Aug 22, 2011

Ramadhan dan Rumah Kebajikan

Antara yang difikirkan sekarang.

Hope

Time bulan Ramadhan ni lah, aktiviti bersedekah sangat selalu kita dengar dekat kaca TV. Pihak tu derma kat rumah kebajikan sini lah, pihak ni derma kat rumah kebajikan sana lah. Sememangnya aktiviti bersedekah sangat-sangatlah digalakkan kerana dapat menambah pahala. Tapi, niat tu yang lebih penting. Pihak yang bersedekah tu perlulah iklas kerana Allah dan nak membantu, bukan kerana nak tunjuk baik dan kemudian mencari publisiti.

Tapi bukan itu yang saya fikirkan, agak-agaknya ape rasa warga-warga rumah kebajikan tu? Waktu bulan Ramadhan, ramai lah orang datang bagi itu ini, tetapi macam mana pula bila Ramadhan telah berlalu? Adakah sumbangan itu masih berterus, atau terhenti disitu sahaja? Masihkan pihak yang memberi sumbangan terus menyumbang kebulan-bulan yang lain atau terus tertitik noktah. Kesian kan? Harapnya, mereka akan terus diberi bantuan pada bila-bila masa. Jangan direalisasikan kata-kata "rumah kebajikan hanya diingati pada bulan Ramadhan sahaja". Sedih rasanya.

Tapi bagaimana pun, perlu juga diucapkan terima kasih kepada pihak-pihak yang telah menghulurkan sumbangan. Sekurang-kurangnya, ia telah menggembirakan hati penduduknya dibulan yang mulia ini. Cuma, kalau boleh, sumbangan itu tak terhenti disitu sahaja kan? ^_^

p/s : bersyukurlah kepada yang masih mempunyai ibu dan bapa.

No comments: