Jan 10, 2011

Ops, terbuang masa. -_-!

10/01/2011

Semalam, satu hari yang lagha. Dah lagha yang dirancang.

Plan untuk berjalan-jalan di Times Square berlansung dengan jayanya. Dengan membawa cousin-cousin (Saiyida, Syabil dan Fatin) yang semua dibawah umur, maka bermula lah perjalanan kami dari Puchong Prima ke Times.

Tiba di Times jam 11.40 pagi. Membeli tiket wayang, Hantu Kak Limah Balik Rumah. (coz ramai orang kate best) Tayangan jam 3.50 petang. huh Lambatnye~~

Oleh kerana tiada arah tuju, maka menapaklah keluar dari times menuju ke Low Yat. Niat nak servey controler Ps3 Syabil, tapi malangnya terbantut kerana harganya yang tidak mampu untuk dimiliki ketika itu. RM180 ++ untuk satu controler. Bagi duit tu untuk aku shoping lagi bagus Syabil. ;p

Setelah berjalan setiap tingkat yang ada hanya sekadar mencuci mata, maka berpulang lah kembali kami ke times. Seperti yang dirancang, nak masuk rumah hantu lah konon nye. Tapi ade yang takut dan tidak yakin untuk menghadapi hantu-hantu didalam tu, kami pon cancelkan plan tu.

Pergilah kami membawa diri ke kedai makan. Mengisi perut yang telah berkeroncong. Siap makan, perut dah kenyang, jam baru 2.00 petang.

Alahai, lambatnya 3.50 petang. Masing-masing muka dah boring, sambil duduk dibangku tak tahu nak buat apa.

anak-anak tak cukup umur

Kalu bawa buku Gen kan bagus. Boleh jugak baca-baca. Tak adelah buang masa macam ni. Dah la tak habis lagi review. =(

Dah kerana tak tahan, sebagai kakak yang bertanggungjawab kepada pembuangan masa adik-adik, maka kami buat plan baru. Iaitu melepak di Borders, kedai buku. haha At least, berbaloi la jugak. Boleh baca-baca buku.

Apabila jam telah 3.30, kami pon menapak ke Wayang. Dan bermulalah penontonan cerita hantu kak limah tu. Nak tahu best ke, sila tengok sendiri ye. haha

Habis wayang, terus balik rumah. Dah malas nak buang masa. Boring gila.


No comments: