya aku katakan, berikan aku masa. Setahun lagi.

Maaf, hanya setahun yang mampu aku beli.

Dan ini juga dalam kepayahan.

Kamu...
Aku benar-benar memohon maaf.
Tak terniat dihati untuk membiarkan kamu berasa sakit.
Aku tahu, andai kamu boleh menerima berita ini.
Disebaliknya akan tetap terasa sakit tak terperi.
Ibarat diseksa ketika hidup.
Hati ibarat diramas.

Kerna aku pernah merasa sebegitu satu masa dahulu.
Dan sakit itu tidak pernah padam sehingga kini.

Aku buntu.
Maafkan aku.

Feb 19, 2019

Jobless

Here again, I am home.
Just like 1 years ago.
Becoming like I am the only child stay with the parents.

Haha.. Perasan anak tunggal.

Actually I am jobless right now.
Quit working in Penang, and here I am looking for job in Kedah.

Earlier I tough it is not so difficult to find job in Sungai Petani.
Buuutttttttttttttttttttttttttttttttttt, I am totally wrong.

Now already Feb end, I'm started looking for job seriously since Jan. Yet no any interview for all my application.

So I am thinking to widen my search of job to Kulim. Hopefully I manage to secure related job by April.

My account already go to -ve. huhuhuhuhu

Please pray for me for new job opportunity.

Thanks.

Jan 9, 2019

Magical

This is the word I can describe now.
After almost 1 year, I feel like suddenly loosing all my memories.
I couldn't even remember this blog name, what is the email access and the password.

Today.
.
.
.
I don't know how, I manage to search back, track all the record.
And now I am writing this postage.
.
.
.
Of course, first thing I looked up when I manage to open this blog is, read back on what am I posting on previous years.

As you can see, below post is from 2016.
And now, its already 2019.
.
.
.
.
3 years.
.
.
.
Like missing my life track for 3 years.
.
.
Of course, all the sad posting previously.
Now already become only as memories and histories.
.
.
TIME did heal me and make me better.
.
.
In fact, my life stories also has turn 360 from what I thought it might be during 2016.
.
.
So much to catch on.
See you again later Blog.

I miss you so much.

Sep 13, 2016

Alhamdulilah

"Walau genggamannya kuat, tapi bukannya milik kita, akan terlepas jua"..

No matter how strong i am holding on you..

Aug 21, 2016

Malam ini 21816

Hari ini, atau lebih tepat malam ini.
Kau cukup aneh sifatnya.

Aku sememangnya bukan nujum yang mampu menafsir tingkah mu.
Aku hanya mampu membiarnya.

Risau andai aku cuba-cuba meneka, tersilap teka.
Tersalah memberi bicara.

Tidak kah kau tahu.
Aku cukup sakit ketika ini.

Hati ini, tak tertanggung ngilunya lagi.

Maaf andai aku tidak jujur.....

Aku cuma tidak mahu mengganggu.

Jul 9, 2016

Someone Like You

I heard that you're settled down
That you found a girl and you're married now.
I heard that your dreams came true.
Guess she gave you things I didn't give to you.

Old friend, why are you so shy?
Ain't like you to hold back or hide from the light.

I hate to turn up out of the blue uninvited
But I couldn't stay away, I couldn't fight it.
I had hoped you'd see my face and that you'd be reminded
That for me it isn't over.

Never mind, I'll find someone like you
I wish nothing but the best for you too
Don't forget me, I beg
I'll remember you said,
"Sometimes it lasts in love but sometimes it hurts instead,
Sometimes it lasts in love but sometimes it hurts instead"

You know how the time flies
Only yesterday was the time of our lives
We were born and raised
In a summer haze
Bound by the surprise of our glory days

I hate to turn up out of the blue uninvited
But I couldn't stay away, I couldn't fight it.
I'd hoped you'd see my face and that you'd be reminded
That for me it isn't over.

Never mind, I'll find someone like you
I wish nothing but the best for you too
Don't forget me, I beg
I'll remember you said,
"Sometimes it lasts in love but sometimes it hurts instead."

Nothing compares
No worries or cares
Regrets and mistakes
They are memories made.
Who would have known how bittersweet this would taste?

Never mind, I'll find someone like you
I wish nothing but the best for you
Don't forget me, I beg
I'll remember you said,
"Sometimes it lasts in love but sometimes it hurts instead".

Never mind, I'll find someone like you
I wish nothing but the best for you too
Don't forget me, I beg
I'll remember you said,
"Sometimes it lasts in love but sometimes it hurts instead,
Sometimes it lasts in love but sometimes it hurts instead."

Jul 7, 2016

Cemburu

Cemburu yang pernah kau bayangkan,
aku sudah merasainya.

Sungguh, berat untuk aku melawannya.
Melawan emosi yang liar.
Cuba untuk memesongkan fikiran baik ku.