Aug 15, 2011

Luah Perasaan atau Mengumpat?


Sering kali saya tertanya-tanya apa antara beza meluahkan perasaan dan mengumpat. Seperti y kita selalu buat, bila kita ada masalah terutama masalah y berkaitan dengan orang lain. kita cenderung untuk meluahkan perasaan pada orang y kita percaya.

Kalau dipendam, risau lama-lama akan menjadi gangguan psikologi. Dengan meluahkan perasaan, kadang-kadang kita rasa beban tu menjadi lebih kurang. Jadi pendekatan terdekat y diambil adalah dengan meluahkanya pada pihak-pihak tertentu. Tapi, pernah tak kita fikir dalam had yang manakah kita dibenarkan untuk meluahkan perasaan tanpa melanggar batas sehingga sampai nya pada mengumpat?

Hasil dari membaca beberape artikel, dapat lah dihuraikan disini bahawa mengumpat secara kasarnya membawa maksud memperkatakan sesuatu mengenai seseorang sesuatu y membuatnya tidak suka. Hadith :
“Tahukah kalian apa itu ghibah?”, Mereka menjawab, “Allah dan Rasul-Nya yang lebih tahu.” Beliau bersabda, “Yaitu engkau menceritakan tentang saudaramu yang membuatnya tidak suka.” Lalu ditanyakan kepada beliau, “Lalu bagaimana apabila pada diri saudara saya itu kenyataannya sebagaimana yang saya ungkapkan?” Maka beliau bersabda, “Apabila cerita yang engkau katakan itu sesuai dengan kenyataan maka engkau telah meng-ghibahinya. Dan apabila ternyata tidak sesuai dengan kenyataan dirinya maka engkau telah berdusta atas namanya (berbuat buhtan).
(HR. Muslim. 4/2001. Dinukil dari Nashihatii lin Nisaa’, hal. 26)

Tapi dalam hal untuk meluahkan perasaan, dah mesti la kita lebih untuk memperkatakan mengenai keburukan individu itu kan. Hal-hal buruk mengenai sesuatu individu y mana tidak berkenan dimata kita akan diperkatakan dan diceritakan. So perkara ini akan menjadi masalah kepada pendengar sama ada ingin mendengar atau pon sebaliknya.

Satu cara y saya rasa dapat tangani masalah ini adalah dengan tidak mengkhususkan kepada individu. Maksudnya, time nak meluahkan ketidak puasan hati tu, kita tak payah sebut nama atau apa-ape pon y buat orang boleh tahu kita cakap pasal siapa. Just mention apa y kita tak suka pasal dia and mintak sedikit nasihat.

Lain-lain cara untuk menenangkan hati ni adalah dengan meluahkan segalanya pada Allah. Kite boleh mengadu kat Allah ape y kita rasa tak sedap dihati kita ni. Tapi biaselah manusia, rase tak puas. Nak jugak cerita kat orang lain, baru la rasa lega kat hati tu.

Lain cara y mungkin berkesan, dengan bersemuka terus dengan individu y kita tak puas hati tu. Cara ni kena ada keberanian la nak buat. Rasa ada y tak kena, terus jumpa tanya and mintak penjelasan. Secara automatik, mengumpat dapat dielakkan.

Tapi bulan puasa ni, elok la kita sabar sikit. Ingat yang nak share masalah, share lah masalah itu, bukannya share siapa yang pembuat masalah. Share-lah masalah, bukan share dosa dan api neraka.

p/s : adalah lebih baik kita mengenali jenis mengumpat y dibenarkan dlm Islam.

2 comments:

Fina said...

u r rite mira. aku dah lama terpikir. hehe. mintak2 jauh dr dosa mengumpat T_____T

miera said...

InsyaAllah.. Selagi kita masih ingat pada batasan ^_^