Jan 9, 2011

Kami Prihatin, Anda Bagaimana?

Hari ni, IIUM telah menjadi tempat untuk kempen Kami Prihatin, Anda Bagaimana?

Semua student dari Parenting Skill yang hari Rabu diwajibkan untuk joint.

So, saya pon terlibat sama lah kiranya.

Sebagai satu program yang wajib, mula-mula tu memang tak ada semangat lansung. Tapi bila dengar semua peserta tu dapat t-shirt, naik la sikit semangat tu. haha

Tapi bila dah pergi, rupa-rupanya boys je yang dapat. Gurls dapat topi je. Tapi topi pon ok jugak la. Boleh pakai, and tayang-tayang.


topi free ^_^

Program ini anjuran kementerian pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat. Kempen ini memfokuskan kepada kes-kes pembuangan bayi yang semakin menigkat di negara ini. Jadi, kempen ini bertujuan agar dapat mengurangkan kes-kes ini dan memberi kesedaran kepada remaja-remaja kini supaya tidak terlibat dengan masalah gejala sosial.

Dan semestinya bukan lah di tuju kepada remaja sahaja. Semua pihak juga perlu terlibat dalam menjayakan kempen ini.

Antara yang hadir pada program ini adalah Akil Khai, menjadi panel untuk forum. Turut hadir Dato Seri Shahrizat Abdul Jalil sebagai perasmi. Dan diakhir program, forum kedua dihadiri oleh Iman Muda Asyraf. Artis pula, sebagai memeriahkan majlis adalah dari Mawi, Bienda dan Mel.

Entry seterusnya saya akan sertakan lagu dan lirik untuk Kempen Kami Prihatin ini.

Sama-sama kita hayati dan bersama turut berkempen. ^_^

No comments: