Jan 4, 2011

Kecil-kecil dulu, Miera ni selalu kena rotan.

Pagi ni ada kuiz math 4. Tiba-tiba teringat satu kenangan dimasa silam.

Cikgu math time darjah 5 kot. Cikgu Wong. Nama penuh tak ingat.

Time kecil-kecil dulu, Miera ni sangat lah tak pandai math. Miera ni juga seorang student yang malas. Kerja dia nak main je.

Tapi entah macam mana, time darjah 3 ketika test PTS, Miera ni lulus dengan cemerlangnya. Padahal, dalam hati Miera ni dia tahu yang dia dapat tu semata-mata atas nasib dan rezeki Allah. Bukanlah kerana kebijaksanaan nya.

Oleh kerana terdapat sedikit sifat perasaan riak dan takbur, maka Miera dengan beraninya melompat ke darjah 5 tanpa melalui proses darjah 4.

Nak dijadikan kenangan, time darjah 5 tu, dapat math dengan cikgu Wong ni. Cikgu Wong ni merupakan seorang cikgu yang sangat garang dan tegas.

Semua student kelas Miera ni gila takutlah dengan cikgu Wong ni. Kalau datang kelas memang tak sah kalau tak bersama rotan dia yang telah banyak membelasah tangan pelajar-pelajar.

Rule cikgu Wong ni, kalau buat latihan dan ada salah, dia akan rotan. Satu salah, satu rotan kot. Dah lupa, tak pun kalau bawah pada markah-markah yang telah ditetapkan, maka dia akan rotan. Kalau exam bulanan pon, siapa yang dapat B dan kebawah, memang akan siap kena tibai dengan rotan cikgu ni.

So, kelas cikgu ni memang sangat digeruni. Dah la tu, rotan bukan slow-slow. Memang kuat-kuat sampai berbirat tangan.

Berbalik kepada Miera yang malas ni. Dia dah la lompat kelas, tak tahu pon math untuk darjah 4 tu belajar apa. Tahu-tahu, terus belajar math yang darjah 5. Tapi even cikgu math dia garang macam tu pon dan dia pon banyak tak tahu, dia tetap tak kesah. Kadang-kadang tu, balik je sekolah terus pergi main. Tak ingat yang dalam beg tu ada pembetulan math yang tak dibuat lagi. Tak pe, rileks.

Time malam, nak kalam kabut buat kerja sekolah takut mak marah, sebab petang tak nak buat tapi nak maen je. Jadi waktu paling selamat untuk Miera ni buat kerja adalah time semua ahli keluarganya dah masuk tidur.

Berbekalkan lampu toilet, Miera ni pon duduk la depan toilet tu buat homework dengan berhati-hati dan senyap-senyap. Takut mengganggu yang lain nak tidur. Begitulah sukanya Miera ni bermain sampai kena buat homework tengah-tengah malam pon tak pe.

Pada suatu hari, entah macam mana tah Miera ni boleh tertinggal buku latihan math, tanpa sengaja dan niat. Apa lagi, memang kena sebat la Miera ni dengan cikgu Wong tu. Sampai menangis kot. Begitulah hebatnya penangan cikgu Wong.

Tapi, bila difikirkan balik. Cikgu Wong inilah merupakan pengcungkil bakat Miera untuk lebih terer dalam math berbanding subject-subject lain yang lebih kepada membaca.

Kalau bukan cikgu Wong ni lah, Miera takkan minat kepada subject math. Jadi, walaupon pernah dirotan dan selalu dirotan, cikgu Wong tetap berjasa.

Walaupon power dalam math tu dah tak ada sekarang dalam diri Miera ni, tapi budak Miera ni tetap ingin mengucapkan terima kasih banyak-banyak kat cikgu Wong. Kalau bukan kerana cikgu, mungkin Miera takkan bergelar student Engineering IIUM.

ni time darjah 6. Cikgu Wong tak ada dalam picture.Tapi miera ada. ;p

3 comments:

Kanda said...

ahaha.comelnya!

miera said...

ape yang comel. nightmare kot time kelas tu..haha

Kanda said...

comel mira dlm gmba ni! haha.