Jan 30, 2011

InsyaAllah versi Melayu



Tengah tengah melayari facebook ternampak tajuk ni.

Sebenarnye dari malam tadi lagi nampak tapi tak perasan versi Melayu rupanya.

Klik-klik tadi tengok-tengok memang bahasa Melayu. Sedap rupenye Maher Zain ni cakap Melayu. hehe

Tak de la slang macam mat salleh sangat macam selalu orang luar cakap Melayu.

Maybe die pergi kelas BM kot.

Tapi, dengar kate. Lagu die ni memang dah banyak ditranslate ke bahasa-bahasa lain.

Agaknye, ape yang membuatkan Maher Zain ni begitu diterima di Malaysia nie?

Nak kata lagu sedap, lagu lain pon ade lagi yang sedap. Lirik lagu ni pon simple je rasenye.

Nak kata suare sedap, orang lain pon suare sedap jugak.

Mungkin kerana gabungan suara yang lunak dan lagu yang simple, membuat kan muziknya mudah diterima ramai.

Simple, mudah difahami dan mudah dihayati.

Ditambah lagi dengan elemen Islamic yang diterapkan dalam lagu tu membuatkan lagu ini cukup perisanya.

Apa pon, tahniah kepada Maher sebab berjaya berdakwah melalui lagu-lagu nya. Satu cara yang baik untuk menyebarkan Islam dengan imej yang cukup baik.

Love him. hehe


Nak dowload lagu InsyaAllah versi Melayu ni, boleh ke link ini (mp3) : lagu

No comments: